Tuesday, July 31, 2012

JELI SELASIHKU SAYANG




Dessert ini Kjee pernah makan di  gerai Ali Tomyam, depan mesjid Dato Keramat, tidak lama dulu. Dia bubuh dalam bekas dadih dan letak dalam kotak polystyrene. Dari jauh Kjee nampak. Ingatkan dadih. suruh Nadia amBilkan satu bekas. Tetapi apabila Nadia bawak ke meja kami, Kjee terkejut sebab ia bukan dadih.

Didalamnya terdapat jeli, biji selasih dan jugak potongan buah nangka. Kemudian ada cecair seperti susu cair (evaporated milk). Kjee suka sangat rasanya. Tiap kali ke sana, Kjee mesti suruh Nadia amikkan satu bekas.

Kjee rasa dessert ini mesti asal dari Thailand sebab tukang masak Ali Tomyam semuanya dari sana.

Anyway, apabila berpuasa, tekak ni teringin nak makan macam2. Gerai Ali Tomyam biasanya tutup dua bulan dari Ramadhan hingga ke Syawal.

So kelmarin, masa pergi Jaya Grocers, Kjee ke section buah2annya dan ternampak Nangka Madu. Boleh tahan mahal. RM5.50 untuk lima biji. Dalam kepala Kjee dah terfikir nak buat dessert ala Ali Tomyam. Biji selasih sudah Kjee rendam dan simpan dalam peti ais dua hari lepas. Kjee jugak capai sekotak instant jeli.



Petang tadi, dalam kesibukan mengikut Unclepali ke sana kemari, Kjee lupa nak buat jeli. So Kjee suruh Unclepali berhenti di Pasar Juadah Paya Jaras dan beli dadih. Ala dadih pun jeli jugak kan?

Dan jadilah dessert ini yang Kjee nama Jeli Selasihku Sayang. Ewah. 

Mula2 Kjee ceduk guna sudu dadih (Kjee guna perisa jagung) ke dalam cocktail cup. Diikuti dengan biji selasih, buah kabung dan hirisan buah nangka. Kemudian Kjee ulang lagi bubuh dadih, selasih dan nangka. Akhir sekali curahkan susu cair (evaporated milk). 

Kemudian chill selama dua jam dalam fridge. Masa berbuka tadi Kjee pun makanlah. Hmmm rasanya sama macam yang Kjee makan di gerai Ali Tomyam. Sedap sangat. Manisnya hanya dari dadih, buah kabung dan nangka.

So itulah dessert atau manisan orang kurang rajin. Boleh lah letak apa jua buah yang ada, mahupun buah2an dalam tin. Kita yang buat dia kan? Hehehe


10 comments:

fiza said...

Sedapnye...:-)

susumanis said...

yummm

ashamami said...

Tkasih Kjee...nak try buat...tepung pelita yg Kjee bagi resepi aritu pun dah saya try...mmg sedap. Tkasih kongsi resepi.

Kjee said...

Boleh kot guna fresh milk tapi evap milk lagi sedap.

Anonymous said...

Salam Kjee,....

cedapnye... tq coz kongsi idea.. leh cuba nanti...

mas said...

Salam Kak Jee,
pepagi ni menggoda kalbu betullah dgn jeli nih...nak buat gak tapi guna bahan yang sedia ada.

Nurul Syafiqa said...

Terliur tgk.. rajin auntie kan

Anonymous said...

sgt2 menarik dan sedap...boleh cuba ni..bestlah kak jee...mcm2 idea menarik kjee

Anonymous said...

salam kak jee ... berhati hati pose gambar masa bulan posa nih .Ustzah sy kata takut jatuh hukum makruh .Sebab yg melihatnya org yg sdg berpuasa ...

Anonymous said...

salam...k.jee...kedai ali tom yam tu buka la bln puasa ni...bru aje pegi mkn ari ahad lpas...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...