Friday, August 31, 2012

LUNCH DI HARI MERDEKA 2012




Hari ni Kjee masak Kari ayam bersama kentang, kangkung goreng belacan, goreng ikan tenggiri jeruk sementara Nadia buat sambal tempoyak mentah untuk digandingkan dengan petai jeruk. Memang kena sangat gandingan lauk ini. Makan tak pandang kiri kanan. Senyap jer sambil ngappp. Hehehe.



Mujur Mak mertua tinggal jauh. Kalau dekat pasti udah tak nampak beliau lagi. Eh kenapa kalau orang makan sedap2, dia kata 'Kalau Mak Mertua lalu pun tak perasan?'. Eh bukan ke kalau kita makan, mak mertua pasti duduk semeja makan. Takkan nak dera dia dan hanya dihidangkannya makan lepas kita makan kan? Macam mana boleh timbul dailog camtu, Tuhan jer yang tahu kan? Hehehe.

Kangkung Goreng Belacan. Resipi Disini

Petai jeruk dengan sambal mentah tempoyak

Ikan tenggiri masin jeruk yang bersepai bila goreng


Anyway, Kjee teringin nak makan kari ayam ni sejak bulan puasa hari tu. Tapi ntah kenapa tak kesampaian untuk memasaknya. Semalam Unclepali beli ayam baru sembelih kat Paya Jaras. RM16 seekor. Kalau harga camtu, pasti ayamnya besar. Sekilo RM6.80. Maknanya lebih dari dua kilo.

Separuh Nadia buat Rosemary Roast Chicken semalam. Dan bakinya Kjee buatlah kari ayam ni. Kjee rasa sedap sangat kari yang Kjee masak hari ni. Ewah...siapa lagi nak puji kan? Or maybe dah teringin sangat nak makan sebab tu, rasanya tekak ni happy sangat.

Gandingan lauknya memang kow. Kangkung goreng belacan, ikan tengiri masin jeruk (yang berendam minyak dalam botol) dan petai jeruk bersama sambal tempoyak mentah. Tak perlu lauk lain lagi. Cuma Kjee musykil setiap kali goreng ikan tenggiri jeruk masin. Kalau goreng mesti isinya bersepai. Dari sekeping terus hancur2. Tetapi kalau makan bersama nasi putih dan kari ayam, mestilah pennngsaaan!!

Okaylah. Ini rezeki Hari Merdeka kami sekeluarga. Masih ada berbaki lauk untuk dinner nanti. Alhamdullilah.

Oh ya. Nasib baik ingat. Hari tu ada yang tanya Kjee camner nak buat petai jeruk. Senang jer. Kopek petai tanpa buang kulit ari atau kulit dalam yang warna putih tu. Jerang air panas sampai mendidih. Bubuh petai dalam bekas kaca (botol nescafe atau yg sewaktu dengannya) atau bekas tauhu faa pun boleh. Curah air mendidih sampai tutup paras petai. Campakkan sekeping asam gelugor. Biarkan air tu sejuk. Pastu tutup dan simpan dalam peti ais. Dua tiga hari dah boleh makan. Oh lupa lak. Lepas dua hari, toskan air tu dan simpan petai tu dalam bekas yang bersih dalam peti ais. Tahan lama.


Kari Ayam. Resipi klik sini

9 comments:

Chekgu Azrine said...

menu samala kita k.jee..kari aym..hehe

deena said...

K jee xnk bg ikan masin bersepai try salut tepung beras @ gandum sblm goreng..

Anonymous said...

klu sy goreng,x b'kecai pun kak jee.guna minyak sikit je.pastu jgn kerap alih@balik2an

rahel said...

sedap2 semua hidangan tu kak jee

lat said...

Slm kakjee,
Thanks for the sharing how to make petai jeruk. Haritu buat pakai balun je. Jadi pula !

Mon MonaLea said...

Tempoyak tu sedapnya kak jee.tu yg nak keluarkan stok tempoyak ni...

ReM said...

Kalau ada tempoyak memang makan sakan hehe..paling suka tempoyak manis yang datang dari durian fresh...

Teacher Basariah said...

sempoi..(^_^)

Irfa said...

TERLIUR TGK MENU KAK JEE NI
BALIK KG RAYA TU ARI MAK BAGI SEBALANG PETAI JERUK
APA LAGI..ASIK ULANG MAKAN NASI JE LA SAYA KAT UMAH
HUHU

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...