Monday, August 24, 2026

desserts/manisan

PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS








       Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu Kjee mintak UnclePali tolong beli mangga manis di Pasar Keramat. Dia beli empat biji dengan harga RM10. Sekilo RM8.

       Balik rumah terus simpan dalam fridge. Hari pertama UnclePali kupas sebiji. Jom makan. Manis, katanya. Kjee pun makan. Hari kedua dia kupas lagi. Kjee kerling jer dari hujung mata. Tapi sama-sama habiskan dengan dia. Kemudian pagi tadi, dia kupas sebiji lagi!! Kali ini Kjee tak boleh nak cakap apa tetapi tegur perlahan sahaja. Tak mau dia kecik hati. Mangga tu kan ada empat bijik jer!

       "Eh ada lagi ke mangga tu? Saya nak buat Pulut Mangga! Kalau tak ada, awak kena pergi beli lagi."








        Sebaik sahaja dia kata ada sebiji lagi, Kjee tunggu dia siap-siap pergi solat Jumaat. Kjee terus ke dapur walaupun dah dilarang supaya hari ini jangan masuk dapur sebab malam tadi dah komplen sakit kaki!!

       Dan inilah kejadiannya hari ini! Puas hati dapat menyelamatkan buah mangga itu!  Itu sahaja nak story. Pulut mangga ini memang lah tersangat sedap especially kalau buat sendiri kerana boleh letak banyak isi mangga dan banyakkkkk sos!

       Kalau ada yang asyik komplen sebab mahal kalau makan Pulut Mangga ini kat restoran Thai, maka janganlah susah hati! Buat sendiri ya.

       Kjee dah banyak kali buat. So kalau korang nak resipi, sila klik SINI ya. Kjee ada ajar macam mana nak masak pulut guna rice cooker sahaja.

       Ok selamat mencuba. Mokcik dah tak sabar nak libas semangkuk Pulut Mangga ini. Mangga ni kaler oren... macam betik kan?

   





Saturday, August 22, 2026

daging

BUBUR LAMBUK SEDAP


       Sejak Kjee terbaca satu rencana kononnya pengidap Diabetes tidak boleh makan nasi lembik termasuk bubur, Kjee jadi takut. Itu yang buat Kjee jauhkan diri dari bubur favorite Kjee ni.
       Unclepali pulak kata, mungkin tidak digalakkan. Bukan tak boleh langsung kot, dia pujuk Kjee. Tahu sangat orang ghumah dia ni suka sangat bubur lambuk. Opkos bubur lambuk airtangan sendiri. Bukan yang lain. 🤭
       Kjee tak mahu jadi hipokrit. Rasanya Bubur Lambuk Kjee ini tiada tandingan. Ewah. Tapi tentu korang tak pernah dengar Kjee puji melambung-lambung makanan yang Kjee masak. Ada blogger (oppps jahatnya mulut aku), tiap kali buat entri makanan akan terus kata ia sedap sangat. Hmmmm. Sukati dia lah kan! 
       Anyway, saja nak bagitahu Bubur Lambuk Telor Asin+daging yang Kjee buat arini, paling perfect! Selalunya kena tambah garam atau kicap cair. Tetapi Alhamdulillah Kjee pun terkejut makan tadi. Mungkin berkat di bulan Ramadan. 


       Atau mungkin Kjee masak sikit aje sebab ia bukan makanan fav UnclePali. So, kerana teringin nak makan, terpaksa masak dan makan sowang2. 
       Kjee jarang2 masak Bubur ini guna beras yang telah dicuci, ditos dan dibekukan. Baru tahu setahun dua ini. Kononnya untuk percepatkan proses memasak. Selalunya Kjee guna Pressure Cooker. Masak lebih kurang 30 minit. Pastu kena pindahkan pulak ke periuk. Paling  menyampah nak kena cuci PC yang berat. 
       Guna beras beku, masak terus dalam periuk. Tadi ambil masa 15 minit aje mungkin kerana Kjee masak tak banyak. Tetapi apabila dah siap, cukup untuk makan dua orang. Foto bawah beras yang Kjee dah cuci kemudian bekukan. 


       Korang yang suka buat Bubur Nasi yang kosong elok ikut cara guna beras beku. Cantik sangat kejadiannya! 
       Untuk resipi penuh Bubur Lambuk Kjee ini, korang KLIK SINI. 


    

       

Wednesday, August 12, 2026

daging

KUIH BAKAR DAGING RESIPI TURUN TEMURUN












Kjee dan keluarga panggil Kuih Bakar Daging. Ada orang panggil Kuih Bakar Berlauk. Tak kesahlah nak panggil apapun. Ia memang kuih kegemaraan kami sekeluarga. Buatnya senang. Keluar oven jer, tak perlu tunggu sejuk...selalunya habis dalam sekelip mata.

Kjee buat stail arwah bonda yang tak kedekut bahan. Seandainya Kjee meniaga pun, Kjee akan guna bahan-bahan sama. Biar orang puas makan kan? Tak baik kemut (kedekut).  Malangnya, aku tak jual hehehe.

Ini antara resipi Arwah Bonda yang I treasure so much. Setakat usia Kjee ni, belum pernah jumpa orang jualan buat sesedap resipi Bonda ni. Amboi....

Semalam, tetiba Nadia kata dia dah lama tak makan Kuih Bakar Daging. Satu signal untuk beritahu Kjee yang dia nak makan lah tu. Kebetulan, selera kami serupa. Apa yang dia teringin, sebut sahaja, tiba-tiba Kjee pun teringin. Hehehe.







Tadi Kjee suruh UnclePali beli Azmy Minced Beef yang tak banyak lemak macam Ramly's. Satu peket 400gms RM6.80. Tetapi berbaloi-baloi sebab daging cincang Azmy tak jugak nampak hitam macam pesaingnya. Daging warna lembut ala-ala pink yang membawa maksud, daging itu lembut.

Biasanya Kjee guna daging batang pinang. Tapi sekarang susah nak dapat daging batang pinang segar. Kalau tak makan daging, boleh guna minced chicken.

Oleh kerana lama tak buat, Kjee macam was-was tengok kepekatan batter. Macam pekat sangat. Tadi telor tinggal 4 biji (resipi perlu 5 biji). Habis nak buat camner? So Kjee tambah air dalam ½ cawan. And then tetiba Kjee teringat!  Ohhh rupa-rupanya hari tu Kjee buat rempeyek. Batter rempeyek cair sangat-sangat. Sebab itu Kjee konfius.

Kalau korang nak dapat yang elok lembut macam Kee buat ikut resipi betul-betul. Kalau tidak, tak sedap sebab kuih tu jadi kenyal.

Lagi satu, beza antara acuan tembaga dan acuan biasa (alluminium?) ialah, kalau guna acuan biasa, tempoh waktu membakar hanya 15 minit. Acuan tembaga sikit lebih kurang 18 minit.

Satu adunan jadi 6 biji kuih.

Resipi, korang terjah SINI lah.






Friday, August 7, 2026

daging

MENU HUJUNG MINGGU... SPAG BOLOGNAISE WITH BEEF BALLS


































Hujung minggu adalah masa untuk menikmati makanan yang beza sikit daripada yang dimakan sepanjang week day. Kalau tiba hari cuti hujung minggu, kekadang pening jugak kepala memikirkan apa yang harus dimasak.

Selalunya Kjee bincang dengan Nadia. UnclePali tak boleh dibawak berbincang. Dialog biasanya : "Sukatilah." Maknanya kalau tak kena dengan tekak dia, nanti pepandailah dia masak apa yang dia nak makan. Senang citer kan! Hehehe.

Citarasa Nadia dengan Kjee sama. Kan sebelum ni Kjee dah kata, Kjee dah adjust selera dia supaya sama dengan mama dia. So, apa Kjee nak makan, dia okey jer. Nanti bila dia dah kahwin, pepandailah dia nak adjust tekak suami dia kan? Ehem ehem. Hehehe.

Demi nak membalas balik pemberian Nasi Beriani sedap sangat oleh mama Sham, Isnin lalu, Nadia cadang Kjee buat Nasi Tomato Special Kjee. Tapi semalam tetiba Nadia kata teringin nak makan Spaghetti Bolognaise dengan Beef Balls.

Orang mengantuk disorong bantal. Cantik sangat sebab Kjee pun dah lama tak buat. Semalam pergi Hero Market, UnclePali beritahu Kjee, beef balls jenama biasa yang Kjee nak, tak ada. So lepas tu kami ke Giant pulak. Jugak tak ada. UnclePali text Kjee (sebab Kjee tunggu dalam kereta) kata ada brand Azmy yang promoter tu kata 100% beef. UnclePali rembat 2 peket. Azmy? Buatan orang kita? Hmmm Wallahualam.














Resipi cam biasa kat SINI. Kalau Kjee salin balik kat sini, nanti tak leh citer banyak2 kan.

Kalau makan kat restoran, Spag With Beefballs Sauce tiada daging cincang atau minced beef dalam sosnya. Kalau Kjee buat, mesti Kjee bubuh supaya meriah! Puas hati makan. Ada kengkawan FB kata, minced beef jenama Azmy pun okay. Hah kena try lain kali. Kat dalam freezer hanya ada stok Minced Beef jenama Ramly.

Tapi kalau guna minced beef, baik jenama apapun, Kjee tetap akan rebus dulu kira-kira 20 minit. Kemudian Kjee toskan airnya hingga kering. Kenapa? Sebab minced beef cukup berlemak. Kalau kita rebus dan buang airnya, Insya Allah lemaknya boleh dikeluarkan. So daging kita jadilah lebih sihat, kan?

Kalau makan pasta, tak ada ditaburkan Permesan Cheese, tak lengkap rasanya tau. Dalam fridge Kjee sentiasa ada stok Parmesan Cheese. Kjee suka tabur banyak2. Suka rasanya yang masin2 tu. Hah Kjee tau apa korang fikir... tak sihat. So what! Ade aku kesah.

Anyway, tadi Kjee dah makan Spag Bolognaise Beefballs yang Kjee buat guna beef balls jenama Azmy. Kjee bagi 5 bintang. Lembut sangat. I Like!!!