Friday, November 23, 2012

UNCLEPALI'S GRILL LAMB CHOPS











Tonight's dinner was prepared partly by UnclePali. He made grilled lamb chops and mashed potato. Kjee pulak buat black pepper sauce dan campur mayo dalam mix vege yang dicelur. The result? Awesome. Kami makan berdua tanpa banyak bicara kerana sedap sangat.

Sesekali makan lamb chops, okaylah kan? Kalau selalu...oppps touch wood.

UnclePali tak marinate lamb chops. Dia hanya season dengan Aji Shio Pepper. Kalau tak ada, gunalah garam biasa dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Grill pan atau kuali mesti panas supaya dapat kesan calar (kalau guna grill pan) yang cantik.

Sambil grill lamb chops tu, UnclePali lenyek kentang yang telah direbus bersama kulit dan sedikit garam. Kena mash panas2 kalau tidak, tak halus hasilnya. Sambil lenyek, dia masukkan sedikit butter, aji shio pepper untuk rasa dan fresh milk. Eh selalu dia guna fresh milk tapi tadi dia guna evaporated mlik. Jangan lupa buang kulitnya sebaik sahaja dikeluarkan dari air rebusan. Susah sikit tapi sabar jer lah.

Untuk sos, Kjee dadu satu labu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Panaskan saucepan dengan sedikit butter dan minyak jagung. Apabila sudah panas, campakkan bawang dan fry sampai bawang translucent.



Kemudian masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Terus kacau hingga tepung itu mula nampak warna perang dan seterusnya sedikit cokelat. Kalau nak kuah yang warna gelap, teruskan goreng tepung itu hingga warna yang dikehendaki.

Masukkan air. Sukatannya ikut banyak mana kuah yang dikehendakinya dan kepekatan yang disukai. Masukkan juga 1 kuib daging dan juga lada hitam yang telah dikisar halus. Reneh seketika sehingga puas hati dengan  kepekatannya. Thats all.

Kjee celur mix vege brand Watties dari Australia. Itu brand yang Kjee suka sebab rasanya fresh. Peas nya tidak keras dan warnanya cantik apabila dicelur. Campur dengan mayo. Selalu Kjee bubuh sedikit perahan lemon. Tadi lupa. Hehehe.

4 comments:

Anonymous said...

Wawawawa.. K.Jee sedapnya.. Nak cuba buat lah.. Daging kambing korban ada lagi tu.. Thanks K. Jee & Unce Pali.

Zaph.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wahhh lama tak makan lamb chop! First class preparation la kak :)

Anonymous said...

lamb ni beli kat mana k jee? kalau pkai yg frozen kat tesco etc tu ok x?

Anonymous said...

salam kakjee, kalau boleh kambing lamb dan sekutunya elakkab dari makan. lemak tepunys banyak sbb marble fat in meat caiir meresap ke dagibg tu yg rasa sedap n lemak.
tapi ia tidak terlarut dlm badab or arteri. terkumpul didalam.
kalau ada history stroke heart attack jauhi lah...
lain benda perlu ditukar butter. -marjerin.
bila buat mash buat mcm greek guna olive oil base marjerin ke. atau buat italian salad lenyek pastu siram olive oil.
susu skim milk. klu nak pekat didih kejap.

xxxxx

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...