Saturday, February 16, 2013

BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR









Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge.

Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung untuk Nadia, UnclePali singgah di Kpg Baru apabila Kjee kata nak makan kuih. Kjee nampak beberapa gerai Thai sudah siap sedia untuk meniaga Bubur Nasi.

Oleh kerana kami sudah lunch, Kjee decide buat sendiri di rumah sebab tak kuasa nak nak keluar semula malam nanti semata2 nak makan bubur nasi.




Sampai saja rumah, Kjee suruh Nadia rendam beras satu mug. Kalau rendam sejam dua, proses memasak bubur atau congee dapat disingkatkan.

Kalau buat bubur nasi, lauk favorite Kjee dan Nadia ialah ikan bilis yang digoreng garing bersama cili padi dan bawang putih. Kalau ada lauk ini, tak ada lauk lain pun tak kesah.




Cara buatnya cukup mudah. Hiris bawang putih. Kjee guna 6 hingga 7 ulas. Cili padi kampung pulak dalam segenggam dan ikan bilis yang telah dibelah dua dalam semangkuk.

Panaskan minyak. Goreng hirisan bawang putih hingga garing. Keluarkan dan bubuh atas kitchen towel untuk serapkan minyak. Kemudian hati2 goreng cili padi hingga separuh masak. Hati2 kerana cili padi jika digoreng akan meletup2. Last sekali besar api dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga garing.

Kemudian dicampurkan ketiga2 bahan. Masa makan dengan bubur, pasti ada campuran ikan bilis, bawang putih dan cili padi. Enak banget! Kalau perah jus limau nipis lagi sedap. Tapi tadi terlupa!








Lauk lain yang Kjee masak tadi ialah sotong goreng kunyit dan goreng ikan kering. Nadia pulak buat kangkung goreng belacan dan rebus telor asin.




9 comments:

Anonymous said...

sedapnyerrrr kak jee.... .

Irfa said...

telo asin my feveret .
siap ratah lg

Hana Maroo said...

sedapnya... Hana dulu langsung x minat mkn bubur tp lepas try bubur kat Bus Stan Bentayan Muar trus jatuh hati... Menu wajib bl ke Muar. Skang dah pndai wat sndri... :)

Anonymous said...

As-salam. Kak Jee, bagaimana nak buat agar bila sotong tu digoreng x keluar banyak air? Setiap kali saya nak goreng sotong mesti air dia kuar banyak, abih segala kunyit yg dah dilumur kat sotong.

Maz

juju said...

nape ye kakjee.....ape yg kakjee msk sedap2 jee...tgok gambar jee dahh kecur air liur huh untung aa nadia n unclepali dpt kak...air tgn tu huh dasyatt..suka sy tgokk....hari2 mesti lawat blog kakjee...yg moveless tuuu

Kjee said...

Salam Maz. Selepas sotong dicuci dan dipotong, kjrr lumur ngan kunyit dan kjee toskankan dalam tapisan. Letak dal petiais (bukan tempat beku) kira2 sejam. Pastu goreng.

Kak Uda ila said...

Terbaeeekkk ar Kak jee, Musim camni makan plak yg macamni... perghhh tak terkata.

SITI said...

Salam Kak je...sedapnya bubur nasi tu...buat perut saya berkeroncong kat ofis petang petang nie...terliur sungguh...cuma nak tanya cikit, dlm bubur nasi tu Kak jee masukkan apa lagi selain beras...

Anonymous said...

Aduhai.. Lauk org demam ni kjee.. ;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...