Pages

Tuesday, November 18, 2014

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA, MY FIRST ATTEMPT









Ini antara dessert yang Kjee suka sangat. Tapi tak pernah buat sendiri sebab tak berani. Ntah kenapa tak berani, Kjee pun tak tahu. Mungkin sebab masa kecik-kecik dulu tengok Bonda buat macam susah jer. Ada sekali tu dia masak agar-agar lepas tu bubuh santan. Lepas tu mendidih kuat dan melimpah-limpah.

Hahaha ya lah. That's why Kjee tak berani nak buat. Hahaha.

Tapi beberapa minggu lepas Kjee ternampak seorang fren Norhayati Salleh buat kat FB. Warna hijau. Bubuh daun padan dan pewarna. Tetiba teruja nak buat. Tapi, beli bila dah beli bahan-bahan, takut pulak nak buat. Hehehe.

Ahad lepas Nadia cuti. So Kjee paksa dia buat sebab dia pernah tengok maid arwah adik Kjee buat. Tapi bila tanya samada dia tau buat, dia kata tak tau sebab masa Kak Is buat, dia tengok jer. Hampeh. Tapi Kjee suruh dia buat jugak ikut resipi Yati.









Dia guna 1 peket agar-agar tali yang direbus guna 1 liter air. Dia guna 300 gms gula putih tapi Kjee guna 250gms gula Melaka. Nadia rebus agar-agar dengan air dan gula Melaka.

Kemudian Kjee pukul manja 4 biji telor dan masukkan dalam 2 kotak (400ml) santan serta satu sudu kecik garam.

Apabila gula Melaka dan agar-agar dah larut, Nadia tapis. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk dan didihkan semula. Kjee pun tuanglah bahan-bahan telor dan santan ke dalam periuk. Besarkan api dan biar ia mendidih. Jangan dikacau kata Yati. Pastu bila sudah mendidih, padam api.

Hati-hati jangan bagi melimpah. Kalau nak selamat, guna periuk yang besar sikit.

Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biarkan sejuk. Setelah sejuk Kjee masukkan acuan ke dalam peti ais dan tutup permukaannya supaya tidak kering.

Hah hari ni baru Kjee potong-potong. Sedap. Just nice. Tak terlalu manis. Kjee guna gula Melaka ori so aroma dan lemak manisnya lain daripapa yang bukan ori.

Tapi lapisan santan lebih tinggi dari lapisan agar-agar. Kalau Kjee buat lagi, mungkin Kjee rebus agar-agar guna lebih sedikit dari 1 liter air. Pastu Kjee kurangkan santan...maybe 300ml dan 3 biji telor.

Apakah cara itu boleh dapat lapiran santan yang nipis sikit? Wallahualam. Nak cuba nanti. Dah cuba, kita bagitau yer. Hehehe.













2 comments:

Eny Abdullah said...

sedappp!! mak saya selalu buat letak air daun pandan. dia panggil agar agar lumut.

cindyrina said...

ish lama tak makan agar agar nih...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...