Pages

Monday, November 3, 2014

CUCUR BEBOLA UDANG











Ketika Kjee nampak ramai frens di FB pos gambar-gambar Cucur Manis Kembung, Kjee sangat-sangat excited. Selalu Kjee buat cucur, hasilnya jadi leper. Kalau bubuh serbuk penaik pun haram nak jadi kembung.

Cuma satu jer Kjee tak berkenan. Kenapalah bubuh nama resipi Cucur Manis Kembung? Resipi dah cukup kreatif, cuma namanya jer yang berapa nak sedap. So, Kjee beri nama Cucur Bebola Manis.

Tapi pagi ni, Kjee tak buat Cucur Bebola Manis. Kjee bubuh udang, cili dan daun bawang. Kena sesuaikan dengan masa. Kalau pagi elok dibuat savoury atau berperisa atau sedikit pedas. Kalau untuk minum petang bolehlah buat manis yer.

Kjee cincang udang, sebiji cili merah dan jugak hiris daun bawang. Perisa dengan sedikit garam. Oleh kerana makan berdua saja pagi ni, Kjee hanya buat 2 cawan tepung sahaja. Lagipun, ini kali pertama buat. Kalau tak jadi, taklah ralat sangat kan?

Resipinya memerlukan air panas mendidih. Kjee mula risau. Kalau dituang air panas mendidih dalam tepung yang sudah dicampur udang, cili dan daun bawang, apa yang akan terjadi hah? Jawapannya hanya boleh dapat selepas cuba membuat.






Terima kasih tuan punya resipi asal. Kjee tak tau siapa sebab dah berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Yang Kjee tahu hanyalah resipi asal cucur Manis Kembung ini menggunakan 3 cawan tepung gandum, 3 cawan air panas mendidih dan ½ cawan susu pekat manis.

Kjee tak buat yang manis. Tapi Kjee rasalah, susu tu dilarutkan dulu dalam air panas sebanyak 3 cawan tu sebelum dituang ke dalam tepung. Kacau pantas-pantas dengan senduk. Ia akan jadi doh bergentel dan melekit-lekit. Tunggu sejuk sedikit barulah boleh dibuat bulat-bulat yang sederhana besarnya. Goreng dalam minyak yang banyak.

Itu cara yang manis. Kalau nak savoury atau berperisa bukan manis, bolehlah bubuh udang segar, udang kering ataupun bilis. Suka hati kita nak letak apa kan? Kita yang buat dia.

Apapun, Kjee cukup puas hati dengan hasilnya tadi. First time Kjee buat cucur yang cantik bulat. Luarannya garing dan dalamnya lembut. Sedap dicicah dengan sos cili ataupun mayonaise.

Selamat mencuba. Tapi rasanya petang ni nak buat yang manis pulak lah.















2 comments:

Yong Is My Name said...

cute cucur kakjee ;-)

mamawana said...

Sedap kan.... comel kan...bolat bolat

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...