Pages

Sunday, November 23, 2014

NASI AYAM SAMBAL IJO








Kjee sekeluarga bukan peminat nombor satu Nasi Ayam. Justru, kami hanya makan Nasi Ayam dua atau tiga kali setahun. Ada banyak lagi makanan lain di Malaysia ni yang kami minat. Hehehe.

Kalau UnclePali tapau Nasi Ayam Hainan, Kjee selalu patah selera. Maklumlah kalau dah bawak balik, bukak jer bekasnya terus tak selera nak makan. Kalau makan di restoran atau gerai masa panas-panas okay jugak kan?

Dah dua atau tiga hari Kjee beli ayam dari Ayamas. Tak tau nak masa apa. Kalau tanya Nadia atau UnclePali, jawapannya, sukatilah. So, hari ni gua sukatilah masak Nasi Ayam.

Awal-awal lagi Kjee dah pesan UnclePali suruh ayam tu dipotong 4. Kjee tak suka ayam dipotong 12 atau 16 sebab dia orang punya stail potong jarang-jarang menepati selera potongan Kjee. Isyhh cara potong ayam pun cerewetlah mokcik ni.

Setelah defrost ayam, Kjee masukkan dalam periuk dan didihkan seketika. Bila dah mendidih, Kjee keluarkan, tos dan lumur kunyit serbuk dan garam. Tugas UnclePali goreng ayam. Kjee buat persiapan buat nasinya.

Tadi Kjee guna 3 cawan beras Moghul Basmathi. Rendam kira-kira setengah jam dan toskan. Kemudian ketuk 4 ulas bawang putih dan dua inci halia. Panaskan kira-kira 2 sudu besar marjerin (Kjee guna Planta) dalam periuk. Bila cair, Kjee masukkan bawang putih dan halia. Apabila halia dan brown sikit, Kjee masukkan beras yang telah kering ditoskan. Goreng selama lebih kurang 7 hingga 8 minit.







Kemudian alihkan beras tadi ke dalam Rice Cooker dan letak air. Kjee letak dekat 4 cawan air. Guna air rebusan ayam tadi. Kjee tak suka nasi keras. Kemudian Kjee masukkan 2 chicken cubes. Biar nasi masak hingga kering. Dah kering, carik-carik perlahan-lahan guna garfu.

Sementara UnclePali goreng ayam, tetiba terlintas di fikiran nak buat Ayam Sambal Hijau atau sambal Ijo kata orang Indonesia.

Kjee pun tumbuk manja-manja cili hijau. Ada lebih kurang 12 biji dan jugak 4 labu bawang besar. Jangan sampai halus. Kasar-kasar pun okay. Kemudian Kjee guna minyak gorengan ayam tadi untuk tumis bawang tumbuk. Apabila bawang dah layu, masukkan cili dan goreng hinga kedua-dua bahan itu kelihatan masak.

Masukklah garam, 2 keping asam gelugor dan sedikit pak aji kalau guna. Kalau tak guna, bolehlah bubuh gula sikit. Kemudian apabila sudah cukup rasa, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sampai mesra pastu padam api.






Sukanya UnclePali apabila Kjee kata nak buat Sambal Ayam Hijau. Ada kelainan, katanya dan makan Nasi Ayam tak muak. Oklah as long as my asben happy.

Kalau korang tak suka, tak payah buat. Tapi rasa-rasanya lebih sedap buat macam ni. Ala kat kedai tak ada jual punyalah. Hehehe.

By the way, kalau buat Ayam Sambal Hijau ni, tak perlulah buat sambal cili atau kicap tu. Dah enak sangatlah makan nasi ayam ni dengan sambal ijo jer. Percayalah. Hahaha.

So inilah Nasi Ayam yang telah Kjee fusion kan.







2 comments:

Eny Abdullah said...

nampak menyelerakan!!
http://enyyusnizar.blogspot.com/

intandayani said...

Boleh cuba ni. tq Kak Jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...