Monday, December 1, 2014

ADA INSAN MULIA BERNAMA SHARIPAH JUSOH!

Puan Sharipah bersama cucu kesayangannya


Sentiasa di kerumuni


Alhamdullilah rezeki





"Jee, kucing yang ada di sini bukan untuk adoption. Saya tak rela beri kucing ini kepada sesiapa, melainkan saya tahu kucing-kucing saya akan berada dalam penjagaan mereka yang benar-benar kasihkan kucing!"

Itu antara kata-kata yang terbit dari mulut Puan Sharipah Jusoh apabila Kjee, UnclePali dan Nadia mengunjungi rumah kucing yang dibina hasil dari kasih sayang beliau. Rumah itu dibina di satu kawasan agak tinggi berhampiran sebuah kolam ikan di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.

Ketika kami sampai, sudah agak larut petang. Dan Kjee tak larat nak ikut Nadia dan UnclePali pergi terus ke rumah kucing itu. Gambar-gambar diambil Nadia sebab UnclePali sedang sibuk memeluk satu demi satu kucing yang comel-comel disitu.

Semua kucing adalah kucing yang telah dikutip oleh Puan Sharipah di tempat2 makan dan dimana sahaja yang dia nampak. Selain tidak mahu beri kucing untuk di jadikan haiwan adoption, Puan Sharipah jugak tidak menerima kucing yang dibela orang dan hendak dibuang.

"Ada orang pernah hantar kucing belaan mereka di sini. Saya tak terima. Saya hanya ambil dan bela kucing jalanan yang didera manusia ataupun yang sakit," tegasnya.

Kucing-kucing yang berjumlah lebih 50 ekor dalam peliharaan Puan Sharipah memang sangat bertuah! Sampai sahaja di rumah kucingnya, kucing2 tersebut akan disembur dulu dengan ubat kutu. Kemudian, yang sakit akan dirawat, yang serius akan dibawak ke doktor haiwan.

Jugak yang sudah cukup waktu untuk dikhasi (mandul) akan dibuat dengan usahasama SPCA (Persatuan Perlindungan Haiwan) di Ampang. Malah, SPCA sentiasa memantau kesihatan dan keadaan tempat tinggal kucing disitu. Perlu difaham, jika tidak mengikut spesifikasi SPCA, pemiliknya boleh didenda!!



Buat unggun api untuk kucing berdiang dan halau nyamuk!






Makan ya sayang. Mama dah bubuh supplimen TF Advance tau

Siang hari, pembantu jemur selimut dan karpet

Ada jer Mamat ni kan? Hehehe






Ketika kami disana, Puan Sharipah sedang memberi makan kucing-kucing kesayangannya. Kedengaran dia memanggil mereka dengan cukup manja dan mesra.

"Jom makan sayang. Mama dah siap makanan ni. Lepas ni Mama buat unggun api ya. Malam ni taklah sejuk yer."

Wanita yang bekerjaya ini sanggup menghabiskan banyak wang untuk membela kucing itu. Malah, dia kata, sejak dua tahun membela kucing-kucing ini, pakaian dan hiasan dirinya tidak lagi menjadi perkara utama. Setiap bulan, banyak duit dihabiskan untuk penjagaan dan makanan kucing-kucingnya.

Jugak digajikan seorang anak muda membantunya menjaga hal ehwal kucingnya, jika dia outstation.

Kjee lupa nak tanya samada dia mengenali setiap ekor kucingnya. Tetapi yang pasti setiap ekor kucingnya, mengenalinya. Ini boleh dilihat dengan cara mereka berduyun-duyun mengelilinginya apabila dia berada di situ.

Nak tahu apa makanan yang disediakan untuk kucing? Jangan terkejut jika Puan Sharipah memberikan segala jenis vitamin termasuk supplimen TF Advance yang berharga RM169 sebotol untuk kucing2nya! Nadia sendiri nampak dia meletakkan 10 biji TF Advance dalam makanan kucing!

"Kawan saya kata TF Advance elok untuk kesihatan kucing. Jadi, itu yang saya letak dalam makanan mereka. Setakat ini, walaupun ada musim kucing sakit, hanya 6 ekor sahaja kucing saya mati. Lagipun, ketika mereka datang, mereka sangat2 uzur," katanya lagi.

Beliau beri makan biskut kucing dan juga wetfood dalam tin kepada kucing2nya setiap hari. Puan Sharipah enggan memberitahu berapa banyak wang yang telah dibelanjakannya. Tetapi katanya, ada jugak sebuah syarikat makanan kucing yang ada datang sedekah makanan kucing.

Bagaimana dengan penerimaan keluarganya terhadap hobinya ini?



Dia hampir mati ketika ditemui. Sekarang? Tengoklah sendiri!

Buat apa tu UnclePali? "Menyibuk" jawabnya

Ada karpet sebab malam2 sejuk

Ini untuk pengasingan kucing baru dan yang sakit





"Hmmm mereka tiada pilihan. Ini hobi saya. Setiap petang, lepas waktu kerja, saya akan habiskan masa di sini. Suami dan anak2 saya tahu saya ke mana."

Puan Sharipah juga berkata jika ada rezeki dia mahu membesarkan lagi rumah kucing ini. Dia sudah menyiapkan rangka pelan rumah itu. Dia mahu buat sebiji rumah dibahagian belakang rumah itu untuk asingkan kucing yang sakit atau yang ada anak kecil.

Tidak ada apa yang boleh Kjee kata. Cuma bergenang airmata tiap kali menatap gambar-gambar yang ada. Paling sebak apabila Nadia berkata ketika kami dalam perjalanan pulang dari melawat rumah itu.

"Mama...itulah cita-cita Mama sejak dulu... sejak Nadia kecik, Mama selalu kata kalau Mama kaya, Mama akan bina sebuah rumah kucing. Gajikan dua orang pembantu dan jugak akan suruh seorang doktor haiwan melawat dan merawat semua kucing-kucing..."

Hmmm cita-cita Mama tak kesampaian, ya Nadia. Tapi Mama happy ada seorang wanita berhati mulia dan murni seperti Puan Sharipah Jusoh. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan Puan Sharipah akan dikurniakan dengan rezeki melimpah ruah, Aaminnn. Yarabbal Alamin.

Akhir kata, Puan Sharipah memberitahu, dia sanggup jumpa MB Selangor mintak sedikit tanah untuk dia buat rumah kucing baru seandainya tanah yang dia menumpang sekarang mahu diambil balik oleh tuannya.


Ini Tomei. Ditemui ketika kecil dan hampir nak mati. Diberi makan. Kini Tomei jaga tempat ni. Of course no touching.






Sumbangan dari Royal Elise Feliana. Terima kasih


0 comments:

Post a Comment