Pages

Friday, May 1, 2015

ASAM REBUS TETEL GAYA MELAKA?










Kjee mana gambar asam rebus tetel aritu, tanya fren FB Kjee. Ohhh belum masuk lagi dalam blog ker? Well, sehari dua ni Kjee sibuk sangat. Sibuk melayan gastrik yang tetiba menyerang. Jadi terlupalah pulak kewujudan Asam Rebus Tetel aritu. Hehehe.

Kali ni Kjee buat sekilo daging tetel. Sekilo RM14 kat pasar Keramat. Masa beli cam rasa banyak sangat tapi lepas dekat ½ jam ia duduk dalam pressure cooker (pc) baru perasan rupanya sikit jer lepas ia kecut.

Kalau tak ada PC memang Kjee malas nak guna daging tetel. Kena rebus bubuh sudu dan garfu stainless steel selama 3 atau 4 jam baru lembut. Mau habis gas dekat suku tong, agaknya. Tapi guna pc, rebus lebih kurang setengah jam. Tapi kena check dua tiga kali takut airnya kering.

Masa tengah masak, MIL call anaknya tanya menantu dia masak apa. Hmmm bila sebut asam rebus, agaknya MIL garu kepala. Asam rebus tu sikit lebih kuranglah ramuannya dengan nak buat Laksa Utara. Cuma bubuh daging dan kentang. Arwah Bonda kata ini resipi orang Melaka. Wallahualam.

Apapun, lauk ni fav Kjee sebab rasa kuahnya manis... bukan manis gula tapi manis air daging yang direbus tulah. Air rebusan tu yang dijadikan kuah asam rebus tu.

Masak kali ni Kjee tak bubuh bunga kantan sebab stok kat kebun dah habis. Tapi Kjee letak lebih serai dan daun kesom. Jugak lebihkan sikit asam gelugor atau asam keping.

Lauk ni sedap dihirup jer kuahnya kalau musim panas cam sekarang. Dah dua hari tak hujan kan.

Oklaylah kalau nak tau cara memasaknya korang KLIK SINI jer ya. Kjee nak gi tengok ada baki lagi tak asam pedas tu. Nak cicah dengan roti boom semalam. Roti beli jer. Hehehe.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...