Wednesday, May 6, 2015

CUCUR BILIS AIR PANAS






Bekfas tadi. Cucur Bebola Bilis. Penyediaan yang cukup mudah. Dan laju jer habis.

Nadia cukup suka order Cucur camni kalau kami makan di foodcourt Leypark, Taman Melawati. Sepiring RM3.50. Murah jer tapi kena tunggu 20 minit baru siap. Maklumlah kita order baru dia buat.

Anyway, inilah makanan ramai masa kecik-kecik kan? Bila tayang jer gambar kat FB tadi, ramai kata itulah cara arwah mak dia orang buat. Seriously, Kjee baru aje belajar teknik buat hingga jadi bulat-bulat. Dulu jenuh Kjee letak baking powder bagai tapi tak menjadi.

Rupa-rupanya guna air panas mendidih! Arwah Bonda pun tak tahu teknik ni tau. Kami buat jadi penyek gitu. Hehehe.

Tadi Kjee buat guna 2 cawan tepung (chinese rice bowls) dan 2 cawan air panas. Sebelum dicurahkan air panas tu, Kjee letak ikan bilis halus dan sedikit garam. Kalau letak hirisan bawang dan jugak daun bawang, okay jugak. Tapi stok tarak.

Lepas tepung sudah digaul dengan bilis dan sedikit garam, make a well in the centre of bowl dan curah air panas. Cepat-cepat gaul hingga menjadi doh, guna garfu. Pastu biarkan sejuk (suam) sekejap. Kemudian buatlah bentuk bulat-bulat. Kalau melekit kat tangan, basahkan tangan dulu. Goreng guna api sederhana.

Makan dengan sos cili.

Kjee pernah buat guna udang DISINI.








Related Posts:

  • POPIA SIMPUL KASIH       Diam tak diam dah enam tahun sejak Kjee buat Popia Simpul ini. Kali ini tambah kasih maka jadilah Popia Simpul Kasih. Kalau tak buat dengan penuh kasih, susah nak menjadi. Renyah sikit so perl… Read More
  • KUIH TEPUNG PELITA      Kuih ini, is a must, di bulan Ramadhan. Beli memang mudah, tetapi tak semua yang dibeli tu, sedap. So, sejak Kjee terai buat guna resipi home cook popular Rina Mohd Dom, Kjee udah tak beli lagi… Read More
  • KUIH BRONOK           Sejak dua menjak ni, Kjee suka sangat buat kuih ini. Ada yang terkejut apabila dapat tahu kuih ni namanya Bronok. Jangan tanya Kjee sebab Kjee bukan Jerman piau. Ada campur … Read More
  • INTI KELAPA MANIS      Selama ini, Kjee tak berapa gemar sangat inti kelapa manis. Tetapi dek kerana ia favourite UnclePali, terpaksalah jadikan fav kita juga.      Sebenarnya untuk mendapatkan in… Read More
  • BISKUT SUSU ARAB       Tahun ini you tak buat Biskut Susu yang guna Ghee (minyak sapi) tu, tanya UnclePali lepas Sahur tadi. Kjee pandang wajah suami dengan mata yang layu. Aduhai larat ke, kata Kjee dalam hati.&nbs… Read More

2 comments:

  1. terliur ... bleh bygkan kesedapannya tu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih k.jee..dil dh try..dh lama teringin cucur bilis kembong ni...pernah makan masa balik mesia haritu..syukran jazilan..maveles...

    ReplyDelete