Pages

Monday, May 4, 2015

MY SAGU GULA MELAKA YANG AWESOME




Bila tak sihat, especially kalau kena gastrik, Kjee suka bebenor buat dessert Sagu Gula Melaka. Tak payah nak kunyah, telan jer... lembut masuk ke dalam anak tekak,  kannn.

Ini adalah dessert atau pemanis mulut yang senang sangat nak buat. Bahan-bahan pun tak banyak. Apa dia? Hah betul tu... tak payah keluar masuk hutan cari bahan kan! Pandaiiii. Hehehe.

Tapi cam biasa, kenalah dapat sukatan air dengan sagu yang betul. Kjee eksperimen banyak kali dan jumpalah resipi yang tepat.

Sukatan airnya 1:4. 1 mangkuk sagu biji dan 4 sukatan mangkuk yang sama, air. Rendam dulu sagu tu selama lebih kurang 20 minit. Pastu toskan. Masa menunggu tu, korang didihkan air empat bekas yang sama hingga mendidih.









Kemudian pelan-pelan masukkan sagu. Terus kacau pantas-pantas guna api sederhana. Apabila dah tak nampak mata ikan (warna putih biji sagu) maka dah siaplah.  Korang tengok gambar mokcik. Ada sikit-sikit 'mata ikan'. Mokcik tak berapa sihat hari ni, so mokcik biarkan jer ada mata ikan tu. Tapi kalau bolehlah, tak payahlah ada mata ikan. Tapi makan sure tak mati punya. Hehehe.

Dah siap, tuang dalam bekas idaman kalbu. Sejukkan dalam peti ais.

Masak gula Melaka campur sikit gula merah untuk warna yang cantik. Masak sampai pekat sikit.

Bila nak hidang, korang curahkan susu cair ke atas sagu tadi diikuti dengan gula Melaka. Ada orang guna santan tapi mokcik suka rasa susu cair.

Itu jer. Nak tengok gambor dan celoteh mokcik masa buat Sagu Gula Melaka ni dulu, INTAI SINI.






2 comments:

aji nugraha said...

semoga di kasih kesabaran untuk orang nepal semuanay..












Obat Gagal Ginjal Tradisional

kardina73 said...

thanx kak jee for this post..
saya teringin nak makan sagu gula melaka ni..saya pun rendam and masak sagu tu.. lepas tu saya pi basuh sagoo tu.. entah mana punya ajaran saya teringat masa masak tu kononnya nak buang kanji.. terus tak jadi.. tinggi sikit je.. nak makan pun rasa mcm nak nangis..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...