Wednesday, December 9, 2015

KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS








Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni.

Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee buat lah jugak tadi. Tapi kali ini Kjee buat bersama steam chicken. Hah  ayam kukus. Dulu-dulu, kalau buat Kjee letak udang besar-besar dan fish balls.

Ini first time Kjee try buat makan dengan steamed chicken. Ala-ala Pappa Rich gitu. Mesti ada korang yang pernah makan kat restoran tu. Tapi Kjee dah lama tak ke sana dan makan Kway teow soup dia orang. Entahlah, the last time pergi, ayam dia ada bau hanyir sikit. Full stop.

Tadi Kjee ke pasar dan beli dua rangka ayam. Kemudian Kjee beli chicken thighs kat Ayam Mas. Ayam Mas tak ada jual rangka ayam. Balik rumah terus cuci rangka ayam dan rebus lebih kurang dua jam.

Sejam setengah kemudian, Kjee letak bamboo steamer atas periuk rebusan ayam. Ayam yang telah Kjee perap dengan sedikit garam, diletak dalam pinggan dan dikukus.. UnclePali kata cerdik. Isyhhhh mestilah. Hehehe. Ayam siap kukus, sup pun dah masak kan? Tepikan bamboo steamer.









Kjee cincang 5 ulas bawang putih halus-halus dan goreng guna sedikit minyak jagung campur sedikit minyak bijan. Apabila sudah keperangan-perangan (jaga jangan hangus nanti pahit), Kjee keluarkan bawang putih dan letak dalam mangkuk kecik. Minyak bersama sedikit bawang putih, Kjee curah dalam stok rangka ayam tadi. Didihkan semula.

Didalam stok tersebut (tak perlu keluarkan rangka ayam), Kjee letak lada hitam. Kjee guna jenama Ajishio. So its Ajishio Black Pepper. Kjee letak dalam dua sudu. Kemudian Kjee tambah jugak fish sos atau Nampla iaitu kicap cair Thai. Biar secukup rasa. Perlahankan api. Kalau suka boleh letakjugak dalam dua inci halia yang diketuk-ketuk.

Dalam mangkuk, letakkan segenggam kueh tiau halus. Kena jenis halus baru sedap. Kemudian letak sejemput taugeh dan kucai. Kalau tak suka kucai, boleh jugak letak sawi (celur sikit dalam air panas).

UnclePali tolong cincang ayam kukus. Kalau Kjee cincang, habis hancur berderai. Hehehe. UnclePali susun ayam tu bersama daun bawang dan cili merah hiris.








Tuangkan sup yang tengah mendidih kedalam mangkuk yang mengandungi kueh tiau, taugeh dan kucai. Kjee jugak kukus hati ayam bersama ayam tadi. Hiris-hiris dan letak dalam mangkuk bersama kueh tiau.

Sup yang panas akan melecurkan taugeh dan kucai.

Makan dengan cili merah atau cili padi yang telah direndam dengan kicap cair. Jugak letak sedikit bawang putih goreng didalam mangkuk. Sedap.

Itu jer Kueh Tiau Sup versi Kjee. Masa Kjee meniaga di Anjung Melawati dulu, ini antara menu favorite.

NOTA KAKI:
Kalau tak ada AjiShio Pepper, letak lada hitam tumbuk. Tapi kalo letak, sedap.











3 comments:

Lieya Von Jay said...

ya ampun sodap nya :)

Rosniza Abdullah said...

sedap nya kakjee hujan2 mcm ni makan Kuew tiew sup & ayam kukus,insyaallah nak try lah jugak jika ada kalapangan.

mamamia said...

ermmm..dap.. dapnyer

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...