Saturday, December 24, 2011

KISAH AWANG HITAM MAZIDUL DAN MAK NYAH LORONG HAJI TAIB

Awang hitam ramai di KL - foto2 ehsan google

Yang macam ni pemuda Malaysia tak minat ke?


Macam2 rupanya selera wanita Malaysia. Berubah mengikut trend dunia kot. Satu ketika dulu mereka suka mamat ala Shah Rukh Khan. Kemudian suka sangat ikut lari lelaki tempe ke Lombok. Sekarang khabarnya suka pulak lelaki bertubuh gelap dan sasa. Black is beautiful konon!

Sebenarnya, trend gila kepada Awang Hitam atau Mat Gelap hanya baru di Malaysia. Kat luar negara dah ramai model2 serta pelakon terkenal yang memilih Awang Hitam sebagai suami. Antaranya Kimora dan juga ada seorang top model Amerika yang berkulit putih (alamak dah lupa namanya) yang bersuamikan Awang Hitam.

Kat Malaysia pun ada jugaklah wanita Melayu yang berkahwin dengan Awang Hitam ini. Ada seorang professor yang Kjee kenali satu ketika dulu turut bertemu jodoh dengan lelaki yang tak pasti dari negara mana tetapi yang pasti berkulit hitam. Dapat anak yang pandai pulak menyanyi dan pernah masuk satu rancangan realiti di TV.

Begitu juga ada seorang kenalan yang suaminya dikatakannya berbangsa African American. Tetapi tak kisahlah, kalau sudah jodoh. Kjee nampak mereka bahagia, so what! Kalau kahwin dengan bangsa sendiri pun tapi tak bahagia, tak guna satu sen pun kan?!!

Kjee menceceh pepagi buta ni sebab tersenyum sendirian melihat rakan Kjee, Mazidul Akmal Sidek yang rajin sangat cari info pasal Awang Hitam. 

Cukup menarik entry Mazidul dalam blog beliau Bersama Mazidul. Rajin menyelak rahsia mengapa dan kenapa ramai gadis dan jugak mokcik2 Melayu terjebak dengan Awang Hitam. Antara sebab, tubuh yang sasa. Adoii bab tubuh sasa ni Kjee takut nak komen. Nanti melalut2 pulak kepada bab2 yang terlalu intimate.

Mazidul memang wartawan on the street. Rajin ke sana kemari mencari bahan berita human interest. Bukan senang tau nak jadi wartawan seperti itu. Satu, dia kena rajin merayap tak kira siang atau malam. Kedua, kena berani.

Sekali imbas tak siapa sangka mereka wanita plastik
Teringat kisah Kjee muda2 dulu masa jadi wartawan. Suka sangat menyusuri jalan2 belakang mati di belakang Kow Loon dan Lorong Haji Taib untuk mencari pondan. Pada Kjee, mereka insan yang sangat unik. Tapi sekarang dah tak tau mana nak cari mereka sebab tempat2 yang Kjee kata tadi sekarang terang benderang. 'Adik2' ni suka tempat2 yang gelap2.

Apapun, kalau nak cari mereka ni, dah tak perlu keluar malam lagi. Satu pagi, Kjee dan Unclepali ke kawasan Lorong Haji Taib untuk mencari barang. Kawasan tu memang terkenal dengan kedai2 yang menjual barangan secara borong.

Terkejut Kjee melihat ada seorang dua pondan atau mak nyah yang sudah mula 'beroperasi'. Kjee tengok jam dalam kereta. Pukul 10.30 pagi. Ewah, kata Kjee...awalnya cari makan! Unclepali kata, mungkin malam tadi bisnes kurang maju so hari tu kenalah 'keluar awal sikit'. Hmmmm teringat pepatah ni...The Early Bird Gets The Worm.

Oh ya, hari tu Kjee pergi makan di Pandan Indah. Kemudian lalu depan Restoran Bugis Street. Kjee senyum tengok restoran itu. Bugis Street di Singapura, masa Kjee kecik2 dulu, adalah hangout pondan. Kalau ke Singapura, kami pasti singgah di Bugis Street untuk melihat pelbagai jenis manusia yang berlagak wanita. Mana pergi Bugis Street sekarang. Ada infon fren2 dari Temasik?

Satu hari nak pergi singgah makan kat Restoran Bugis Street, Ampang Indah. Apakah pemiliknya 'serpihan' warga Bugis Street Singapura dulu? Hehehe












4 comments:

  1. Salam KJee... set roti jala tu dah sampai.. Saya beli, ya... :)

    ReplyDelete
  2. as salam KJ .. saya pun dah mula tertarik dengan citer MAZIDUL ni. Memang FAKTA semuanya. Gambar sebagai bukti !! Kita perlu wartawan seberani MAZIDUL. Bukan setakat berani terjah kedalam kehidupan manusia yang membawa masalah kepada negara tetapi juga harus berani bertanya soalan yang ' kaw-kaw' punya. Tabik Mazidul.

    ReplyDelete
  3. Hai Kak Jee Bugis Street masi ada cuma beza skrg da jadi tempat membeli belah ala street style dan bukan tempat club or show Mak Nyah cam dulu

    ReplyDelete
  4. Sepatah dua kata kisah Bugis Street.
    Inilah satu satu nya tempat yang amat popular buat
    para pelancung dari Barat untuk melihat Mak Nyah
    dan memuaskan nafsu mereka.Semua Mak Nyah yang mem
    buat duit di sini bersepakat ia itu hanya akan
    berpakaian seindah dan terseksi mungkin untuk berkeliaran di kawasan ini.Jika ada di antara mereka yang berpakaian biasa, mereka akan di halau keluar dari kawasan ini kerana ini akan menjatuhkan imej mereka di Bugis st. yang telah terkenal buat para pelancong dari luar negeri.Kerana Mak Nyah lah yang membuatkan Bugis St.begitu popular sekali.Mereka tidak perlu menjual tubuh mereka,hanya sekadar menjual gambar gambar mereka dengan harga $10/- sekali shot jika ada para pelancong yang ingin bergambar dengan mereka.Jika sepuloh kali shot gambar mereka di ambil,mereka sudah meraih 100 dollar.Itu lah sebab nya mereka harus kelihatan secantik mungkin.Pengujutan mereka adalah sasudah jam 12.00 tengah malam tidak sebelum waktu ini.Sebelum jam 12.00, Bugis St. merupakan tempat makan dan minuman biasa buat orang awam.Orang orang awam tidak akan berkunjung ke sini lagi sasudah jam 12.00 malam dan ini lah waktu yang sesuai buat semua Nyah memperagakan diri masing masing.Ada juga sebahgian besar dari mereka yang menjual tubuh dengan harga $50/- dan $100/- dalam waktu singkat.Pelanggan akan di bawa ke Johor Road yang berdekatan dengan Bugis St. kerana di sini juga bergiat nya Mak Nyah yang kurang cantik dan disini lah terdapat nya banyak bilik bilik untuk masa singkat.Begitulah keadaan nya silih berganti sehingga menjelang subuh jam empat atau lima.Pukul rata pendapatan Mak Nyah di Bugis St. ini adalah antara $300 dengan $400 dollar semalam.Jumlah ini adalah terlalu besar dalam tahun tahun 70han.
    Sekarang, Bugis St. tidak mempunyai daya tarekan seperti dahulu.Ramai pelancong yang kecewa dengan keadaan Bugis St.buat masa ini kerana impian mereka yang telah mendapat berita dari pengunjung pengunjung Bugis St. dahulu tidak ada lagi.

    ReplyDelete