Sunday, November 9, 2014

DOUBLE FISH BURGER SENDIRI BIKIN







Apa pilihan favorite korang kalau pergi ke McD? Mine is Fillet 'O Fish atau Fish burger. Dah lama teringin nak makan tapi takut terkeluar dari senarai mereka yang memboikot, sabar jer lah kan.

Anyway, itu tidak bermakna kita tak boleh makan Fish Burger ala McD ni. Jawapannya? Buat sendiri atau DIY!

Itulah yang Kjee buat pagi ni. Masih tidak sihat, so buat fish burger yang mudah ni pun ala-ala gotong royong dengan UnclePali. Kjee beli jer fish fillet jenama Pacific West yang memang meletops. Mereka guna real fish bukan fish cake tau. Pantang nenek moyang bila beli brand lain, rupa-rupanya fish cake!!









Goreng fish fillet tu ikut instructions di kotak. Api jangan besar dan minyak mesti banyak. Bila dah garing di kedua belah, toskan diatas kitchen paper towels. Actually kalau goreng guna suhu kepanasan yang secukupnya, fillet itu tidak akan menyerap minyak.

Roti burger pulak dibelah dua, sapu dengan butter dan tekapkan pada kuali atau grill pan. Guna api slow hingga garing.

Pastu cuci salad dan renjiskan airnya. Boleh juga bubuh hirisan timun dan tomato kalau ada. Kjee tak ada.

Susun atas pinggan bahagian bawah roti yang telah dipanggang, bubuh salad dan fish fillet, sekeping cheese dan juga mayonaise dan sos cili. Kalau nak makan double fish fillet with double cheese seperti yang Kjee buat, bolehlah.

Hah mudahkan! UnclePali kata lagi sedap buat sendiri. And lagi murah tau. Kalau tak silap Kjee, satu kotak 6 keping fish fillet Pacific West dalam lingkungan RM15 jer. Roti burger rasanya RM3.50 untuk 6 biji. So, korang congak sendirilah betapa murah DIY daripada beli jenama mahal tu.

Okay, makcik nak ngap. Selamat mencuba ya adik-adik di cuti persekolahan nanti yer. Duit yang jimat tu boleh guna pergi tengok wayang. Hehehe








Related Posts:

  • GRIILED CHEESE SANDWICH RACHEL STYLE Asyik terliur jer tengok Rachel Ray of 30 Minutes Meals di AFC buat, maka pagi ni Kjee pulak buat. Opppsss pembetulan. Not me but my better half. Kjee jadi mandor jer. Hehehe. Malam tadi, UnclePali b… Read More
  • IDEA SEDIAKAN MENU ROTI YANG TAK MEM'BORING'KAN. Kalau korang bosan makan roti untuk sarapan setiap hari, dapatkanlah idea macam mana hendak buat sarapan menggunakan roti yang menyelerakan. Kjee tak pernah rasa bosan makan roti. Ada pelbagai jenis roti di pasaran… Read More
  • LIVE MUSIC BUSKERS MASA BEKFAS DI TANGLIN JALAN JALAN CARI MAKAN Kjee selalu sangat pergi makan ikan bakar di foodcourt depan Hospital Tanglin, Kuala Lumpur. Kalau nak ke sana kena masuk dari kawasan belakang Mesjid Negara. Makan ikan … Read More
  • BURGER AYAM ROTI PITA Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain… Read More
  • CEKODOK KENTANG ATAU NAMA GLAMERNYA POTATO FRITTERS Mata Kjee memang tak boleh pandang orang tayang makanan yang baru. Kreatif sungguh lah budak-budak ni. Ada jer makanan yang boleh buat Kjee terliur. Justru, selagi tak buat, siang malam boleh angau. Hahahah angau?!! Anyw… Read More

0 comments:

Post a Comment