Sunday, November 15, 2015

IKAN KEMBUNG BERSAMBAL THAI








Perangai Kjee sejak dua menjak ni rasa cam pelik. Apa yang Kjee tak suka makan selama ni, tetiba tersuka pulak. Kjee memang suka makan ikan bakar. Malah dulu, kalau ada kesempatan dan budget, sangguplah drive ke Umbai, Melaka untuk makan ikan bakar. Lepas makan, balik. Kerana jauh, sampai rumah lapar balik. Hehehe

Kjee suka ikan bakar yang dibakar kosong. Tak suka letak sambal dan dibakar. Tak tahu kenapa.

Satu hari kami dinner di Group Base. Nadia suggest order Portuguese Grill Fish, Hmmm Kjee tak selera pun makan.

Entah apa terjadi, dua hari lepas Kjee pergi pasar. Nampak ikan kembung yang montel-montel berkilat. Berkilat tu maknanya segar lah. Kjee tak pasti ikan kembung atau Mabung tapi wajahnya seiras. Kjee rembat empat ekor.

Sampai rumah, terfikir nak buat Ikan Bakar Sambal. Simpan dulu dalam freezer sampai hari ni. Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali pergi petik bunga kantan dan daun limau purut. Dalam fridge ada dua batang serai. Lengkaplah bahan kalau buat Sambal ala Thai kan? Hmmm Thai lah sangat. Hehehe.

Weekends memang seronok masak sebab boleh dera Nadia. So, dia yang masak sambal ala Thai tadi.

Ditumbuknya dua ulas bawang besar, dua ulas bawang putih, dua batang serai (ricik halus baru tumbuk). Kemudian ditumis hingga wangi. Masukkan cili kisar. Lebih kurang satu mangkuk. Goreng lagi sampai naik minyak. Letak satu asam gelugur dan satu kiub ikan bilis. Padam api. Masukkan tiga helai daun limau purut yang telah diricik halus. Begitu jugak satu batang bunga kantan. Diricik halus dan dimasukkan dalam sambal. Rasa, Tak cukup masin letak sikit garam. Sejukkan.








Ikan kembung dibersihkan dan tos kering. Susun dulu sekeping daun pisang. Kemudian letak satu helai daun kunyit diatasnya. Sendukkan satu sudu sambal diatas daun kunyit. Letak ikan kembung dan senduk satu lagi sambal letak atas ikan. (Buatlah sambal lebih sikit. Tadi Kjee buat cukup-cukup jer. Rasa cam lagi best kalau sambal lebih).

Balut ikan dengan daun pisang tadi. Kemudian bungkus lagi dalam alluminium foil. Kjee buat camtu sebab nak masak dalam Magic Pan atau Kuali Ajaib. Takut nanti kalau tak letak alluminium foil, ikan tu cepat hangus.

Kerja membakar Kjee serahkan kepada UnclePali. Apabila ikan itu dan hampir masak, UnclePali keluarkan foil dan letak kembali dalam Magic Pan selama lebih kurang 5 minit. Bagi garing sikit.

Gitu lah kejadian Ikan Kembung Bakar Sambal Thai versi Kjee. Okaylah sedap. Lain kali boleh buat lagi. Tapi next time, Kjee nak buat sambal lebih sikit dan tambah cili padi. Lagi pedas lagi sedap.

Apabila dibalut dengan daun kunyit, rasa dan aromanya cukup harum. Cubalah kalo tak picaya. Hehehe.






Related Posts:

  • LAUK BIDAN TERJUN UNTUK BERBUKA HARI INI Hari ni Kjee tak rancang nak masak. Tapi kita hanya mampu merancang. Menjelang waktu berbuka, terhidang tiga jenis lauk diatas meja. Alhamdullilah, menu simple sahaja. Beginilah rupanya lauk bidan terjun. Daging goreng kuny… Read More
  • SAMBAL GORENG PENGANTIN JAWA... EH LAUK ORANG JAWA..HEHEHE Sejak dua tiga hari ni, Kjee sibuk dengan penghantaran biskut Raya. So, apabila dah penat mana ada masa nak memasak kan? Lauk Sambal Goreng Pengantin yang Kjee bubuh daging dan hati lembu ni, k… Read More
  • SAMBAL MASAM MANIS IKAN SIAKAP Ingatkan hari ni kena makan kat luar lagi sebab tak ada apa nak masak kat rumah, tetiba Nadia kata hari tu dia beli 2 ekor ikan siakap! Kalau ada ikan Siakap, Kjee selalu buat steamed fish ataupun Tiga Rasa ala Thai. D… Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR...3Asalammualaikum. Hari Jumaat sudah kembali. Hari ni tetiba rasa nak share dengan korang resipi berasaskan udang. Kjee pelbagaikan pilihan. Ada udang halus yang warna putih tu, ada udang galah dan ada udang biasa. Karang kena… Read More
  • PEMBUKA SELERA PALING UMPPHHHH Hahaha mesti korang menci sangat2 kat Kjee. Masa Kjee edit semula gambar2 ni tadi, dah terlior bergelen2. Mujurlah iman di dada masih kukuh. Tinggal sorang2 pulak tu. UnclePali gi posto. Isyhh kalau tak kua… Read More

1 comment: