Monday, January 25, 2016
TAU MIU GORENG BERSAMA CENDAWAN ENOKI
Kombinasi cendawan Enoki yang berasal dari Jepun dengan Pea Sprouts atau dikenali dengan nama Tau Miu, yang menarik. Sebelum ini, Kjee hanya goreng Tau Miu sahaja. Goreng kosong letak bawang putih atau letak sekali udang.
Pagi tadi ketika Nadia ke Hero Market, Kjee suruh dia beli satu peket Tau Miu. Ia sayuran sekelompok dengan taugeh. Rasanya lebih kurang sama. Cuma warnanya hijau dan kepalanya ada daun. Hari tu Kjee dah beli dua peket cendawan Enoki.
Kjee hanya masak secara stir fry. Tau Miu dipilih, dicuci dan ditos. Kemudian Cendawan Enoki, dikerat pangkalnya yang keras dan dilerai-lerai. Tak perlu cuci.
Kjee ketuk 3 ulas bawang putih, panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak jagung dan beberapa titis minyak bijan. Apabila sudah panas, masukkan bawang putih dan goreng hingga keperang-perangkan. Jangan sampai hangus. Kemudian masukkan Tau Miu dan goreng sekitar 5 minit atau sehingga ia menjadi lembut. Masukkan cendawan dan kicap cair. Kjee guna fish sosThai.
Golek-golek seminit dua, kemudian padam api.
Letak dalam pinggan/mangkuk dan taburkan lada sulah. Sedap dihidang ketika masih panas. Kjee suka ratah jer.
Kjee pernah buat letak udang dan cendawan tiram. Klik SINI.
Related Posts:
SAMBAL IKAN KEMBUNG DAN LABU MASAK LEMAK PUTIH innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More
DAGING TETEL BUAT KARI SAMA KENTANG NAK RESIPI KLIK SINI Kari daging tetel. Korang tahu ke apa itu daging tetel? Ianya adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Daging beku yang diimport tiada tetel. Tetel ini terjadi apab… Read More
BETIK MENGKAL GORENG BELACAN Kjee suka sangat makan kangkung goreng belacan. Selalu buat di rumah. Tapi paling tak suka kalau order di gerai yang jual tomyam. Ntah apa2 rasa walhal nak buatnya bukan main senang. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More
LUNCH DI HARI MERDEKA 2012 Hari ni Kjee masak Kari ayam bersama kentang, kangkung goreng belacan, goreng ikan tenggiri jeruk sementara Nadia buat sambal tempoyak mentah untuk digandingkan dengan petai jeruk. Memang kena sangat gandingan lauk ini. Ma… Read More
LAUK UDANG GALAH UNDANG PENYAKIT innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More
0 comments:
Post a Comment