Wednesday, March 2, 2016

I'M A VERY PROUD WONG JOWO!!




Yes Kjee bangga dilahirkan Anak Jawa! Mak dan bapak Kjee Jawa piau (pure). Tapi Kjee taklah piau sangat. Boleh cakap Jawa sikit-sikit jer. Tapi walaupun tak reti cakap Jawa, Kjee faham apa yang orang Jawa cakap. Jangan nak kutuk-kutuk aku depan-depan ya! Hehehe

Kenapa tetiba entri ini? Hah adalah sebabnya. Semalam Kjee terkedu dapat satu komen kat blog ni. Terkejut pun ada, rasa nak tergelak pun ada. Dia ingat selama ini Kjee tulis air tangan Wong Jowo itu, bermaksud nak hina orang Jawa. Kat bawah ni Kjee copy paste komen dia yang Kjee publish dalam entri tersebut. Sedih dia tak berani bubuh nama dia.






Foto Wong Jowo laki bini naik beskal kat atas tu, adalah profil pic Kjee dalam FB. Itulah tanda sayangnya Kjee kepada bangsa Kjee. Dan jugak nak elak mat nigger kacau kat FB. Tapi asben kita bukan Wong Jowo. Dia kata dia orang Melayu campur Siam. Tapi my MIL kata arwah FIL ada campur Mamak. Whateverlah... hehehe.

Anyway, Kjee harap insan yang rasa Kjee, wong Jowo tulen tu, tak usahlah fikir Kjee menghina kaum Kjee sendiri apabila menulis perkataan airtangan Wong Jowo.

Kjee sangat-sangat bangga tau dilahirkan sebagai anak Jawa sebab arwah bapak kata species orang Jawa adalah species yang sangat-sangat rajin bekerja. Justru kalau ada pembantu rumah Indon yang mohon pekerjaan, seringkali majikan perempuan akan tanya..."Awak Orang Jawa?". Sebab orang Jawa rajin. Maid Kjee dulu kata, ramai pembantu rumah dari Indon yang menipu dirinya orang Jawa sebab mereka tahu majikan lebih suka kepada maid orang Jawa. Wallahualam.

So, lepas ini, kalau Kjee tulis airtangan Wong Jowo, janganlah 'serang' Kjee lagi ya.

HIDUP WONG JOWO!
SAKLAWASE KITO SEDOLOR!!! (Tak faham? Sila google translate. Hehehe)


Ini komen sahabat Kjee pasal kes atas ni. Komen apabila Kjee link entri ni kat FB.




Related Posts:

  • TAK PAYAHLAH HANTAR KUIH...MALAS NAK BALAS Budaya menghantar sepiring kuih (atau lauk) kepada jiran seperti yang diamalkan masa Kjee kecik2 dulu, sudah tidak dipraktikkan lagi. Maklumlah sekarang ini ramai wanita yang bekerja. Balik rumah hanya ada masa … Read More
  • LAYAN DRAMA TERAKHIR LAKONAN KJEE. Kalau tak kerja, jom tengok drama terakhir mokcik berlakon. Skrip ni cetusan idea Kjee dan UnclePali. Maklumlah, kami bertemu pun masa chatting MRIC dulu. Tapi lepas kahwin, Kjee kena ban chatting tau. Kahkahkah. Dra… Read More
  • INGAT LAGI PADA DATIN UMI KALSOM? Baru sekejap tadi Kjee dapat panggilan telefon dari Datin Umi Kalsom, seniwati veteran yang pernah mendapat jolokan Wanita Melayu Tercantik di Asia yang diberikan oleh sebuah majalah di Australia puluhan tahun lalu.… Read More
  • PUASA KENA BANYAK SABAR...GODAAN DAN COBAAN KELILING PINGGANG HEHEHE Gambar Hiasan jer tau Pantang larang ketika berpuasa. 1. Banyak2 berzikir masa suapkan anak2 yang belum baligh, makan. Especially kalau menu mereka ikan goreng dan nasi panas yang dicurah kicap. Perghhh sedapnya. &n… Read More
  • 308. Mak...Moga kau tenang di sana Sudah 14 tahun Kjee ‘kehilangan’ seorang wanita yang ku panggil Mak. Kehilangan yang sukar diganti. Itulah hakikatnya…apabila berada di depan mata, kita tak begitu menghargainya. Dan apabila sudah tiada, baru terasa ke… Read More

6 comments:

  1. Ya Allah..ada org yg beranggapan begitu ye.. rasanya dr tajuk besar tu kita dh tahu yg penulisnya berbangga dgn bangsanya...
    Lapangkan minda, terangkan hati dan sentiasa berbaik sangka..

    ReplyDelete
  2. Rambut sama hitam kan Fauziah Marjuki. Kjee rasa you pun orang Jawa kot.

    ReplyDelete
  3. Oh... mis-undertanding tu
    Kakak pun keturunan jawa (mak-bapak jawa)
    So..kito sedolorlah Kjee hihi...

    ReplyDelete
  4. Jannatunnaim SabdinMarch 2, 2016 at 4:01 PM

    dia baca dgn antonasi yg berlainan kot.

    ReplyDelete
  5. Alahai....kelakarlah... saya nak ketawalah Kak Jee...sebab saya pun anak Jowo...wong Jowo!

    ReplyDelete
  6. hai Kjee..selama ni silent reader je
    tapi bila baca entry ni...hahaha
    rasa nak tergelak, terus tangan rasa nak menulis
    saya cucu org jawa tp tak de pulak nak sentap ke apa ke..
    silap paham kot..mcm kata kakzakie

    ReplyDelete