Tuesday, November 28, 2017
Home »
chinese food
» SUP CAMPUR SUKATI (SUKA HATI)
SUP CAMPUR SUKATI (SUKA HATI)
Hehehe Kelakar kan? Tahulah ini sup tapi tak tahu nak bubuh nama apa. Ada fucuk, ada kentang, ada lobak putih dan juga cendawan telinga tikus atau wood ear fungus. Bahan-bahan ini semua Kjee jumpa dalam peti ais dan kitchen kabinet.
Ada satu peket fucuk keras atau fucuk stick, ½ batang lobak putih, sebiji kentang dan segenggam kecik cendawan telinga tikus. Jangan tanya kenapa nama cendawan itu Telinga Tikus. Arwah Bonda yang kata. I follow.
Jadi apabila ada bahan-bahan ini tetapi dalam jumlah yang sedih, maka selain daripada jadi habuan Cik Tong, Kjee terfikir nak leburkan semua jadi sup. Kebetulan UnclePali setuju aje. Maka inilah kejadian hari ini yang Kjee namakan Sup Campur Sukati (suka hati).
Mula-mula sekali kena rendam fucuk. Kjee guna fucuk keras atau fucuk stick. Kjee tak suka yang keping itu sebab texture dia kureng sikit. Kalau nak cepat, rendam dalam air panas mendidih. Sekejap aje tau dia lembut. Tetapi kalau ada banyak masa, rendam dalam air biasa pun ok. Tunggu sampai lembut dan potong-potong. Kemudian rendam pulak Cendawan. Hiris-hiris. Kentang dan lobak, potong ikut suka.
Kjee hiris 3 ulas bawang putih dan tumis dalam minyak yang sedikit. Apabila garing, masukkan air dan didihkan. Air ni ikut banyak mana sup yang dikehendaki. Kjee campak juga sedikit udang kering dan dua kiub bilis. Kalau tak guna kuib bilis, masukkan aje ikan bilis.
Apabila sudah mendidih, masukkan semua bahan-bahan lain termasuk dua tiga biji cili padi yang telah diketuk-ketuk. Kjee letak 6 biji tadi sebab suka sup yang pedas.
Rendidih sehingga kentang dan lobak cukup empok. Kemudian perlahankan api dan rasa. Itu aje. Hidang panas-panas atau dipanaskan sebelum dihidang.
Selamat mencuba.
Related Posts:
GARLIC RICE WITH LEMON CHICKEN
Akhirnya berjaya juga Kjee cuba buat Lemon Chicken And Garlic Rice atau Nasi Bawang Putih Bersama Ayam Lemon. Ini adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia kalau ke Kopitiam. Tapi dek kerana dah tak mau pergi ke kop… Read More
MI WANTAN BERSAMA SUP DUMPLINGS
Hari ni masih mood nak makan Chinese Food. Mi Wantan atau Wantan Mee with Dumplings Soup adalah makanan favorite Kjee dan Nadia. Dulu kami selalu saja makan di Medan Selera Pertama Complex.
Tak ramai penia… Read More
SAYUR BUNCIS + CENDAWAN SHITAKE SEGAR
Lauk kat belakang tu Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Kekadang Kjee rasa pelik jugak apabila tengok orang sekarang tak suka makan sayur. Bukan budak2 tau tapi orang dewasa. Agaknya sejak dari kecik ibu dia orang tak past… Read More
SUP WANTAN BUKA SELERA DI MUSIM PANAS
Apabila musim panas melanda, Kjee siang2 lagi dah angkat tangan tak mau makan makanan berempah dan yang sewaktu dengannya. So, yang menjadi pilihan haruslah jenis yang masak bening, kata orang Jawa. Atau sup atau masak… Read More
STIR FRY SAYUR TAU MEU
Tiap kali singgah di mana2 pasaraya, Kjee akan nampak sayur ni. Dan tiap kali Kjee hanya pandang jer sebab otak tak boleh register nak masak cara apa.
Sebenarnya, Kjee pernah makan sayur ini masa pergi makan Bub… Read More



Suka hati ja kan..tapi menjadi yg sedap,,rasanya tu
ReplyDeletemacam² ada haaa... janji boleh makan sedap dan mengenyangkan sudah... hahahaha saya pun kalau masak main campak² je.. hihi
ReplyDelete