Friday, July 10, 2020

BRAISED CHICKEN FEET

Ini antara dimsum favorite Kjee apabila ke Restoran yang menghidangkan dimsum. Maaf jika ada yang tidak selesa apabila kaki ayam dijadikan lauk.
Kjee makan lauk berasaskan kaki ayam sejak kecik lagi. Kawan arwah bapak, berbangsa Cina yang ajar. Katanya 'lendir' pada kaki ayam sangat-sangat berkhasiat.  Elok untuk sendi-sendi (joints) dan kulit. Kini kita kenali lendir itu sebagai collagen.
Anyway, Kjee suka sangat makan Braised Chicken Feet ni. Braised tu maknanya rendidih guna api slow setelah semua bahan2 dicampur. Kalau kaki ayam belum lembut, tambah lagi air dan terus slow cook.
Kjee guna 10 pasang kaki bila masak ini kelmarin. Itu aje jumlah yang ditemui dalam freezer. Elok jika kaki ayam jenis besar. Ada tiga pasang yang besar. Yang lain, keding aje sebab UP beli kat Ayam Mas.
Kjee potong kuku dan ketuk sikit guna belakang pisau kat tengah-tengah tulang kaki ayam. Cuci bersih-bersih. Jika ada kulit2, buang. 
Kemudian rebus seketika. Dalam 10 minit aje. Lepas itu, tos bagi kering dalam 30 minit. Ini untuk memudahkan apabila buat proses seterus iaitu menggoreng. 
Masa goreng harus tutup kuali dengan tudung sebab kaki ayam akan meletup-letup. Bak kata seorang kawan, macam berperang. 😂
Hati2 terbalikkan dan biarkan goreng hingga warna keperang-perangan. Kemudian dilalu bawah air untuk hilangkan minyak. Pastu rendam. Ada resipi suruh rendam semalaman tapi Kjee rendam dua jam aje. 
Kemudian masukkan dalam periuk bersama air. Banyak air lebih kurang dua inci dari kaki ayam. 
Sediakan pulak bahan-bahan untuk sosnya. Kjee letak satu sudu minyak masak dan satu sudu minyak bijan dalam kuali. Hiris dua inci halia dan dua ulas bawang putih serta tiga empat cili kering yang telah dikerat-kerat. Tumis hingga wangi dan masukkan satu batang kayu manis, tiga bunga lawang dan dua pelaga. Letak satu cawan air, dua sudu sos tiram, tiga sudu kicap manis, 1 sudu kicap cair, 1 sudu gula pasir dan satu kiub ayam. Kacau sehingga sebati. Kemudian campur ke dalam periuk bersama kaki ayam yang sedang direbus. 
Apabila air sudah mendidih, perlahan api. Api harus kecil sekali. 
Rendidih lah atau slow cook sehingga kaki ayam sudah betul-betul lembut. Sesekali di golek-golek. Warna kaki ayam akan jadi kehitaman. Apabila kaki ayam sudah lembut, sosnya akan menjadi pekat. Maknanya dah siap lah tu. 


Resipi asal letak cendawan kering tetapi Kjee tak letak sebab tak ada stok. Sebaliknya Kjee rebus kacang tanah dan masukkan ke dalam periuk dalam 20 minit sebelum padam api. 
Kacang tanah rebus memang pembuka selera yang sinonim apabila makan dimsum. Tetapi bukan mudah nak membuatnya. Kacang tanah agak susah hendak empuk apabila direbus. 
So kjee rendam semalaman. Esoknya rebus dengan meletakkan sedikit garam. Kesilapan Kjee, tak rebus dalam pressure cooker. Jika tidak tentu lebih cepat proses mengempukkannya. Sedap sangat begitu saja. 
Selamat mencuba 





0 comments:

Post a Comment