Monday, July 27, 2020

BUBUR NASI SEGERA

   

Apabila tak sihat, Kjee seringkali teringin nak makan bubur nasi bersama lauk-lauk sampingan. Ala-ala Teo Chew porridge gitu.
   Tetapi oleh kerana sudah terbiasa guna pressure cooker (PC) untuk masak bubur nasi, maka Kjee selalu padam niat nak buat. Leceh nak keluarkan PC. Lagipun nak masak sikit aje.
   Tetapi baru-baru ini Kjee temui satu cara masak bubur nasi dalam masa tak sampai 20 minit. Atas dapur sahaja. Kejadiannya secantik masak dalam PC!!!!


   Terkejut Kjee rupa-rupanya kena bekukan beras terlebih dahulu! Mula-mula cuci beras. Kalau untuk dua orang, cuci satu cawan beras. Toskan, masuk dalam plastik atau bekas taufoo faa dan simpan dalam freezer. Biar beku. Seelok-eloknya, simpan dalam freezer sampai betul2 beku. Khabarnya boleh simpan beras beku selama sebulan! 
   Apabila nak buat bubur, letak beras tu dalam periuk. Letak air secukupnya dan jerang. Tak sampai 15 minit, akan nampak beras tu dah jadi bubur. Tetapi kerana Kjee suka bubur nasi yang halus, Kjee tambah air dan terus masak sehingga puas hati. Lebih kurang setengah jam. 

   Percayalah ini cara buat bubur nasi yang paling mudah. Dan selepas ini beras beku akan sentiasa ada dalam freezer Kjee kerana boleh masak apabila teringin baik untuk sarapan atau bila-bila sahaja. 
   Lauk yang dimakan dengan bubur nasi ikut selera korang lah. Selalu Kjee goreng garing ikan bilis, hirisan bawang putih dan cili padi. Semua dah garing dicampur dan makan dengan bubur. Telor asin dan ikan kering juga sedap. Begitu jugak Kangkung Goreng Belacan. 
   Tetapi hari ini, Kjee makan dengan Sambal Terung dengan udang kering dan Daging Goreng Kunyit. Resipinya next entri ya.
   Kjee gelar Bubur Nasi Segera tetapi bukan macam mi segera dan yang sewaktu ya. 

2 comments:

  1. semua makanan kat dalam sedap. :)

    ReplyDelete
  2. Oo pertama kali dengar pasal bekukan beras ni.. hehe terima kasih untuk info ni kak jee

    ReplyDelete