Friday, July 24, 2020

PUDING ROTI KARAMEL KUKUS


SEJAK oven kat rumah demam denggi 😁, 
Kjee asyik google aje resipi kuih muih yang boleh dikukus. Banyak rupa-rupanya boleh 'baking' tanpa guna oven.
And then (ewah), Kjee terjumpa resipi Bread Pudding. Selama ini Kjee buat kaedah bakar dalam oven. Tetapi resipi yang Kjee jumpa kat Internet, bukan sahaja dikukus, malah guna gula hangus. Egg Caramel Bread Pudding.
Setelah meneliti resipi, sepantas kilat Kjee buat memandangkan semua bahan dah ada.
BAHAN-BAHANNYA
5 keping roti putih
1 tin susu cair
Setengah tin susu manis
5 biji telor
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Setengah cawan gula (utk dihanguskan) 


CARA MEMBUATNYA
Panaskan air dalam kukusan. Ambil roti bahagian putih sahaja. Potong bahagian tepi. Carik-carik dan blend sehingga halus.
Pukul telor manja-manja. Campurkan susu cair dan susu manis, serta esen Vanila.
Kemudian adunan ditapis.
Masukkan roti yang telah dikisar halus ke dalam adunan. Kacau sampai sebati. Tepikan. 
Kjee letak setengah cawan gula pasir ke dalam loyang (bulat 8") dan masak. Mula dengan api besar tetapi sebaik sahaja warna berubah pelankan api. Apabila gula berubah perang, padam api. Goyang-goyang loyang supaya karamel meliputi loyang. Hati2 agar gula tidak terlalu gelap. Nanti pahit. 
Ketika ini, air dalam kukusan sudah mendidih. Perlahankan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Letak ke dalam kukusan. Masak selama 30-45 minit. Api haruslah sentiasa perlahan. 
Dah masak sejukkan. Terbalikkan puding. Simpan seketika dalam fridge. Sedap dimakan apabila sudah disejukkan. 


0 comments:

Post a Comment