Sunday, August 18, 2024

DANGAI KUKUS


       
        Sejak belajar buat kuih Dangai Kukus  lebih setahun lalu, tetiba Kjee tengok ada saja orang jual di gerai2. Satu peket 6 keping Rm3.50. Lebih kurang 60 sen sebiji. Kenit jer.
        Pagi tadi Kjee teringat nak makan. UnclePali kata esok dia ke port bekfes yang selalu dia singgah. Insya Allah ada, katanya 
        Kjee cek pantri. Ada tepung pulut. Nak suruh UnclePali ke kedai runcit beli kelapa parut, tetiba terjumpa satu peket jelapa parut putih dalam freezer. Kalau dah rezeki kan!
        Lepas lunch tadi, Kjee rehat seketika. UnclePali tengok muka Kjee letih sangat. Dia kata tak payah buat kuih tu. Esok dia beli.
        Ketika dia keluar angkat kain di jemuran, Kjee slow2 bangun. Terus ke dapur dan mulakan projek.
        Tak sampai 20 minit, air dalam kukusan sudah mendidih dan bahan2 dibawah sudah sedia.

        Tak sampai 10 minit bahan2 tadi sudah duduk dalam kukusan. UnclePali geleng kepala apabila masuk dapur. Dia tahu bini dia bukan boleh dihalang kalau nak masak. 😁
         


        Kjee guna penutup bambu supaya air tidak menitis pada kuih. Nak kena beli yang baru. Dah nampak tua penutup tu.
        Dan 15 minit kemudian, padam api. Siap sudah untuk minum petang.


        Mudah bebenor nak membuatnya. Resipi lengkap KLIK SINI.
        Kalau nak buat kuih Dangai Bakar, sila ke SINI.




Related Posts:

  • PUDING ROTI KARAMEL KUKUS SEJAK oven kat rumah demam denggi 😁,  Kjee asyik google aje resipi kuih muih yang boleh dikukus. Banyak rupa-rupanya boleh 'baking' tanpa guna oven. And then (ewah), Kjee terjumpa resipi Bread Pudding.… Read More
  • KUIH BUAH MELAKA Rezeki minum petang. Duk berkira-kira nak buat Kuih Getas atau Buah Melaka. Congak punya congak, akhirnya buat Buah Melaka atau Onde Onde sebab lagi mudah. Buat Kuih Getas senang tapi bab sira tu seram sikit.… Read More
  • BINGKA UBI KAYU    Ini kejadian hujung minggu lepas. Tengok orang buat, kita pun teringin. Mujur hari Ahad ada Pasar Tani di Desa Setapak. So UnclePali tolong belikan ubi kayu.    Actually, sekarang ramai… Read More
  • JEMPUT-JEMPUT YOGURT     Salam semua. Tak ada plan nak buat entri yang Kjee buat ni tadi. Tapi kelako sangat. So I decided to share. Boleh buat korang sengih sendirian.      Kjee tertarik tengok kononnya … Read More
  • KUIH LOPES    Seminggu sekali, Kjee dan UnclePali mesti ke Kampung Baru, untuk menikmati Lopes dan Lontong. Ada satu warung yang memang best giler! Kuah gula Lopes mereka, pekat. Ngamlah.   Pagi semalam K… Read More

1 comment:

  1. Laju kak jee wlupun dlm keadaan kurang sihat dan tak larat.. Alhamdulillah siap kuih dangai kukus tak payah beli di kedai 👍👏

    ReplyDelete