Wednesday, June 6, 2012

Anak Seni

NURUL WAHAB KEMBALI BERDUA




Penyanyi Nurul Wahab kini sudah bergelar isteri kepada konsultan kesihatan warga negara Perancis Eric Depp (adik beradik Johnny Debb ker).

Mstar Online melaporkan pernikahan itu berlangsung di Duchess Place, Kuala Lumpur.tengah hari tadi. Dengan sekali lafaz, Nurul sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ibu tunggal.

Selamat Pengantin Baru dan mudah2an kekal ke nafas akhir. Ameen.





Tuesday, June 5, 2012

Jalan2 Cari Makan

BUBUR NASI BEST DIMAKAN DI HARI PANAS!!


Bubur Nasi di Maju Palace


Korang rasa makan apa sedap2 di musim panas ni? Ya betul!!! Bubur nasi atau porridge atau congee. Dalam otak Kjee ni tengah berkira2 nak makan bubur nasi atau porridge atau congee ni. Nak buat sendiri bukan taak pandai tapi tak kuasa!




So mana ada jual bubur nasi sedap? 

Ni kat papa Rich


Kjee ada dua restoran pilihan iaitu Papa Rich dan Maju Palace Restaurant. Dulu Kjee ingat bubur nasi kat Pak Li Kopitiam, okay. Tapi selepas makan di Papa Rich dan Maju Palace Restaurant (di Tkt 5, Maju Junction), dah tak minat makan tempat lain.

Actually bubur nasi yang Kjee buat jugak sedap. Bukan nak puji diri sendiri. Tapi korang tak percaya cubalah try buat. Resipinya di sini

Ini yang Kjee punya


Kalau di Maju palace Restaurant, dia orang bubur Century Eggs, resipi Kjee bubuh telor asin! Bukan bubur nasi makan dengan telor asin. Itu biasa orang buat. Tapi Kjee punya pecahkan telor asin ke dalam bubur yang tengah mendidih!

Korang tahu tak cara nak buat bubur nasi atau porridge yang PERFECT?! Istilah PERFECT bagi Kjee ialah bubur itu mesti halus. Tidak boleh rasa bijirin nasi langsung. Tapi taklah sampai kena kisar atau blend.

Okay ini caranya. Kalau yang ada pressure cooker (periuk tekanan), memang boleh masak bubur nasi hingga menjadi hancur, halus dan sedap. Yang tiada, korang boleh rendam dulu beras yang hendak dibuat bubur itu, sekurangnya 4 atau 5 jam. Pastu tak payah tunggu lama2 nak masak. Kalau tak rendam, korang tunggulah sampai bubur tu masak secara biasa iaitu 4 atau 5 jam!

Kemudian apabila beras sudah kembang, baru dimasak. Dan ia tidak perlu ambil masa yang terlalu lama. Dan masa masak beras tu, campakkan daging yang telah dipotong kecik2. Daging jer tau. Kalau buat ayam tak sedap. Kalau nak buat bubur nasi ayam, kena rebus dulu ayam tu, dicarik2 dan hias atas bubur yang dah siap.

Bubur nasi Kjee selain daripada letak daging, sedikit santan dan juga telor asin (lihat resipi), juga harus dihidangkan dengan bawang goreng, daun badan dan daun sup yang telah dimayang halus. 

And then mesti ada cili pi yang dihiris halus2 dan campur sikit nampla atau kicap cair. Hmmm barulah sodap! 

Alamak. Kecur pulak. Kejap lagi nak lari ke Papa Rich terdekat iaitu di Bandar Sri Damansara. Belum lunch lagi ni. Tadi pergi Kuala Selangor, on the way balik dah pulun semangkuk cendol VVIP Pak Bakar dan sebungkus nasi lemak kampung.

Kalau dah terdesak, Kjee buat yang instant jer. Peket Maggi atau Knorrs

Anak Seni

ERRA MOHON JANGAN BUAT SPEKULASI




Sejak akhir2 ini, kisah rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran banyak diperkatakan. Erra mempunyai terlalu ramai peminat yang menyayanginya. Justru, rata2 tidak mahu kemelut rumahtangganya (jika benar) mengulangi sejarah hitam yang pernah dilaluinya dulu.



Apatalah lagi dengan kehadiran puteri comel Engku Aleesya. Malah apabila keluar pelbagai berita yang agak negatif, ramai peminatnya enggan mempercayai.

Dan pagi ini, ketika Kjee baca mStar online, Kjee rasa ini antara story yang peminat2nya mahu tahu. Korang baca sendiri yer.


Erra Fazira Sangkal Temui Kaunselor Rumah Tangga
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Erra Fazira sekali lagi menyangkal desas-desus kononnya dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.

Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu.

Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.

"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.

"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.

Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.

"Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan.

Monday, June 4, 2012

Anak Seni

DATO M NASIR DAPAT MENANTU




Ilham dan Ayu


Inilah wajah menantu M Nasir yang hanya dikenali sebagai Ayu. Anak sulung beliau, Ilham adalah anak kepada arwah Nana, isteri pertama M Nasir.






Majlis perkahwinan Ilham dan Ayu telah berlangsung malam kelmarin (Ahad 3 Jun) di kediaman baru M Nasir di Kampung Sungai Pelong, Sungai Buloh.

Ramai artis yang hadir termasuk Rosyam Nor dan isteri, Anuar Zain, Adibah Noor dan pelawak dan pengacara popular Dee.

Dato M Nasir dan Datin Marlia bersama usahawan Yazlan Dato Yahya 


Rosyam Nor, antara tetamu yang hadir - FOTO EHSAN YY

Saturday, June 2, 2012

desserts/manisan

KASTAD TELOR GULA MELAKA






Ada orang panggil Karamel Telor. Ada yang panggil Egg Custard. Apun nama diberi, ia tetap dessert yang digemari ramai termasuk mokcik ni.







Kjee dapat sukatan ni puluhan tahun lalu, ehsan bekas kakak ipar. Resipi dia 1 tin kecik susu manis, 1 tin air, 6 biji telor, 1 sudu kecik esen vanilla dan gula hangus secukupnya. Kjee tak pernah lupa resipi pemberian beliau dulu. 

Tapi kerana tak suka gula hangus yang pahit, Kjee gantikan dengan sirap gula Melaka.

Masa meniaga dulu, ada orang pernah order 900 biji (dalam bekas dadih kecik) untuk majlis perkahwinan anaknya. Dia buat sudut teh tarik di laman banglonya ketika majlis perkahwinan anaknya. Dan antara dessertnya ialah Kastad Telor Gula Melaka Kjee. 



Kjee dah tak ingat berapa ratus biji telor Kjee guna untuk order itu. Tapi yang mengerjakannya, kami tiga beranak sebab maid Kjee cuti bersalin.

Masa tu rasa mual, rasak nak uweekkk dan hampir2 bertobat tak nak lagi tengok kastad karamel lagi. Bayangkan, kami siapkan 900 biji itu dalam masa 2 hari. Penuh peti ais di gerai Kjee di Medan Selera Anjung Melawati dan di rumah!!

Respon yang Kjee terima dari tuan rumah: "Kak Sal nampak ada yang siap masuk beg tangan. Sedap sangat sampai ada yang bawak balik rumah." kata emak pengantin kepada Kjee.

Anyway, tips utama buat Kastad telor ini ialah suhu api yang digunakan untuk mengkukus. Kalau api terlalu besar, ia akan kembang dan hasilnya bersarang. Hari ini Kjee cuba kontrol api tapi asyik jawab sms di fon, tak perasan api besar dan Kastad Kjee tak berapa halus.

Satu lagi, Kjee tak guna gula hangus tapi gula Melaka yang telah dimasak hingga jadi sirap yang agak pekat. Kjee tak suka gula hangus sebab pahit.

Untuk resipi hari ini, Kjee guna bahan2 dibawah.



6 biji telor gred A
½ tin susu pekat manis (separuh dari tin 515gms)
1½ cawan air
1 sudu kecik esen vanila
pewarna kuning (Kjee guna egg yellow)
1 ketul gula Melaka (dimasak dengan 2 cawan air hingga agak pekat)
periuk kukus
bekas

CARA

1.   Masak gula Melaka hingga menjadi sirap pekat. Sejukkan.
2.   Sediakan periuk kukusan dan didihkan air hingga melegak. Kemudian guna api paling kecik.
3.   Pecah telor dalam bekas stainless steel atau besin plastik. Masukkan ½ tin susu pekat manis.
4.   Kacau perlahan2 guna sudu hingga sebati. Masukkan air dan kacau lagi. Jangan pukul nanti telor
      kembang.
5.   Masukkan esen vanilla dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga sebati perlahan2.
6.   Tapis bancuhan ke dalam jag agar senang untuk dituang ke dalam bekas.
7.   Tuang ke dalam bekas dan biarkan kira-kira 10 minit atau sehingga buih pada bancuhan hilang.
8.   Susun dalam periuk kukus selama 15 minit atau kastad telor tu dah keras. Api harus sederhana.
9.   Hidang sejuk.

Kjee curahkan sedikit gula Melaka di permukaan kastad semasa hendak menghidang. Kalau hendak buat cara konvensional, bubuh kira-kira satu sudu sirap gula Melaka di dalam bekas dan tuang perlahan2 bancuhan kastad. Kemudian baru kukus.



info

FACEBOOK HANTAR EMAIL MENGAKU MEREKA BUAT SILAP



Semalam, akaun FB Kjee telah digantung (suspended) selama 5 jam. Jenuh Kjee fikir apa silap Kjee sehinggakan ada orang mungkin report spam kat admin FB. Pagi tadi, Kjee dapat email dibawah ini.
So frens yang berada dalam keadaan sama spt Kjee semalam, segeralah buat rayuan kepada Facebook. Kekadang ada jari jemari nakal yang ghaib yang suka cari pasal.



The Facebook Team info+cpfxp0x.aeasxnvutu@support.facebook.com
1:04 AM



Hi,

It looks like your account was suspended by mistake. I'm so sorry for the inconvenience. You should now be able to log in. If you have any issues getting back into your account, please let me know.

Thanks,
The Facebook Team



Anak Seni

ZIZAN MEMANG A SURE WINNER

Foto ehsan Murai.com

Ramai sudah menjangkakan kemenangan Zizan. Tapi kemenangan itu pasti close shave atau photo finish antara Johan dan Zizan. Di saat2 akhir jumlah peratusan markah Zizan melebih tidak sampai 5 peratus dari markah Johan.

Dan Kjee jugak pasti titisan airmata Zizan ketika diumumkan sebagai Juara, bukan air mata palsu atau crocodile tears! Dia memang sedih terpaksa bertarung dengan 'kembar siamnya' Johan.

Dulu ketika pertandingan Maharaja Lawak, mereka sama2 bertarung untuk merebut kejuaraan. Tetapi nasib tidak menyebelahi Jozan. Kali ini apabila mereka dipisahkan dan berdiri di platform peribadi, perasaan sayu pasti menyelebungi hati sanubari mereka berdua. Pasti salah seorang 'kena kalah'.

Anyway, Kjee setuju dengan kemenangan Zizan kerana memang terserlah kehebatan Zizan malam ini berbanding Johan. Ini tidak bererti Johan kurang hebat. Tetapi hadiah Juara hanya satu. Dan walaupun dilahirkan sebagai Johan, dia tidak semestinya muncul Johan Super Spontan.

Kalau ditanya Kjee samada pertandingan malam ini hebat, Kjee kata tidak! Rasa2nya pertandingan Separuh Akhir lebih hebat lagi acara yang dipertandingkan. Malam ini Kjee rasa macam makan nasi beriyani yang lengkap dengan lauk pauk hebat tetapi Kjee TAK KENYANG!!

Tahniah Zizan. Anda hebat malam ini. Anda memang harus dinobatkan sebagai Juara Super Spontan. kerana anda terlalu SPONTAN!!

Tahniah juga kepada Johan dan Tauke. Dan tidak lupa juga kepada Rahim, Ropie dan Suhaimi. You've all done your best but maybe your best wasn't good enough!






Friday, June 1, 2012

info

AKAUN LAMA FACEBOOK SUDAH ACTIVE KEMBALI!!




Alhamdullilah syukur!! Akaun Facebook Kjee (Fauziah Abd Samad) telah diactive semua setelah digantung (disabled) selama 5 jam!



Frens baru yang Kjee add dalam akaun baru itu tetapi tiada dalam frenlist akaun lama, sila add Kjee. Insya Allah Kjee akan approve. 

Terima kasih semua. Risaunya kehilangan hampir 5,000 frens dalam akaun tersebut. Ini tidak termasuk beratus gambar2 baru dan lama yang cukup bermakna dalam hidup Kjee.

info

ACCOUNT FB KJEE KENA HACK



Salam semua/ Dear friends,




Akaun Facebook Kjee telah di 'disabled' for reasons Kjee sendiri tak tahu. Balik dari lunch tadi, terus ada tanda sudah di gantung. So Kjee dah bukak akaun baru iaitu Kjee Fauziah Samad. Kalau sudi, kengkawan lama please add Kjee. 

Kjee ucapkan terima kasih kepada mereka yang menyebabkan akaun Kjee itu digantung. Ada budi ada batas, ada hari nanti korang dibalas. Tq.


biskut

BISKUT DAISY YANG ENAK

Ini dia biskut Daisy yang Kjee sama2 buat dan rasa di majlis sidang akhbar Cabaran Daisy Sehebat Chef, di Akademi Kulineri Chef Liza Zainol semalam. Dah lama Kjee cari resipi seenak ini. Serius ni. Inilah resipi tradisional yang telah diubahsuai hingga menepati citarasa semasa oleh Chef Liza Zainol.

Kalau ada yang rajin nak cuba lepas tu buat keputusan untuk menjadikannya, pendapatan sampingan menjelang perayaan atau bila2 masa, selamat mencuba.

Resipi dan gambar ehsan Daisy.






HARAP MAAF. INI RESIPI YANG KJEE AMBIL DARI BUKU DAISY. RESIPI TERDAHULU KJEE AMBIL DARI WEBSITE DAISY. RESIPI YANG TERTERA DIBAWAH ADALAH SAMA DENGAN YANG KJEE BUAT DI AKADEMI KULINERI CHEF LIZA ZAINOL SEMALAM.

Sumber: DAISY
Bahan-bahan

A    40gm                    Tepung Jagung
       60gm                    Tepung Suji
       100 gm                 Gula Kastor
       160 gm                 Tepung Gandum
        ¼ sudu kecil         Bicarbonate Soda
        1¼ sudu kecil       Serbuk Penaik

B     20 gm                   Kelapa Kering
        60 gm                   Oat
        150 gm                 Kacang Tanah dibakar


C      120- 140 gm       Minyak Jagung Daisy
         ¼ sudu kecil        Garam

CARA-CARA

1.     Campurkan bahan A hingga sebati dalam mangkuk pengadun. Putar selama 2 minit denga kelajuan
        sederhana.
2.     Masukkan bahan B yang telah dimesin dan putar selama 1 minit.
3.     Akhir sekali masukkan minyak jagung daisy yang telah dicampur dengan garam dan putar selama
        seminit hingga sebati.
4.     Adunan dicanai dan diterap. Sapukan sapuan teleor dan bakar pada suhu 150 C - 160 C selama 25
        hingga 28 minit.

PETUA: KACANG TANAH HENDAKLAH DIBAKAR TERLEBIH DAHULU SEHINGGA KEKUNINGAN AGAR BISKUT WANGI BAUNYA.
               

















Siap untuk dihidang.

Saiz Hidangan: 60-65 keping
Masa Penyediaan: 45 minit


Peluang Meniaga

NAK IDEA CARI DUIT RAYA?


Chef Liza bersama wakil2 penaja

Bersama Chef Hanieliza

Mokcik pun menyibuk buat biskut. Hehehe


Tray yang paling depan tu biskut Daisy yang Kjee turut buat. Hehehe. Ini rakan2 blogger masakan bersama Chef Liza


Ketika Kjee dapat undangan dari Nizam, dari akhbar Kosmo! untuk hadir di majlis sidang akhbar Peraduan Cabaran Daisy Sehebat Chef di Akademi Kulinari Chef Liza Zainol, semalam (petang Khamis), Kjee pun RSVP. Tak tahu apa nak expect sebab tahun lepas pernah dengar pasal peraduan ini tetapi taklah ambil perhatian.



So ketika kee majlis itu, Kjee ingatkan sidang akhbar biasa jer. Tetapi sampai2 di akademi Che Liza Zainol tu barulah Kjee faham. Rupa2nya ini salah satu usaha murni untuk membantu para usahawan kecil aka suri rumah tangga untuk membuat bisnes kecil2an menjelang Hari Raya.

Pada Kjee, buat biskut atau kek untuk dijadikan bisnes mendapat duit kocek meringan beban suami, tidak perlu menunggu sehingga musim perayaan. Masyarakat sekarang perlukan biskut dan juga kek untuk pelbagai musim. Tak kira perayaan jer. Kek dan biskut diperlukan untuk majlis hari jadi, ulang tahun atau untuk jamu rakan2 yang datang bertandang.

Macam di rumah Kjee jugak. Bila rasa teringin nak makan biskut atau kek, tak pernah tunggu perayaan. Sebab masa musim perayaan, dah tak lalu nak makan kek dan biskut sebab mata dah jadi rambang tengok banyak sangat jenis yang dihidangkan.

Malam tadi sebelum tidur, Kjee baca semua risalah dan buku masak mini yang dihadiah sebagai door gifts semalam. Barulah Kjee tahu, ini adalah salah satu usaha murni pengeluar minyak masak Daisy. Kalaulah semua pengeluar bahan2 makanan membuat pertandingan ala2 Cabaran Daisy Sehabat Chef ini, peluang suri rumah buat duit terbuka luas.

Daisy bukan sahaja memberikan resipi (hasil kerjasama 7 tahun dengan duta mereka Chef Liza Zainol) secara step by step, tetapi turut beritahu berapa modal dan jumlah biskut atau kek yang boleh dibuat daripada resipi yang diberikan. 

Dengan cara itu, suri rumah yang baru hendak menjinak2 dengan penjualan biskut secara kecil2an bolehlah buat budget mengikut kemampuan masing2.

Dan semalam, ada juga diadakan penyertaan ramai membuat kek Gulung Daisy dan Biskut Daisy. Mula2 Kjee malulah nak turut serta. Tetapi apabila melihat kesungguh ramai jemputan mengambil bahagian, Kjee pun tawarkan diri sarung apron.

Suatu pengalaman yang belum pernah Kjee perolehi selama ini. Cabaran Daisy kali ini adalah usahasama dengan akhbar Komos! serta Corningware & Corelle.

Camner nak masuk peraduan ini? Borangnya boleh diperolehi di semua kedai dan supermarket yang jual minyak Daisy. Hadiah berjumlah RM65,000 menanti. Kalau disenarai masuk pertandingan tapi tak menang pun boleh dapat hadiah. Kalau tak silap Kjee wang tunai RM300!

Nanti Kjee berikan resipi biskut kacang Daisy dan kek Gulung Istimewa yang benar2 sedap yang Kjee dah pun rasa semalam.