Monday, January 14, 2013

kisah2 close to my heart

TIPS YANG TAK PAKSA SESIAPA IKUT! TAUKEH BERAS JANGAN RISAU!

Nasi tomato...Kjee suka sangat satu ketika dulu

Berapa kali sehari korang makan nasi? Dua kali? Lunch dan Dinner? Atau tiga kali? Breakfast, lunch dan dinner? Yang breakfast tu Nasi Lemaklah! Atau yang nak ke ladang, kebun dan kerja kontrak buat rumah makan nasi sejuk (istilah arwah Bonda untuk lebihan nasi malam).

Ramai mintak tips kat Kjee cara2 nak elak makan nasi macam yang Kjee lakukan. Agaknya baru sedar betapa menjaga kesihatan lebih penting daripada melayan nafsu makan. Actually, elak makan nasi bukan bererti tak makan karbohidrat langsung! Mesti ada gantian kepada karbohidrat dalam bentuk lain.

Sebenarnya Kjee tak tahu samada apa yang Kjee tulis ini boleh dikategorikan sebagai tips. Mungkin bolehlah dikatakan pengalaman orang tua. Dah lama Kjee sedar Kjee dah tua, tau.

Mungkin sebelum ini Kjee dah pernah beritahu yang Kjee bukan jenis yang bergantung hidup pada nasi. Kerjaya Kjee sebagai wartawan dulu membuatkan Kjee makan tak menentu. Kalau sibuk sangat, apa makanan halal yang ada depan mata, itu yang Kjee makan.

Justru, Kjee menjadi insan yang tidak memilih. Roti kelapa, yang mamak naik basikal jual sambil memicit loceng atau horn jual pun, Kjee boleh makan sepanjang hari. Itu kalau terlalu sibuk dan tak ada masa langsung. Buah2an jugak jadi sebahagian besar diet Kjee satu ketika dulu.


Bubur Nasi boleh dimakan untuk yang tak boleh berenggang dengan nasi

Dan apabila sudah menjadi kebiasaan sejak dari muda, apabila lapar, Kjee tidak pernah mengharapkan nasi untuk membuat Kjee kenyang. Kjee pernah makan tiga atau empat biji karipap untuk lunch. Itu dah cukup kenyang. Kjee makan sebab nak kenyang bukan sebab orang lain makan nasi, Kjee pun kena makan nasi.

Semalam Kjee tanya Nadia macam mana nak bagi tips kepada mereka yang nak elakkan makan nasi. Nadia macam Kjee. Boleh hidup tanpa nasi berminggu2 lamanya. Makanan gantiannya hanya lauk pauk.

Kata Nadia, bagi mereka yang langsung tidak boleh tinggalkan nasi, mereka harus lakukannya secara berperingkat2. Kalau makan 3 kali sehari (termasuk Nasi Lemak untuk sarapan), minggu pertama cuba makan dua kali sahaja.

Kemudian untuk minggu kedua, cuba makan sekali jer sehari. Kjee sarankan pada waktu makan tengah hari. Sebagai ganti untuk sarapan, makanlah roti, roti canai, capati, tosei, mihun ataupun biskut. Dan malam jugak boleh makan roti, mihun ataupun biskut.

Dan minggu ketiga, apabila badan kita sudah mula 'dilatih', cuba keluarkan nasi dari diet seharian. Alah bisa tegal biasa. Harus diingat. Badan kita tidak boleh dipaksa melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Jadi, latihlah diri supaya menyukai sesuatu yang boleh membawa kearah kebaikan dan kesihatan.

Banyak yang boleh kita makan jika kita buat keputusan untuk berhenti makan nasi. Janganlah cari seribu satu macam alasan. Selera korang dan Kjee bukan sama. Apa yang Kjee suka makan, mungkin korang tak suka. So susah sikit nak beritahu apa yang seharusnya menjadi makanan gantian.


Kalau kita masak bubur yang sedap, takkan tak berselera nak makan?


Satu lagi cara ialah, makan nasi selang sehari. Jadikan 'Hari Tanpa Nasi', menyeronokkan. Plan menu untuk Hari Tanpa Nasi. Fikirkan makanan seperti spaghetti misalnya dalam pelbagai bentuk sajian. Harus diingat, makanan kita harus seimbang. Ada Protein (ikan, daging atau ayam), sayur2an dan Karbohidrat.

Sebagai contoh untuk mereka yang langsung tidak boleh berenggang dengan nasi, Kjee syorkan korang buat bubur nasi yang dimakan dengan lauk pauk (seperti Nasi Air Kelantan) atau bubur lambuk. Kalau kita masak satu genggam beras menjadi bubur, ia boleh buat kita kenyang seharian! Cubalah.

Ada yang kata walaupun dia makan roti dan makanan lain selain nasi, dia masih belum rasa kenyang. Isyhhh sedih betul Kjee dengar. Itu satu alasan yang Kjee rasa sukar diterima dek akal. Kalau Kjee dah kenyang, letak apa depan mata pun Kjee tak akan sentuh.

Orang putih kata 'Its All In The Mind'. Kalau korang dah set minda untuk hanya makan nasi, maka apabila tiba time makan, anda akan meronta2 mencari nasi. Kjee tidak pernah sempitkan fikiran apabila tiba time untuk makan. Apa yang ada, Kjee akan makan kerana Kjee bersyukur itulah rezeki yang Allah swt tetapkan untuk Kjee hari itu.

Cubalah kalau pentingkan kesihatan. Cegah sebelum parah.

NOTA:
ENTRI INI BUKAN MENGAJAK KORANG TIDAK MENJAMAH NASI SEPERTI KJEE. KJEE MENULIS ENTRY INI ATAS PERMINTAAN RAMAI YANG MAHU TAHU CARA MENGELAK DARI MEMAKAN NASI ATAS SEBAB KESIHATAN!
ADA YANG MARAH KJEE SEBAB KONONNYA MENGAJAK ORANG JANGAN MAKAN NASI. BILA MASA KJEE KATA BOIKOT NASI?! KALAU TAK RETI MEMBACA, TAK PERLULAH NAK HENTAM SECARA MELULU!
SO WAHAI TAUKEH BERAS, JANGANLAH RISAU. ENTRY NI TIDAK BERNIAT MEMAKSA SESIAPA BOIKOT MAKAN NASI DAN MERUGIKAN AWAK!! KAHKAHKAH.

Sunday, January 13, 2013

isu semasa

TERIMA KASIH DARI DBKL


Kul 10 malam tadi, kami tiga beranak keluar ronda2 KL di malam minggu. Nak intai jugak 'the aftermath' perhimpunan siang tadi.

Sampai berhampiran Dataran Merdeka yang lengang sebab semua jalan masuk ditutup, UnclePali slow down kereta. Dia ternampak sesuatu. Setelah melepas traffic lights menuju ke Jalan Tun Perak, dia berhenti kereta depan CIMB dan turun bersama kamera.

Kjee dah agak ini mesti kes dia nampak sesuatu yang boleh dijadikan bahan buat blog Kjee. Tak sampai 8 minit, dia kembali. Terus tunjuk Kjee gambar yang diambil. Kjee tersenyum nampak banner itu.

Kemudian UnclePali tunjuk satu lagi gambar. Dahi Kjee berkerut. "Apa hal abang amik gambar ni?"



"Tengok betul2. Masa I amik gambar banner tadi, ada polis ambil pulak gambar I," katanya sambil sengih. "Jangan esok muka abang keluar paper...Wanted Dead Or Alive!" usik Kjee. Hehehe.

Pastu kami gerak sampai ke Petaling Street dan seterusnya jalan ke Stadium Merdeka. Sampah yang banyak di kiri kanan jalan. Keadaan di situ gelap hingga menimbulkan keadaan seram. Tak sanggup Kjee nak suruh UnclePali park dan ambil gambar. Tetapi beberapa kereta peronda polis, parking kiri kanan jalan hingga menuju ke Stadium Negara.

Kami bertiga tidak cakap apa2. Mungkin dalam kepala masing2 terbayang suasana hiruk pikuk siang tadi. Alhamdullilah tiada untoward incidents. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan untuk media asing memburuk2kan lagi suasana. Or apakah ada?


Saturday, January 12, 2013

ikan

SINGGANG TENGGIRI & SAMBAL JAWA





Ini yang Kjee masak petang tadi untuk  kami tiga beranak. Dua2 lauk ini permintaan Nadia yang dah lama tak makan masakan Kjee.

Singgang ni Kjee buat macam biasa. Campak bawang putih, bawang merah, lengkuas dan daun kunyit serta serbuk kunyit dan cili api ketuk ke dalam periuk bersama air. Didihkan sambil campak asam gelugor. Bila dah mendidih  masukkan ikan. Kjee jugak campakkan dua tiga helai daun limau purut untuk aroma yang segar.



Ini ikan tenggiri segar yang Kjee beli kat Kpg Melayu Sungai Buloh. Ada orang panggil Tenggiri papan, ada panggil Tenggiri bunga. Kjee suka tenggiri ini daripada Tenggiri Batang yang keras sikit isinya.

Makan dengan budu...alahai sedapnya.






And then Kjee buat jugak sambal tumis Jawa. Kalau sebut lauk Jawa, mesti ada tempe. Biasa Kjee buat guna jugak tauhu tapi kali ini Nadia kata nak bubuh kentang dau dan tempe jer. Nadia jugak suruh bubuh terung rimbang atau terung pipit yang tumbuh meliar belakang rumah.

Banyak jugak Kjee buat tadi. So Nadia dah bekukan. Bila nak makan, boleh panaskan.

Ratah sambal tumis Jawa ni dan Singgang Tenggiri sudah memadai bagi Kjee tanpa makan nasi.


Terung Pipit

Friday, January 11, 2013

famili dan kehidupanku

NADIA DAH HABIS BELAJAR!!

Nadia sebelum melangkah keluar untuk ke UniRazak on the first day of exams







Alhamdullilah anak dara tunggal Kjee selamat menduduki her final exams hari ini. Tujuh paper kesemuanya dalam masa 7 hari!

Anak yang exam, mama yang tak lena tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah! Maklumlah tak pernah selama ini dia mengambil straight 7 subjects! Hehehe.

Tiap hari sebaik sahaja keluar dari exam hall, Nadia terus call Kjee. Nampak sahaja nombor fon dia tertera di fon Kjee, punyalah berdebar. Kena dengar tonasi suaranya. Kalau riang, it means good news.

Alhamdullilah hingga tamat paper yang ke-7 tadi, suara riang dia sahaja yang terngiang2 di telinga! Airmata Kjee berlinangan sebab akhirnya, Nadia tidak lagi dibelenggu dengan peperiksaan.

Apapun, ujian maha besar menantinya apabila dia melangkah keluar di dunia tanpa sempadan dan kejam. Insya Allah, seandainya dia masih berpegang kepada nilai2 murni yang telah disemai sejak lahir, dia bakal selamat. Amiin.

Sebagai ibu, kita mengharapkan segala yang baik buat anak2 kita. Tetapi kita tidak boleh melindungi mereka sampai bila2. Ada saat dan ketika, mereka terpaksa mengharungi hidup sendiri... setelah kita pergi.

Kjee telah semaikan semangat berdikari dalam diri Nadia sejak dia kecil lagi. Maklumlah, tugasan Kjee yang tak menentu sebagai wartawan dan anak seni adakalanya memisahkan kami berminggu2. Tetapi Alhamdullilah setakat ini, Nadia tidak pernah mensia2kan amanah Kjee.

Pada 4 Februari ini, Nadia akan menjalani Internship bersama Bank Rakyat selama 3 bulan. Selepas itu, Kjee serahkan nasib Nadia kepada Yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang.

Mudah2an Nadia akan mendapat keputusan cemerlang dalam usahanya menggengam segulung ijazah...Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan (Bachelor in Islamic Banking and Finance).

Dan harapan Kjee setinggi gunung agar dia tidak perlu membayar balik wang PTPTN. Untuk keperluan kearah itu, Nadia hanya perlu tidak kurang dari 0.09 markah sahaja lagi! Penentuannya, tidak sampai dua minggu lagi.

Ya Allah, mudah2an doa ibu tua ini untuk anak yatim bernama Farah-Nadia, untuk mencapai cita2nya ini, diberkati. Amiin.


Walaupun letih belajar siang dan malam untuk exam, masih boleh senyum pagi tadi

isu semasa

JOM JUMPA CHEF HANIELIZA AHAD INI

Chef  Hanieliza 


Kjee baru sahaja dapat call dari Chef terkenal Hanieliza Kamaruddin dari Terengganu. Beliau akan membuat  demo masakan di Kuala Lumpur, Ahad ini.

So, kalau ada kelapangan jom kita melihat Chef Hanieliza mempamerkan kepakarannya. Chef Hanieliza mohon Kjee war2kan ini kepada semua yang sudi hadir. Insya Allah Kjee pun akan luangkan masa ke sana nanti.

Masuk Percuma. Tarikh dan tempat seperti dibawah:

TARIKH   :      13 JANUARI 2013
HARI        :      AHAD
MASA      :      5 PETANG
TEMPAT  :      PENTAS UTAMA
                        BREM MALL KEPONG
                        KUALA LUMPUR

MENU     :       1. NASI SERAI
                        2. DAGING LADA HITAM
                        3. SALAD TAUHU










Monday, January 7, 2013

isu semasa

BELON FREE!! JOM PERGI SABAH DAN SARAWAK!!











Dah lama Kjee tak pergi Sabah dan Sarawak. Setiap kali teringatkan dua negeri yang mempunyai pelbagai budaya itu, keinginan hendak pergi melonjak2.

Hah sekaranglah masanya untuk pergi. Tiket belon free dik!!!



10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini


SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’. - mStar Online
isu semasa

CHOW KIT BILA LAGI!!!!!





Ini kat Pasar Pudu semalam. Anggota penguatkuasa menyita barang-barang penjaja warga asing yang menjaja di sekitar Pasar Pudu ketika Operasi Penjaja Warga Asing di Kuala Lumpur, Isnin. Seramai 385 orang warga asing berjaya ditahan atas kesalahan berniaga tanpa lesen dan kebenaran dalam operasi tersebut yang dijalankan di sekitar ibukota. - mStar/Bernama

Anak Seni

GO YUNA GO. MALAYSIA DOAKAN KEJAYAAN ANDA!

ehsan google


Beberapa hari  lepas apabila Kjee terbaca berita, Aizat Amdan akan menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang di AJL27, hati Kjee berkata2. Yuna agaknya masih merajuk dengan sistem penjurian  AJL dimana lagunya gagal diangkat sebagai juara (tak ingat tahun lepas atau tahun sebelumnya).

Alasan yang dia beri kerana tidak akan muncul membuat persembahan pada AJL27 ialah dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk rakaman dibawah label Verve. Yuna baru sahaja menandatangani kontrak dengan Verve yang dijangka boleh membawa dia lebih jauh menembusi pasaran muzik dunia!

Masa itu Kjee fikir kenapalah dia tidak boleh ambil cuti sekejap. Lagu Terukir Di Bintang, pada Kjee is a winning entry. Manalah tahu rezeki dia kan?

Anyway, UnclePali yang dengar bebelan Kjee terus beri pandangannya. "You ingat Yuna ke America main2 jer? Suka2 jer? You tahu tak ini adalah her biggest break! Tak senang nak tembus industri muzik America especially kalau orang luar dan kulit bukan putih!"

UnclePali memang pengikut tegar muzik antarabangsa. He cited Amy Winehouse. Walaupun Amy kini sudah tiada tetapi dia jugak macam Yuna. Merangkak2 tanpa malu cuba tembus persada muzik sana dan akhirnya berjaya.

Dan muzik Yuna jugak seperti Amy yang kini disukai peminat muzik sana. Malah penerbit albumnya, David Foster yang telah menaikkan nama ramai penyanyi Amerika cukup teruja dengan kehadiran Yuna. Dia dilaporkan berkata, Yuna adalah bintang yang bakal bersinar di Amerika tidak lama lagi. Bakat Yuna dalam bidang penulisan lagu tidak boleh dipandang rendah!

Oppps itulah sebabnya Yuna sanggup 'mengenepikan' AJL27 yer. Bukan kerana merajuk tetapi demi mengejar cita2 untuk meletakkan muziknya di peta dunia!!

Tahniah Yuna. Ketika dia sedang bergelut dengan kerja2 rakaman di studio rakaman Verve di Los Angeles, ramai penonton AJL27 mengharapkan kemenangan lagu Terukir Di Bintang. Harapan semua menjadi kenyataan!

Aizat Amdan yang muncul sempoi membawa lagu Terukir Di Bintang, membantu Yuna meraih anugerah yang sangat2 dinantikan oleh semua penyanyi Malaysia.

Walau bagaimanapun (pada Kjee), nyanyian Aizat agak hambar malam tadi. Aizat kelihatan agak gugup membawakan Terukir Di Bintang kerana dia tahu amanah yang diletakkan di bahunya agak berat untuk dipikul. Itu bukan lagu yang serasi dengan jiwanya (bukan lagunya sendiri). Tetapi itu tidak menjadi masalah besar.

Juri tahu lagu mana yang hebat. Justru Terukir di Bintang terus terukir kehebatannya di hati kita semua.

Go Yuna Go. Malaysia mendoakan kejayaan anda di sana!
Anak Seni

YOU'RE THE BEST YUNA!







foto ehsan The Star

Wednesday, January 2, 2013

ikan

MULAKAN TAHUN BARU DENGAN DETOX




















Lima hari mulai hari ni, Kjee nak jalani proses detox. Nak bersihkan usus. My diet will consist 60% sayur2an, 30% protein (ikan dan lean chicken) dan 10% carbo. Isyhh boleh ke? Boleh sebab Kjee dah pernah try selama ini bersama my princess.

Sejak Khamis lepas, Kjee telah jalani sugar-free diet. No more  cakes, no more desserts (huhuhu) and no more ice creams. And of course, minuman tanpa gula. Yang sweet hanya my smiles...alamak loya dengar.

Semua ini Kjee lakukan demi kesihatan. Kalau korang tak percaya Kjee boleh hidup tanpa makanan yang Kjee suka sangat selama ini, tengoklah dinner Kjee tadi. Grill Salmon and salad with balsamic vinegar dressing.

In other words, kalau kita dah tak nak makan makanan yang selalu kita makan demi kesihatan, makanan yang diganti, tidak seharusnya membosankan,





Dah lama tak makan macam ni. Rasa bersalah pulak selama ni main telan jer segala membujur lalu, melintang patah.

Tadi Nadia kata makan macam ni hari2 dia sanggup. Memanglah sanggup tapi my wallet tak sanggup! Kalau nak ditukarkan dengan ikan tempatan macam tenggiri dan jugak ikan merah pun Kjee rasa pun okay. Tapi memandangkan sekarang musim hujan dan nelayan dah kurang ke laut, maka ikan tempatan dah jadi mahal dan sukar dapat yang segar. Tetapi kalau ganti dengan ayam bahagian dada yang putih dan berisi itu pun okay tau.

Untuk salad, sebenarnya boleh digantikan dengan ulam2an tempatan seperti pegaga, daun selom, ulam raja dan sebagainya.

Tadi Kjee beli salad yang readymade kat Jaya Grocers. Salad import seperti Wild Rocket, Frisee, Lollo Rosa, Radicchio dan Italian Flat Leaf serta Cherry Tomato.

Kjee grill salmon tu guna grill pan dengan sedikit minyak Zaiton. Ikan itu Kjee lumurkan dengan garam dan lada hitam. Tak perlu perap. Jangan banyak sangat garam. Not good for health.

Tapi kalau nak detox (cuci usus) cara mudah dan murah, bolehlah minum Tea4Life. Nak beli boleh contact Kjee di 0126780501.

Tea4Life untuk bersihkan usus cara mudah







Tuesday, January 1, 2013

isu semasa

2013 DAH TIBA...MOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAMAI

Last nite selepas a light bubur nasi dinner at Kak Mah Tomyam, Kampung Baru, UnclePali tanya nak tengok bunga api kat mana? Kjee senyap jer tunggu Nadia bersuara. Of late kalau nak kemana2, she has final say cos dia tengah final exams. So kalau dia kata nak balik sebab nak study, Kjee dan UnclePali follow.

Tetiba Nadia bersuara... gi Putrajaya best ke? Ewah...orang mengantuk disorong bantal. Kjee punyalah happy. UnclePali pun berkira2 dalam kepala nak cari jalan ke Putrajaya. And then we were on the way.

Kami ni, sejak dulu lagi kalau nak kemana2 tak pernah plan. Plan mesti tak jadi. Even kalau pergi outstation. Malah, kami pernah pergi Kuantan sehelai sepinggang. Sampai sana terus cari hotel. Malam gelabah pergi shopping baju tidur dan baju pakai esoknnya untuk balik. It was so funny sebab saiz Kjee kan susah nak cari!


On your mark, get set


GO!!!!!






Mata2 in the 60's




Ahli kelab Basikal Klasik



Postman in the 80's


Sepanjang jalan ke Putrajaya malam tadi, traffic was smooth. UnclePali mula risau...jangan2 sambutan Tahun Baru dah kensel. Hehehe.

Then kami sampai. Punyalah banyak kereta! Two more hours to countdown. Nak park kat mana, tanya UnclePali. Dia terlupa nak bawak wheelchair so nampaknya we all kena park dan duduk dalam kereta saja. Kalau kawasan yang kami nak pergi jauh and luas, UnclePali memang insist Kjee naIk wheelchair.

So UnclePali cari parking. Setelah dua round tak ada, kami teruskan perjalanan keliling Putrajaya. And then kami nampak ramai orang naik basikal. Kjee rasa dalam 1,000 orang baik remaja dan yang dewasa termasuk perempuan dan kanak2!!

I saw ada seorang wanita yang maybe usianya pertengahan 20-an, mengayuh basikal sambil baby nya yang berusia dalam lingkungan beberapa bulan tidur nyenyak dalam bakul di bahagian depan basikal! Sayang sangat UnclePali tak sempat nak snap gambar.






Hebat anak Malaysia!




UnclePali snap gambar abang ni sebab kesian tengok dia excited sangat.

I was more excited apabila nampak sekumpulan pengayuh basikal tua. Rupa2nya mereka dari Kelab Basikal Klasik! Ada dua ahli kelab itu yang mendapat perhatian kami iaitu seorang 'posman' guna basikal lama dan juga seorang anggota 'polis' yang berpakaian era 60-an.

Banyak lagi events macam pertunjukan pentas artis. Nadia kata ada Jamal Abdillah, M Nasir dan lain2. Tapi kami tak minat nak tengok.





Masa ada 1 jam lagi nak pukul 12 malam. Kjee dah penat. Ajak UnclePali balik sebab keadaan semakin sesak. Dengan hati yang berat UnclePali pun drive balik. Tapi dalam perjalanan pulang kami nampak banyak kereta berhenti di tepi highway. Kjee terus suruh UnclePali berhenti. Dia orang ni mesti dah biasa tengok bunya api dekat situ!

We were lucky. Tak sampai 10 minit kami bersorak riang bersama orang lain melihat letupan bunga api di sekitar Kuala Lumpur.

Habis bunga api, kami bergerak pulang dan sangkut jam. Sampai rumah jam 2 pagi. Quite an experience! Next year nak ronda lagi!

SELAMAT TAHUN BARU 2013!

All pix by UnclePali.

.