Thursday, March 13, 2014

TERUSKANLAH MEMANJATKAN DOA


Wednesday, March 12, 2014

lauk pauk

WORDLESS WEDNESDAY... ITIK SALAI MLCP NISMILAN













Sunday, March 9, 2014

Anak Seni

EKSKLUSIF! AWIE DAN ANAK-ANAK



Tiga dari lima anak-anak Awie



Ini foto eksklusif Awie dan anak-anak beliau selepas tamat persembahan petang Sabtu lalu di Istana Budaya. Foto ini diberi oleh mantan Editor Hiburan Mingguan Malaysia, Hajah Muzlina Abu Bakar.

Kjee menonton Teaterikal Suara Kita buat kali kedua bersama Hajah Muzlina. Masa nak balik, ada miscommunication. Muzlina pergi mencari Awie, Erra dan Ziana di bilik rehat masing-masing. Memang dah rancang kami akan menemui tiga artis itu bersama.

Tetapi tak ada rezeki, Kjee cuba hubungi Muzlina tapi gagal sebab tak ada line hand phone di dalam bangunan. So kami baliklah. Dalam perjalanan pulang, Kjee dapat call dari Muzlina... tapi dah terlalu jauh untuk patah balik.

So rugilah tak dapat jumpa Awie, Erra dan Ziana kan. Huhuhu.








breakfast

MURTABAK MI SEGERA BEKAL KE PEJABAT DAN SEKOLAH












First time Kjee dengar pasal Murtabak Maggi ialah masa pergi rumah Shiela di Shah Alam beberapa minggu lalu. Mak Aji Rohaya tanya.. "Jee pernah tak makan Murtabak Maggi?"

Terkebil-kebil Kjee sebab maggi bukan makanan yang digemari. Hanya makan kalau terdesak. Mak Aji pun beritaulah cara beliau buat murtabak maggi. Kjee dengar dan register dalam otak. Satu hari kena buat ni!

Malam tadi, selepas dinner Nasi Kandar kat Yassen, kami tiga beranak ke Jalan TAR/Mesjid India. Sampai lebih kurang 9.45 malam. Kjee disorong dengan wheelchair siap memakai topeng/mask sebab udara kurang memberangsang kerana jerebu.

Orang dah tak ramai dan penjual tengah kemas-kemas nak balik. So taklah sarat barat dengan pengunjung. Setelah settle membeli apa yang diperlukan, ketika Unclepali sorong Kjee pelan-pelan balik ke kereta, Kjee terpandang dua atau tiga gerai yang menjual makanan yang tidak pernah Kjee lihat.

UnclePali yang slow down, baca poster. "Murtabak Maggi. Awak nak?" Kjee geleng kepala sebab dah kenyang.








Tadi ketika sibuk menyiapkan tempahan kuih bakar daging dan pies hari ni, Kjee teringat Murtabak Daging. Kalau buat boleh alas perut hingga late lunch petang nanti masa jemput Nadia balik kerja.

UnclePali keluarkan instant noodles yang kerinting macam mi segera biasa tu. Memang sentiasa ada stok dalam pantry. Dia keluarkan dua keping tapi Kjee kata cukuplah satu dulu. Kalau sedap boleh buat lagi. Dia celur seketika instant noodles tu.

Kjee pecahkan dua biji telor dan pukul manja. Lepas tu Kjee ambil kira-kira tiga sudu inti daging (inti kuih bakar daging) dan dicampurkan dengan telor. Kjee hanya bubuh sikit jer garam sebab inti daging kuih bakar tu dah cukup rasa. Selepas dicampur dengan sedikit cili dan daun bawang, Kjee masukkan sepeket mi segera yang telah dicelur tu.

Kjee panaskan kuali non stick kenit (saiz 6") bubuh sedikit minyak dan tuangkan bahan-bahan tadi. Guna api yang sederhana dan selepas kira-kira 7 atau 8 minit, terbalikkan perlahan-lahan dan masak the other side.

Itu jer. Terbalikkan atas pinggan dan sejuk seketika sebelum dipotong.

Untuk inti, bolehlah bubuh apa sahaja yang anda suka. Baki rendang daging, atau ikan goreng yang diracik isinya... malah apa jer yang korang suka. Kita yang buat dia.

Boleh buat bekal untuk ke pejabat atau anak-anak ke sekolah.






Saturday, March 8, 2014

isu semasa

PESAWAT MAS MH 370 DILAPOR HILANG




Ya Allah semoga pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang dalam ruang udara Vietnam awal pagi tadi, selamat. Dilaporkan terdapat 227 penumpang termasuk bayi dan anak kapal. Amin.

Thursday, March 6, 2014

Anak Seni

NOTA BUAT HANEZ SURAYA...YOU ASKED FOR IT!






Assalammualaikum Adik. Tetiba kisah 'dalam kain' jadi jajaan masyarakat saban hari dan bukan kehebatan Adik sebagai pelakon. Sayang seribu kali sayang.

Please give me a moment to share how I feel...

Adik telah dikurniakan kecantikkan, bakat serta peluang yang sukar diperolehi insan biasa. Jangan musnahkan itu semua kerana menyingkap kisah-kisah peribadi untuk tatapan umum.

Mungkin nasi sudah hampir hendak menjadi bubur.... bagaimana Adik cuba jelaskan dan berapa banyak media conference yang Adik adakan, namun ramai kaum wanita (peminat dan bukan peminat dan jugak ex-peminat) sudah tidak percaya lagi... ibarat Adik curah air ke daun keladi.

So sebagai seorang insan tua dalam industri ini, kakak doakan yang terbaik buat Adik...doakan Adik berfikir secara waras... memang sukar hendak berpatah balik sebab cinta sudah bersemi... dan arang telah diconteng di muka keluarga!

Apa yang harus Adik lakukan ialah diamkan diri dan jangan cabar mencabar. Umum tahu Adik ada backing kewangan yang kuat baik dari segi pendapatan sebagai pelakon dan lain-lain untuk buat lebih banyak press conferences dan upah berderet-deret peguam untuk clear your name.

Kalau kakak dalam situasi awak, Kakak akan nikah senyap-senyap... tak payah war-warkan sebagai wedding of the season bagai. Just Nikah secara sah sebab lelaki yang Adik cintai itu boleh kahwin 4 dan mampu!

The wife pun dah kata 'you can have him for all she care'. 

Lepas nikah, lie low dan jangan nak jaja lagi kisah peribadi awak. Lie low for a year or two (maybe lepas berjaya dapat seorang dua anak), then make a comeback! Insya Allah masyarakat akan lupa what had taken place!

Banyak dah contoh... dulu Norman Hakim dan Memey jugak dikritik hebat dalam kes hampir sama. But now tengok... masyarakat makin sayang kepada N dan M... dan bekas isteri pulak dikecam.

Gud luck dan selamat menjalani hidup disamping dia yang Adik kasihi!

You asked for it!




Hanez dan Romie

Wednesday, March 5, 2014

bekfas

ROTI JOHN BY UNCLEPALI































Breakfast Kjee dan UnclePali pagi tadi. Sejak dua menjak ni rajin lak UnclePali buat untuk sarapan pagi. Sedap dan mudah buat tau.

Boleh guna apa roti pun tapi kalau roti burger atau roti hotdog lagi sedap.

UnclePali pukul telor dan perasa sikit. Lepas tu dia campurkan dengan daging inti kuih bakar. Daging inti biasa-biasa jer. Tumis bawang besar, letak sikit rempah kari daging dan bila dah naik bau, bubuh daging, ayam yang dicincang. Whatever yang ada lah macam ikan sardin atau ikan goreng berbaki semalam . Kacau sampai rata. Tepikan.

Roti dibelah dua. Nak bagi putus ke tak, sukatilah. Kita yang buat dia. Pastu sapu butter atau marjerin.

Curahkan telor yang telah dicampurkan dengan telor tu elok-elok kat atas kuali yang telah dipanaskan dan cepat-cepat telangkupkan roti tadi keatas telor tadi. Perlahankan api. Bila rasa dah elok masaknya iaitu garing sikit, perlahan-lahan terbalikkan dan biarkan selama 1 atau 2 minit. Siap,

Angkat dan letak atas pinggan dan kepitkan dua. Kalau ada salad boleh jugak letak. Sedap makan dengan sos cili dan mayonaise.

Boleh sediakan untuk bekal anak-anak ke sekolah.




BOLEH MENANGIS TERINGAT ERRA NYANYI DI ISTANA BUDAYA KELMARIN

Ketika menyampaikan lagu Pasrah malam tu

Tuesday, March 4, 2014

Anak Seni

ERMA FATIMA AJAK ERRA-AWIE KEMBALI BERCINTA...





Dah dekat 12 tahun tinggalkan bidang kewartawan. Last Kjee menulis dulu untuk portal hiburan Octopus.com. Satu-satunya portal hiburan sepenuhnya, yang terawal di Malaysia. UnclePali turut kerja di Octopus.com sebagai penulis muzik.

Anyway dah terkubur pun portal tu... Rindu dunia kewartawan hiburan bukan kepalang walaupun Kjee masih menulis secara bebas... tidak lagi dalam media main stream atau media perdana.

Jadi apabila Kjee diberi tiket untuk menonton konsert Teaterikal Suara Kita di malam pertama persembahannya, Kjee amat-amat teruja. Terima Kasih akhbar Utusan Malaysia atas peluang tersebut.

Kata orang, usah tonton konsert di malam pertama (seandainya dibuat banyak malam). Banyak teething problems. Tapi Nadia kata, di malam pertamalah okay. Mereka yang beraksi masih segar... hehehe ya lah tu.

Kjee pergi dengan  perasaan berbelah bagi. Awie, Erra dan Ziana antara artis yang Kjee dampingi masa menjadi wartawan dulu. Banyak kisah-kisah pahit dan manis bersama mereka. Banyak rahsia yang Kjee ketahui tapi...

Anyway, Kjee, Nadia dan Sham sahaja yang ke Istana Budaya malam tadi. UnclePali ada urusan lain. Dia kata tak apalah... tapi jauh di sudut hatinya Kjee tahu dia sedih tak dapat pergi namun urusan kerjanya lebih penting.

Show start lambat. Kalau tak silap Kjee 45 minit daripada jadual. Ahhh tak kesahlah sebab malam pertama... mesti ada teething problems.

Dan sebaik sahaja emcee Aidil Abdul Ghaffar (ex pengacara TV3) mengumumkan persembahan dimulakan, debaran di dada mula kencang.









Kjee terlupa diri Kjee bukan di zaman 20 tahun lalu. Tika filem-filem Sembilu, Sembilu 2 dan Maria Mariana tengah top sehingga Yusof Haslam jadi jutawan sekelip mata. Kjee kembalikan diri Kjee ke zaman itu. (Malam tadi Kjee ke sana disorong wheelchair.) And I sang along with Awie, Erra dan Ziana!

My heart missed a beat apabila Erra Fazira muncul bawakkan lagu Pasrah! Sukar rasanya hendak bernafas apabila dengar suara Erra melontarkan bait-bait lirik yang sengaja Kjee mahu percaya itu luahan hatinya yang gundah gulana...koyak rabak. Sorry Erra.

Kjee tahan sebak. Tapi air mata Kjee berguguran perlahan... Erra sungguh cantik dan tenang tapi Kjee dapat  rasa Panggung Sari Istana Budaya, sunyi sepi... I can almost hear a pin drop! Semua asyik dan pilu... tak kira jantina!

Begitu cara Erma Fatima membuka persembahan konsert teaterikalnya yang hebat! Semuanya sudah tertulis...

Dua puluh tahun lalu kisah percintaan hebat dipaparkan Yusof Haslam di layar perak. Dan kini dengan disaksikan isteri Awie, Rozana Misbun, kisah cinta Romeo Juliet Malaysia yang sudah dikuburkan dilakonkan semula. Walaupun hadirin tahu (dan Awie-Erra mengaku)  ianya hanya sekadar lakonan semula, tetapi Kjee antara yang mahu percaya ia.... seakan realiti..

Selepas lebih kurang sejam rangkaian beberapa buah lagu dendangan Erra, Awie dan Ziana, ada intermission kira-kira 20 minit dan bermulalah segmen teater! Ini kali pertama Kjee menyaksikan teater muzikal seperti ini dan I was really spell bound!

Susunan drama, sketsa lawak, parodi dan jugak detik-detik cemas dipaparkan, satu demi satu dengan perubahan stage sets yang pantas dan mendebarkan! Tiada cacat cela pada pandangan Kjee sepanjang malam. Cuma Kjee rasa elok kalau ditiadakan atau dipendekkan paparan drama/sketsa filem Merah. Kenapa? Korang tengok tonton sendirilah nanti.

Dan sebagai penonton, Kjee tidak dapat menahan sebak melihat babak 'percintaan Erra-Awie' dilakonkan semula secara live. Walaupun sebelum ini latihan babak itu dikatakan agak intim tetapi Alhamdullilah berjaya di'kurang'kan dengan 'body language yang berbatasan'!

Pada Kjee, Ziana Zain stole the show dengan lakonannya yang nakal dan hebat!!! Tiap kali dia beraksi panggung gemuruh dengan sorak penonton. Vokalnya memang mantap. Apapun Kjee macam perasan key nyanyiannya diturunkan sedikit berbanding suara asal dalam album. Maklumlah faktor usia! Oppps sorry if I was wrong Ziana!

But pada Kjee, Awie terhebat over all! Selamba jer dia nyanyi... without much effort rasanya!

Tabek Erma kerana selitkan parodi dan sketsa-sketsa yang buat penonton tak kering gusi. Sesekali jelas nampak hebatnya ketiga-tiga anak seni ini bawak watak kelakar!

Rasanya kalau boleh diputar kembali masa, mahu kita lihat ada jodoh antara Erra dengan Awie di tika itu. Tapi bak kata Nadia...

"Yusof Haslam macam boleh baca yang hubungan Awie dan Erra tidak akan ke jinjang pelamin... sebab itu dalam filem yang Erra-Awie digandingkan, Yusof Haslam tak buat ending happy ever after.. Justru dalam real life pun Awie dan Erra tidak berjaya bersatu.. Well.."

Kjee imbas kembali dan setuju dengan pandangan Nadia.

Sayang sekali gambar tidak berjaya Kjee rakamkan sendiri sebab situasi yang tidak sesuai. Tiada lighting yang cukup walaupun ada satu ketika, iaitu babak kejar mengejar filem Maria Mariana, Erra berjalan depan Kjee dan tunduk sambil pegang lutut Kjee tanpa Kjee perasan! Adusssss melepas gambar paling mahal!!

Pihak penerbit jugak hanya membenarkan rakaman video selama 10 minit pertama.

Itu jer lah. Kalau Kjee ada rezeki dan pergi kali kedua, maybe Kjee boleh share many more touching moments. Maklumlah kali pertama tengok Kjee tergamam dan tidak dapat fokus. Hehehe.

Turut hadir malam tadi yang Kjee nampak ialah Datuk Yusuf Haslam, Datin Fatimah Ismail serta kumpulan Wings.




Sunday, March 2, 2014

Anak Seni

RAMAI MENANGIS AGAKNYA TADI...





Kjee pasti ramai wanita sebak tengok wanita ini di Melodi tadi. Nama beliau Liyana Manan. Usianya barangkali awal 30-an dan mempunyai dua anak lelaki yang rasanya belum cukup usia untuk ke sekolah. Sedang bergelut pertahankan rumahtangganya yang goyang. Ibarat telor di hujung tanduk... rapuh dan bakal jatuh berderai bila-bila masa.

Sanggup seorang wanita melihat kehancuran hati seorang wanita lain semata-mata kerana harta dan wang ringgit? Hmmmm entahlah!
daging

NAK CARI PAI DAGING YANG HALAL TOYIBBAN?

































Hari tu Kjee pergi PeeJay. UnclePali turun beli air di sebuah kedai runcit. Sebelahnya ada bakeri yang cukup femes bukan milik orang Islam. Kjee suruh UnclePali masuk dan intai berapa hengget harga pie kat situ. Saja nak tau.

UnclePali masuk balik kereta dan kata pie yang sama saiz kecuali tak sarat inti cam yang Kjee buat dijual dengan harga RM2.50. Kjee angkat kening. Aku jual RM3.50 sebiji.

"Laa awak tak usah bimbanglah. Pai yang awak buat intinya padat dan penuh. Dan gerenti halal dan sedap," kata UnclePali.

Alhamdullilah. Sejuk sikit perut dengar kata-kata UnclePali. Mungkin sebab itu ramai kawan-kawan order pie Kjee. Sebab halal kot Kjee beritahu UnclePali.








"Yalah agaknya. Lagipun, kalau ada banyak repeat orders, faham-faham sajalah," tambah UnclePali.

Kenapa Kjee buat pies dan kuih bakar daging sahaja? Sebab jarang orang kita buat dan jual. Actually aku tak reti buat cakes, brownies, muffins bagai. Ramai kata harga yang Kjee jual berbaloi dengan rasa. Wallahualam. Kalau korang nak order, sila sms 0126780501.

Kjee TIADA BUAT PENGHANTARAN ya. Sebab itu Kjee kata hanya untuk mereka sekitar lembah Kelang sahaja. Kena amik sendiri di pam minyak Bhp Taman Melawati, Ulu Kelang di hari dan masa yang ditetapkan.

Kjee mohon maaf sekiranya ada yang tak selesa kalau Kjee suruh bank in duit baru Kjee confirm order. Ada yang order tapi bila tiba masa nak pick up, bagi alasan macam-macam. So nak selamat Kjee suruh bank in supaya korang tu genuine customers.

Kuih bakar daging dijual dengan harga RM6 sebiji. Order minima 3 biji. Mini beef pies RM3.50 sebiji dan order minima 12 biji.


Kuih Bakar Daging