Sunday, November 15, 2020

chinese food

KAILAN IKAN MASIN


     Ini antara sayur harus order kalau makan di restoran atau gerai jual Thai food! Kalau tak order, tertutuplah selera UnclePali. Kalau ke Hero Market pulak, matanya mesti cari sayur Kailan. Kalau ada baby Kailan, lagi cepat dia capai! 
     Hari ini Kjee guna Kailan biasa. Lepas sayur disiang, mesti rendam lebih kurang 30 minit. Orang kata sayur Kailan banyak disembur racun untuk hapus serangga. Racun tu kononnya tidak berbahaya. Namun, to be on the safe side, elok direndam sebelum dimasak. Dan bilas dua tiga kali lepas rendam. Dan tos.      Masak Kailan Ikan Masin ini mudah aje. Lepas sayur ditoskan, hiris satu bawang besar, ketuk dua ulas bawang putih dan hiris satu biji cili merah. 
     Kjee panaskan minyak, letak beberapa titis minyak bijan. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Dah layu, masukkan sayur. Goreng sampai sayur layu. 
     Kjee guna ikan kering tenggiri masin jeruk yang dalam botol tu. Ikan tu tak boleh digoreng. Akan hancur berderai. So ketika sayur sudah layu, Kjee tepikan di keliling kuali. Pastu keluarkan satu keping ikan jeruk tu, buang tulang tengahnya dan letak ditengah2 kuali. Kaup balik sayur menutupi ikan kering. Biarkan lebih kurang 3 minit. Lepas itu gaul pantas2. 
      Tadi Kjee tidak letak kicap cair seperti biasa kerana sudah letak ikan masin. Hidangkan terus.


     


Saturday, November 14, 2020

lauk pauk

MLCP DAGING SALAI REBUNG

     Selongkar freezer, jumpa sepeket daging salai. Masak lemak cili padi sedap ni. Tapi letak apa nak bagi sedap? So kita google.
     Waduhhhh letak rebung!!! Harus. Tapi rebung jeruk atau rebung madu? So kena tunggu UnclePali balik dari Hero Market dulu. Tengok apa yang dia dapat. Yezzza Rebung Madu walaupun Kjee harap dapat rebung jeruk. 
     As usual kalau masak lemak cili padi, Kjee lebih suka ikut stail Nismilan. Maklumlah masak kecik-kecik pernah tinggal di beberapa daerah di sana. Antaranya Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban. Walaupun Kjee kecik sangat masa tu (belum bersekolah) tetapi masakan Mak banyak dipengaruhi jiran-jiran ketika itu.

     MLCP Nismilan hanya letak cili padi (ikut suka banyak mana) dan kunyit hidup yang ditumbuk halus selain santan pekat. Kjee tak pasti sama ada mereka letak serai. Tetapi Kjee ketuk-ketuk serai dan juga daun kunyit.
     Ada orang tumis dulu bahan tumbuk. Ada yang lebur bahan tumbuk dalam santan. Tetapi Kjee ikut mood. Hari ini tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak. Letak serai dua batang. 
     Dah naik bau, masukkan daging. Masak seketika, letak santan cair dulu. Daging dah elok lembut baru letak rebung dan santan pekat.
     Letak sekeping dua asam gelugur. Rendidih. Letak garam dan pak aji kalau guna.
     Hah dah siap. Hidang dengan nasi putih. Stail arwah mak, sebaik siap masak dia toleh kiri kanan. Tak ada orang kat dapur, dia ratah sepiring dulu. 🤭







Tuesday, November 10, 2020

isu semasa

SURATAN ATAU KEBETULAN?

Cantik tarikh hari ini. 10 November bersamaan 10 kali rakyat Selangor menderita ketiadaan air tahun ini! 

.    Tetapi kami, penduduk Taman Melawati, sudah 10 kali plus plus tiada air tahun ini! Kami dah macam lali dengan masalah air dipotong tanya warning!
      Taman Melawati ini kawasan lama. Yang duduk sini rata-rata orang dah pencen. Sistem pembentungan dan saluran paip pun sudah usang. Justeru, dua tiga bulan sekali, paip pecah! 
      So apa hal rakyat Selangor baru 10 kali tiada air tahun ini. Kami di Melawati dah kebal! Dah penat. 
      Khabarnya kali ini sebab sabotaj. Aiseyyy man senang2 kata sabotaj. Nak tuduh siapa yang sabotaj? UMNO, BN atau PN? Senang lah lemparkan batu sorok tangan!!!
     10 kali jatuh pada tarikh keramat sepuluh haribulan sebelas! 

      

     
chinese food

MI HAILAM


     Masak Mi Hailam yang simple aje arini. Main campak-campak sebab Kjee tak berapa sihat. Selalunya kalau kurang sikit sihat, Kjee hanya suka makan yang ringan-ringan.
     Dah lama Kjee tak masak Mi Hailam ni sendiri. Tetapi oleh kerana UnclePali sibuk dengan kerja-kerja dia, Kjee slow slow ke dapur.
     Mujur UP dapat beli Mi kuning yang halal dan toyibban. Aritu Kjee nampak mi Pondok ini diviralkan di FB. Sukanya kita sebab tidak diletak boric acid. Perut Kjee sensitif sangat dengan mi kuning yang diletak boric asid. 


     Kalau ada mahu mencuba resipi ini sila klik SINI
     Senang aje buat. Bahan2 hanya Mi, ayam/daging/udang, kobis, dan sawi. Kicap pula yang manis dan yang cair. Sedap dimakan dengan cili padi dipotong-potong dan diletak sedikit kicap cair. 


Monday, November 9, 2020

ayam

SUP MAKARONI


     Kejadian untuk lunch semalam ketika bersedih dengan insiden helikopter terhempas sepelaung dari rumah Kjee semalam. Semangkuk ni Kjee makan lunch dan juga early dinner. Tekak rasa tak tertelan. Sedih sangat.
     Anyway, Kjee mula-mula masak Sup Kaki Ayam campur tulang rangka. Request dari my other half. Seperti biasa untuk Kjee, diolah letak makaroni. Maka jadilah Sup Makaroni.
     Mereka yang sensitif pasal kaki ayam, tak perlu letak. Guna aje ayam. Sedap yang ada tulang-tulang.
     Since UnclePali nak sup ayam biasa2, Kjee hanya letak kayu manis, bunga lawang, lengkuas dan serai. Rebus sampai lembut kemudian tumis darat.
     Untuk tumis darat, Kjee mayang bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Guna minyak sedikit sahaja. Dah garing tuangkan tumis darat itu ke dalam sup.
     Oh ya lupa lak. Kjee letak dua kiub ayam jenama apa pun ok. Tak perlu letak garam. Tapi kalau korang nak letak, terserah.
     Kjee hidang sekali Sambal Kicap masa makan semalam. 
     

Sunday, November 8, 2020

Al Fatihah

NAHAS HELI DI MELAWATI

     Salam takziah buat keluarga Komander Muhamad Sabri Baharum dan Mohd Irfan Mohd Rawi yang terkorban dalam nahas helikopter tidak sampai 5 minit dari rumah Kjee.
     Kira-kira jam 11.30 pagi ketika Kjee sedang buat persiapan untuk memasak, UnclePali masuk ke dapur. 
     "You tahu I nampak dua heli arah rumah Dato Seri Jailani Johari. I nampak dua-dua heli tu terbang rapat2. Satu diatas, satu dibawah. Lepas tu bergesel rasanya. Heli yang atas tu terus kornar dan turun (terhempas) laju." 
      Kjee pandang aje. Tak amik serius sebab UP memang suka melawak. Seandainya dia masuk ke dapur dari depan rumah (tengah jemur kain) dalam keadaan cemas, pasti Kjee panik dan heret dia keluar. Dan terus cari lokasi kemalangan. Lima minit aje dari rumah kami. Di sebalik bukit! 
     Lepas itu UP masuk bilik setor dan terus buat kerja dia. Kjee pulak sambung masak. 
     Lepas memasak, Kjee keletihan. Baring sekejap. Kemudian terjaga dengar bunyi ambulans. Kjee capai handfon. Bukak whatsapp grup. Terkejut nampak foto dan video yang membabitkan kejadian di kawasan kami! Kjee jerit panggil UP. 
      "Kan I dah bagitau you tadi! You ingat I main-main ke?" 
     Malas nak bertekak, Kjee bukak Astro Awani. Sesak nafas tengok isiden yang dipaparkan secara live. Kjee kenal sangat kawasan itu!
    




      Selebihnya korang tentu dah tahu. Kjee cuba bayangkan kawasan kemalangan. Seberang jalan dari Hillside Apartments. Kjee lalu di jalan itu setiap hari! Ada banyak pokok pisang disitu. Tak sampai 50 metre dari situ, kawasan perumahan yang padat! Bayangkan kalau terhempas atas kawasan perumahan itu. Nauzubillah. 
    Jalan besar itu kira-kira 500 meter dari tempat Kjee niaga dulu. Foodcourt Anjung Melawati. 
     Kjee sudah tinggal di kawasan ini lebih 20 tahun! Jalan utama Melawati ini memang seringkali jadi perbualan sebab selalu berlaku eksiden! Setahun mungkin tiga empat kali kemalangan maut!
     Macam-macam cerita yang menyeramkan mengenai kawasan ini. Tak sanggup rasanya nak bercerita. Apapun awal 80-an dulu pelakon muda, Kamar Riza juga kemalangan disitu dan maut. Justeru Kjee selalu elak lalu kawasan ini disebelah malam. 
     Allahyarham Muhammad Sabri masih bujang. Sementara Allahyarham Mohd Irfan  sudah berkahwin dan berasal dari Kelantan. Isterinya, seorang guru. Kjee skodeng FB isteri Allahyarham. Ada 5 orang anak. Dua lelaki, belasan tahun rasanya dan tiga perempuan, dalam usia sekolah rendah. 
     Moga roh Allahyarham berdua ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan para solihin. 
AL FATIHAH 
    Yang terselamat Dato Ahmad Jauhari Yahya bekas bos Kjee di NST dan seorang wanita bernama Tan. Mereka menaiki heli yang satu lagi. Khabarnya, sebaik landing heli yang dibawa Dato AJ, beliau terus berlari lebih kurang 100 meter untuk mengetahui nasib sahabat2 beliau dalam heli yang terhempas. Tetapi mereka sudah meninggal dunia. 😥
     




Saturday, November 7, 2020

daging

ASAM REBUS DAGING


     Sama tapi tak serupa kot. Asam Pedas pekat sikit tapi Asam Rebus, ringan. Resipi sikit lebih kurang Kengsom Ikan Thai. Hah camtu lah rasanya. Sedap dihirup.                    Arwah mak selalu apabila masak ini, dia akan rebus daging sampai lembut. Air rebusan itu kemudian dicampur dengan bahan tumbuk.  Itu yang buat kuahnya lebih perisa atau manis. Mak buat guna cili hidup tapi Kjee guna cili kering kisar aje.
       Bahan2 lain bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan. Selalu mak campak asam keping tapi kali ini Kjee guna Asam Jawa. 
     Resipi penuh klik SINI

        

Friday, November 6, 2020

breakfast

CORNED BEEF OMELETTE


     Buat ini untuk breakfast semalam. Tengah buntu nak makan apa tetiba teringat satu resipi canned Tuna Omelette. Intai peti ais, Tuna tak ada. Hanya ada dalam suku tin Corned Beef. Hantam sajalah. Kita yang buat dia. 
     So Kjee keluarkan tiga biji telor, daun bawang dan Parmesan Cheese. Telor dipukul manja. Corned beef diricik-ricik atau lenyek-lenyek. Masuk dalam telor tadi. Masukkan juga daun bawang yang telah dihiris. Gaul rata. Tak perlu letak garam sebab corned beef dah masin. Campur sedikit lada hitam atau/dan cili flakes. 
     Panaskan kuali leper non stick. Letak sedikit minyak. Panaskan. Kemudian tuang adunan telor tadi. Api sederhana sahaja. Tutup dengan penutup. 
     Apabila permukaan separuh kering, tabur serbuk Parmesan cheese. Kalau nak letak Cheddar slice pun boleh. Hiris2 sikit. 
     Cek kalau bawah Omelette dah boleh diterbalikkan. Pelan2 terbalik. Api biar kecik. Dah elok masak boleh hidang dengan sos cili. 
      Satu lagi alternatif ialah boleh juga guna Sardin Tin atau Serunding/Sambal daging Kelantan. Kjee tak pernah cuba. Tapi, sedap kot. 
     

Thursday, November 5, 2020

ayam

SALTED EGG BUTTER CHICKEN


     Apabila teringin nak makan, tak sihat pun sanggup pelan-pelan ke dapur menggodeknya. Mujur ada assistant yang setia tolong mana-mana yang patut especially cleaning up.
      Aritu Kjee ke mini mart Ladangku yang sepelaung aje dari rumah Kjee. Ternampak chicken wings. Terus teringat nak buat. 
      Anyway kejadian arini tak perfect sangat. Api besar sangat so Butter terhangit sikit or burnt. Nak buat yang baru, malas. So sambung ajelah masak. Itulah masalahnya kalau panaskan butter. Lalai sikit, jadi hangit. Mujur tak terjejas masakan. Rasanya kot. 🤭
      Dah banyak kali Kjee buat especially kalau Kjee ada home made telor asin. Aritu Kjee buat 20 biji aje. Dua tiga hari tengok UnclePali asyik rebus for lunch or dinner. Risau habis sebab itu Kjee buat arini. 
      First thing first. Asingkan kuning telor asin dan kukus. Pastu lenyek-lenyek guna garfu. Tepikan. 


    Kepak ayam dikerat dua. Kjee guna 10 ketul. Kerat dua jadi 20 pcs. Cuci bersih, tos dan perap dengan sebiji telor, garam dan lada sulah lebih kurang 20 minit. Celup dalam tepung jagung kering dan goreng hingga masak. 
     Hiris 4 ulas bawang putih dan cili padi ikut suka. Panaskan seketul butter lebih kurang 50 grams dan sedikit minyak. Apabila butter dah cair, goreng daun kari. Kjee guna satu tangkai. Keluarkan. 
     Masukkan bawang putih dan cili padi. Dah garing bawang putih, masukkan kuning telor asin dan kebih kurang setengah cawan susu cair. Apabila sudah berbuih, masukkan kepak ayam, golek-golek. Masukan juga daun kari. Siap. 


Wednesday, November 4, 2020

lauk pauk

LEMAK PISANG MUDA


     Dua hari Kjee hilang dari radar. Tak berapa sihat setelah lalui rawatan di HKL. So dua hari terbaring aje. 
     Aritu masa singgah kat satu gerai jual pisang, ternampak pisang Berangan muda. Penjualnya kata, sedap masak lemak kuning. Ohhh first time tahu pasal pisang Berangan muda masak lemak. Selalu makan yang masak ranum
     So first thing first, tadi Kjee buang lapisan kulit hijau pisang tu. Kemudian potong serong lebih kurang setengah inci. Rendam seketika dalam air. Ada orang masukkan sekali hirisan kulit hijau tu masa nak masak nanti. Tapi Kjee tak guna. 


     Tumbuk cili padi sama satu inci kunyit hidup. Cili padi tu ikut kepedasan yang dikehendaki. Dah halus, masukkan dalam periuk sama air dan pisang yang telah dihiris. Jangan banyak sangat air. Asal menutupi paras pisang. Jerang. Masukkan juga 1 batang serai dan sehelai daun kunyit. 
     Kjee juga ikan kering masin Terubok yang anak angkat bawak dari Sarawak. Kalau tak ada ikan masin, masa tumbuk cili dan kunyit tadi letaklah sejemput ikan bilis. 
     Apabila pisang sudah agak lembut, masukkan santan. Kjee guna satu kotak kecil. Terus masak sehingga pisang lembut. Masukkan satu keping Asam Gelugor. 
     Rasa. Jika perlu letaklah garam dan secubit gula. 
     Ketika dihidang, tabur dulu daun kunyit yang telah dimayang. 


Sunday, November 1, 2020

chinese food

SIAKAP KUKUS


     Ingatkan hari ini Kjee kena makan Bubur Nasi kosong aje. Setelah diamati balik surat arahan Hospital, rupa2nya boleh makan Ikan Kukus atau Ayam tanpa kulit. Daging tak boleh. 
     Esok Kjee ada appointment di hospital untuk menjalani satu prosedur kesihatan. Perut mesti kosong pagi esok sebab akan dilakukan skop. Masukkan kamera dalam perut.
     Anyway, seronoknya Kjee apabila dapat tahu boleh makan steamed fish. UnclePali terus keluar dalam hujan lebat ke Pasar Tani Danau Kota. Cari Ikan Siakap, fav isteri dia untuk dikukus.

     So apabila UP balik dengan ikan Siakap yang dah siap dibuang sisik dan perut, Kjee buat persiapan untuk perap. Fresh sangat ikan tu.  Cuci bersih dan letak dalam bekas untuk dikukus dan apabila sudah masak terus dihidang dalam bekas sama. 
     Kjee sagat dua inci halia dan dua ulas bawang putih. Kemudian dilumur pada ikan termasuk dalam ruang perutnya, Kjee taburkan sikit lada hitam dan perap selama sejam dalam peti ais. Sekiranya suka, letak hirisan cendawan. Kjee guna cendawan Shitake. 

     Siapkan pengukus. Apabila air sudah mendidih, letak ikan. Titiskan sedikit kicap cair (Kjee guna Nampla) dan minyak bijan. Kukus selama 10 hingga 15 minit. Cucuk sedikit dihujung pisau. Apabila sudah masak, keluarkan.
     Taburkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar. Siapkan cili padi hiris yang telah diletak kicap cair. 
     Kjee juga buat bubur nasi guna beras yang telah Kjee bekukan semalam. Masak tak sampai 20 minit dah halus. Klik SINI
     Harus dimakan Siakap Kukus itu sebaik masak.  Ini cara mudah Kjee masak Ikan kukus.