Wednesday, August 7, 2024

western

MINCE AND BEEF BALLS SAUCE



        Kjee pasti adjust letak macam2 kalau buat sos untuk Spaghetti Bolognese. Letak sup tomato (dalam tin), cendawan dan juga kacang merah. Kita yang buat dia kan! 😁
        Entah kenapa Kjee lebih suka guna canned Tomato Soup daripada sos Prego. Oh mungkin satu ketika dulu agak kecuh kononnya sos itu tidak halal. Whatever lah. 🤷

        Sejak guna Tomato soup, Kjee dah tak buat cara lain. Sos arini Kjee letak juga tomato puri dan sos tomato dalam botol (tomato ketchup). Terlupa beli tomato buah jadi letak aje sos tomato bagi tambah masam.
         UnclePali keluarkan kacang merah dalam tin dari pantri. Itu masuk saat akhir sebelum padam api. Kjee tos buang kuahnya. Boleh abaikan kalau tiada.
        Sos arini agak cair. UnclePali terletak lebih air. Bagi Kjee, okay juga cair sebab memang suka makanan yang berkuah. Kalau nak pekat, rendidih lama sikit.


       Untuk tengok cara Kjee buat sebelum ini KLIK SINI.

Tuesday, August 6, 2024

ikan

TALAPIA MIANG PLA PAO


        First time Kjee buat sendiri setelah dicabar UnclePali. Dia tengok harga Miang Pla Pao di warung Thai, dan merasakan harganya tak masuk akal. 
        Rm35 untuk satu set seperti yang Kjee sediakan dalam foto diatas. Ikan Talapia bukanlah mahal sangat berbandingkan ikan lain. Belas hengget aje sekilo. Tadi UnclePali beli dekat Rm21 untuk dua ekor!!
 

        Dua ekor Rm70 kalau makan luar!! Isyhh memang tak masuk akal kalau hanya dihidangkan bersama salad, sedikit bihun dan sos cili.
        Bukan susah mana nak membuatnya. Goreng ikan Talapia garing2. Kalau nak dapatkan ikan itu benar2 garing, guna minyak yang banyak. Minyak mesti cukup panas sebelum ikan dimasukkan ke dalam minyak sehingga tenggelam. Hati2 percikan minyak ya.

        Cara makan ikut sukalah. Tetapi orang Thai cubit sikit ikan yang garing tu dan susun pada salad bersama sedikit bihun. Kemudian gulung dan cicah sos cili Thai.

        Kjee buat sos sendiri sebab nak kurangkan manis. Beli sos Thai yang dalam botol itu pun ok kalau korang tak ada penyakit macam mokcik ni. 🫣
        Cara Kjee buat, cili merah dan cili padi diblend bersama seulas bawang putih serta sedikit air. Pastu dituang ke dalam periuk. Letak gula. Kjee letak gula batu dan sedikit gula melaka. Dah mendidih, masukkan sedikit cuka. Oleh kerana Kjee gastrik, makan letak jus limau kasturi sikit. Rasa. Kalau nak masin, letak kicap cair Thai atau nampla.

        UnclePali tak gemor Talapia so tadi mokcik makan sorang2. Cegini 👍. Ada seekor lagi dalam freezer. Nanti boleh buat lagi. 😁


        Nama jer gempak tetapi hanya Ikan Talapia goreng sama bihun dan salad cicah sos cili. 😁






Thursday, August 1, 2024

ayam

SPICY CHICKEN WINGS

         Satu lagi lauk yang Kjee suka sangat. Dah macam2 lauk berasaskan Ayam yang Kjee masak. Jadi UnclePali cadang buat macam yang selalu kami makan di restoran.
        Kebetulan hari itu UnclePali pergi ke Hero Market. Terus dia mesej Kjee. Bagitau ada kepak ayam bahagian hujung aje yang selalu jadi pilihan Kjee. Siap dia cadang masak Spicy Chicken Wings.
        Sampai rumah terus dia cuci bersih-bersih. Kemudian Kjee perap guna kicap manis, kicap karamel (untuk warna), sos tiram, sedikit kicap cair, cili flakes dan gula batu. Banyak mana perasa tu semua, korang agak2 ajelah ikut jumlah chicken wings itu. Perap lebih kurang dua jam dalam peti sejuk. Jika korang tiada gula batu, boleh guna madu lebah. Tetapi Kjee lebih suka letak gula batu.
        

        Apabila sudah cukup masa perapan, hiris lebih kurang 2 inci halia dan 5-6 ulas bawang putih. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan ayam. Susun elok2. Kjee guna kuali non stick sebab mudah hendak diterbalikkan. Pastikan nampak keperang-perangan on each sides (pada setiap bahagian). 
         Kemudian kalau ada cecair perapan ayam tadi dimasukkan ke dalam kuali. Jangan lupa letak juga gula batu. Biarkan empat lima minit sehingga ia mesra.  Tuang air menutupi lebih kurang satu inci dari ayam tadi. Letakkan penutup dan perlahankan api dapur. Biarkan ia rendidih lebih kurang 20-30 minit.

        Balik-balik perlahan-lahan. Ketika ini kuahnya sudah hampir kering. Rasa. Kalau perlu, letak kicap cair. Dan kalau tak terasa pedasnya, tambah cili flakes. Kjee tambah cili flakes ketika hendak makan.
        Makan ketika panas-panas dengan nasi. Selamat Mencuba.


Wednesday, July 10, 2024

chinese food

SIZZLING TOFU JEPUN


        Mentang-mentang dah ada Hot Plate, terfikir pula nak buat Sizzling Tofu Jepun. Banyak kali Kjee dah buat tetapi hidang dalam pinggan biasa aje.
        Ini kejadian untuk lunch tadi. Seperti biasa, Kjee hanya sediakan bahan2 sahaja. Kerja2 yang boleh dilakukan sambil duduk. Bab menumis dan lain2 disempurnakan UnclePali. Dia memang suka kalau Kjee beri dia tugasan itu. 😁
        Bahan2 yang diperlukan untuk lauk ini ialah tofu yang dalam tube tu. UnclePali beli satu yang besar dan satu kecil. Juga perlu sedikit isi ayam yang dihiris-hiris.              Letak Cendawan Shitake sedap. Kacang hijau atau snow peas kebetulan ada stok. Bahan lain, tiga ulas bawang putih yang Kjee ketuk2, satu inci halia dihiris nipis dan cili kering yang Kjee rendam dan potong dua. Jumlahnya ikut kepedasan. 
 
        Tofu dipotong-potong dan diletakkan diatas tisu dapur. Kemudian disalut tepung jagung dan digoreng sehingga keperang-perangan. Tepikan.


        Tuang lebih kurang 3 sudu minyak dalam kuali. Sudah panas, masukkan bawang putih dan halia. Dah agak kering, masukkan ayam. Goreng sehingga ayam kecut. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga cili itu agak garing. 
         Kemudian letak air lebih kurang setengah cawan. Dah mendidih, letak 3 sudu sos tiram dan kicap manis. Kalau ada kicap karamel pun boleh letak. Ini untuk warna. Letak kicap cair atau sos ikan untuk rasa.
         Kalau sudah cukup rasa, masukkan kacang snow peas dan cendawan. Biarkan sehingga lembut, perlahan api dan masukkan perlahan-lahan tofu yang digoreng tadi.
        Jika ada Hot Plate, panaskannya ketika ini. Apabila sudah betul2 panas, kaup perlahan-lahan lauk tadi. Biarkan ia mendidih seketika. Terus hidangkan.
        Jika tiada Hot Plate, hidangkan dalam pinggan hidangan biasa.

        Hot plate rupa2nya setelah dicuci dan dilap kering, mesti disapu minyak. Ini untuk elak ia berkarat.


Sunday, July 7, 2024

isu semasa

SALAM MAAL HIJRAH

chinese food

EGG FLOSS BUTTER PRAWNS


       Kalau menjamu selera di restoran Chinese Muslim, ini antara yang dipesan. Makan tak pandang kiri kanan. Hingga menjilat jarilah... sehingga bil sampai. 😁 Terkejut jugaklah tengok harga. Rm25 sehingga Rm30 sepinggan!
       Apabila lama tak ke Restoran Chinese Muslim, teringat pulak nak makan. UnclePali tanya sama susah nak buat. Well, kita pernah buat mungkin lebih 10 tahun lalu sewaktu tinggal di Sg Buloh. Tetapi kejadiannya ketika itu, mengecewakan. So that was first and last. 😂
       UnclePali terus cari resipi dan cara memasaknya di You Tube. 
       Pagi tadi dia ke Pasar Tani, Desa Melati. Kjee memang beli ikan atau seafood lain disitu kerana lebih segar dari supermarket.
      Kerana tak yakin, Kjee suruh UnclePali beli 10 ekor sahaja dulu. Kalau sukses lain kali boleh beli lagi.
       Sampai rumah, Kjee pelan2 ke dapur. Bersihkan udang dan buang 'tali hitam' pada udang itu. Kjee guna lidi yang tajam hujungnya.

       Cara ini udang itu cantik tanpa dirosakkan kalau digunakan pisau untuk toreh keluar 'tali hitam' itu.
       Kemudian udang dilap kering guna tisu dapur. Lumurkan garam kepada udang. Terus disalut tepung jagung dan goreng. Goreng separuh masak sahaja.

       Kemudian cincang 4 ulas bawang putih, potong2 cili padi. Banyak mana  cipi padi ikut kepedasan yang suka. Juga guna daun kari dari dua tangkai.

       Selepas itu, pecahkan telor dan asingkan putih dari kuning. Resipi ini hanya guna kuning telor. Oleh kerana hanya ada telor gred B di rumah, UnclePali kata dia guna 1 biji kuning telor untuk seekor udang. Pukul kuning telor itu manja2 kemudian ditapis.
       Letak lebih kurang 3 sudu minyak masak dalam kuali. Apabila sudah panas sedikit, masukkan lebih kurang 200gms butter. Api mesti perlahan kerana bimbang butter hangit. Dah cair, tuangkan kuning telor yang telah ditapis tadi.
        Tuang dari jarak yang agak tinggi. Api sederhana dan terus kacau tanpa henti.

       Masak lebih kurang 5 minit. Buih akan keluar ketika ini. Jangan panik. Jangan berhenti mengacau. Masukkan terus daun kari. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih tadi. Terus kacau sehingga bawang putih agak garing.
       Masukkan pula udang goreng tadi. Balik-balikkan pantas-pantas sampai terus mengacau. Buih makin bertambah. Setelah 3-4 minit, gunakan tapis aluminium untuk menapis. Tuang semua bahan2 tadi dan tunggu sehingga minyak habis ditoskan. Kemudian plating ikut suka.


       Kejadian yang UnclePali hasilkan hari ini, mungkin kureng perfect lagi. Tak cantik sangat maklumlah baru kali pertama membuatnya. Lepas ini UnclePali kata dia akan buat lagi. Kjee faham sangat kalau dia kata macam itu, dia belum puas hati dengan kejadian pertama kali ini. 
       Selamat mencuba kalau sudi.

        
        
       
       

Friday, June 28, 2024

chinese food

SIZZLING YEE MEE

       Ini antara my comfort food. Tiap kali ke Food Court (biasanya di Shopping Malls), my beloved husband akan cari stall yang ada jual Sizzling Mee. Unclepali tahu kalau jumpa stall berkenaan, Kjee akan senyum 'from ear to ear'. 😁
       Maklumlah isterinya sejak tiga empat tahun ini sangat cerewet bab makan. Kalau makan nasi, hanya setakat sesuap dua. Lebihnya hanya ratah lauk. Itupun kalau lauk yang dia berkenan.
       Anyway, ada sekali itu kami singgah di Food Court Giant, Taman Permata. Dah banyak tahun Kjee makan Sizzling Yee Mee situ. Selalu mintak extra cendawan. Bayar lebih pun tak kesah. Harga biasa rm8. Biasanya penjual itu mintak rm10 untuk extra Shitake Mushrooms. No hal lah. Tetapi hari itu, agaknya budak baru yang kerja situ. Caj Rm12 untuk tiga ketul cendawan! Lihat foto bawah!
       Opkos Kjee naik darah. Rm12 untuk tiga ketul aje! Maka dalam hati Kjee menyumpah. Takkan ke sana lagi!! Tetapi mana nak cari Sizzling Yee Mee yang menepati selera di tempat lain? UnclePali kata masak sendirilah! Ya I know. Tapi keadaan Kjee yang tak sihat, macam mana nak masak? Setiap hari sekarang, (bekfes, lunch, dinner), UnclePali yang sediakan.
       But knowing my husband, dia tahu isterinya mesti kempunan nak makan. So dia buat apa? Google lah cara masak Sizzling Yee Mee di Internet.
       "Alahai senang banget!" katanya. Isyhhh isteri dia pun ada resipi sendiri. Tak susah mana pun sebenarnya. Cuma tak complete tanpa Hot Plate kata Kjee. Tetapi itu tak menjadi hal. 
        Unclepali terus intai kat Shopee. Dan tiga hari kemudian. Tarraaaaa. 👇


       So, setelah dia beli semua bahan2... Yee Mee, Shitake Mushrooms, Sawi Cina Siew Pak Choy, isi ayam yang dihiris-hiris, cili kering yang dikerat dua, 3 ulas bawang putih, sos tiram, kicap hitam karamel, fish sauce, kicap manis, satu sudu air tepung jagung... maka kami pun mula projek.
       Kjee duduk di bangku dekat meja lipat berhampiran stove. Kjee tak boleh berdiri lebih 5 minit. Mesti tumbang. 
       Bahan2 tadi agak2 aje lah untuk satu ketul Yee Mee. Makan untuk satu orang.
       UnclePali panaskan kuali. Bubuh minyak lebih kurang 2 sudu. Dah panas, campak bawang putih yang telah diketuk-ketuk. Dah garing sikit masukkan ayam. Ayam dah kecut, masukkan cili kering . Biarkan seketika. Masukkan pula 2 cawan air. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan kicap2. Dua sudu kicap manis, dua sudu oyster sauce dan satu sudu kicap karamel. Kicap karamel untuk beri warna hitam kat kuah. Kalau tak mau, sebab kicap manis oyster sauce dah cukup hitam, abai. Masak sehingga mendidih. Rasa. Kalau belum cukup masin, letak fish sauce.

        Kemudian masukkan cendawan. Kjee suka letak banyak cendawan. Dalam masa itu, kalau ada yang guna hot plate, panaskan hotplate atas dapur. Kalau tak ada, abaikan. 
        Kjee masak cendawan itu lebih kurang 5 minit. Sediakan satu sudu besar tepung jagung yang telah dicampur dengan dua sudu air.
        Kalau guna sayur sawi pak choy tu boleh masukkan ketika ini. Lepas itu masukkan satu ketul Yee Mee. Kacau perlahan-lahan sampai ia lembut. Curahkan air tepung jagung. Ini untuk memekatkan kuah. Ada yang pecahkan telor masa ini. Kjee tak letak. Titiskan sedikit minyak bijan kalau ada.
        Tuangkan perlahan-lahan ke hot plate. Hati2 kena percik. Kalau tak ada hot plate, tuangkan jer ke dalam mangkuk (dish). Makan dengan cili api potong kalau tak cukup pedas.
        Selamat Mencuba.





      

Sunday, June 16, 2024

isu semasa

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA