Monday, August 26, 2024

kuih muih

BERGEDIL POPIA




        Lain dirancang, kejadiannya lain pulak. Tiap minggu Kjee mesti buat Bergedil. Untuk stok hari tak sihat. So lepas sarapan tadi, Kjee slow2 ke dapur.
        UnclePali nampak Kjee buang kulit kentang. Kjee beritahu nak buat Bergedil. "Oh You nak buat Bergedil Popia Gulung?" Kjee pandang UnclePali. Baru teringat dua tiga hari lepas nampak foto Popia Bergedil di newsfeed FB. Hehehe mujur ada kulit popia dalam freezer.

        Ada dua saiz kulit popia tu. Kjee guna saiz yang kecik. Tak mahu kejadiannya nanti besar gedabak. UnclePali tolong defrost ayam. 
        Kjee hiris tebal-tebal dua biji kentang dan goreng. Kjee jugak hiris sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Goreng. Kemudian campur dengan kentang dan tumbuk. 

        Kjee letak cili flakes supaya ada rasa pedas2 sikit. Gaul rata.  Kalau perlu, letak garam secukup rasa. Tepikan seketika.
         Sementara itu, UnclePali letak kunyit dan garam kepada ayam dan goreng. Dah siap, ayam dicarik-carik.



        Gaul ayam bersama kentang tadi. Kemudian sediakan popia. Sehelai diletak atas pinggan. Susun satu sudu bergedil tadi dan lipat. Sapu sedikit tepung jagung yang telah dicampur air sebagai pelekat. Buat sampai habis.

        Goreng cara deep frying (tenggelam minyak) guna api sederhana sahaja. Goreng sehingga warna keperang-perangan kira-kira 4-5 minit sahaja. Intinya dah masak jadi nak garingkan luaran sahaja.
        Siap. Selamat mencuba.










Sunday, August 18, 2024

kuih muih

DANGAI KUKUS


       
        Sejak belajar buat kuih Dangai Kukus  lebih setahun lalu, tetiba Kjee tengok ada saja orang jual di gerai2. Satu peket 6 keping Rm3.50. Lebih kurang 60 sen sebiji. Kenit jer.
        Pagi tadi Kjee teringat nak makan. UnclePali kata esok dia ke port bekfes yang selalu dia singgah. Insya Allah ada, katanya 
        Kjee cek pantri. Ada tepung pulut. Nak suruh UnclePali ke kedai runcit beli kelapa parut, tetiba terjumpa satu peket jelapa parut putih dalam freezer. Kalau dah rezeki kan!
        Lepas lunch tadi, Kjee rehat seketika. UnclePali tengok muka Kjee letih sangat. Dia kata tak payah buat kuih tu. Esok dia beli.
        Ketika dia keluar angkat kain di jemuran, Kjee slow2 bangun. Terus ke dapur dan mulakan projek.
        Tak sampai 20 minit, air dalam kukusan sudah mendidih dan bahan2 dibawah sudah sedia.

        Tak sampai 10 minit bahan2 tadi sudah duduk dalam kukusan. UnclePali geleng kepala apabila masuk dapur. Dia tahu bini dia bukan boleh dihalang kalau nak masak. 😁
         


        Kjee guna penutup bambu supaya air tidak menitis pada kuih. Nak kena beli yang baru. Dah nampak tua penutup tu.
        Dan 15 minit kemudian, padam api. Siap sudah untuk minum petang.


        Mudah bebenor nak membuatnya. Resipi lengkap KLIK SINI.
        Kalau nak buat kuih Dangai Bakar, sila ke SINI.




Friday, August 16, 2024

lauk pauk

CUTLET IKAN



        Kjee selalu buat bergedil. Simpan beku dalam freezer, celup telor dan goreng apabila terasa lapar. Biasanya Kjee buat ikut apa protein yang ada. Ayam atau daging. Tetapi ada juga buat letak chicken atau beef cube jer. Kita yang buat dia kan!
         Pagi tadi tetiba terfikir nak buat bergedil. Sewaktu intai dalam fridge, ternampak seekor ikan kembung goreng. Dah dua hari kot UnclePali goreng. Ingatkan dia dah bagi makan anak2 bulus.
         Tarrraaaa boleh buat Fish Cutlet atau Bergedil Ikan. Biasa makan kat Restoran Daun Pisang. Tetapi sekarang dah tak jumpa lagi. So, buat lah sendiri kan! Resipi sendiri. Olah dari resipi Bergedil yang selalu Kjee buat.
        
           Ikan kembung itu disiat-siat. Dapatlah dalam satu mangkuk kecik. Goreng sebiji kentang dan tumbuk. Campurkan bersama ikan, satu biji bawang besar (yang kecik) dan cili flakes. Juga satu butir telor. Gaulkan. Letak garam.
         Kemudian dikepal-kepal padat macam buat bergedil. Rehatkan dalam fridge lebih kurang 30 minit.


         Sebelum dikeluarkan untuk goreng, pukul sebiji telor. Golek cutlet nipis2 dalam tepung jagung kemudian celup dalam telor yang telah dipukul manja tadi. Gorenglah macam biasa. Api sederhana sahaja.
         Siap! Kjee suka sangat ratah bergedil. Kjee tak letak garam sebab ikan goreng tu dah cukup rasa. Kalau u all nak letak, boleh jer.
        Tiada rotan, akar berguna. Tiada daging/ayam, ikan lebih goreng semalam pun jadi lah. 😂

           

Tuesday, August 13, 2024

chinese

SUP WONTON

         Chinese food lagi? Hehehe begitu lah mood Kjee apabila usia sudah menjelang 7 series. Aritu gi bekfes, UnclePali pimpin Kjee ke meja kemudian dia gi cari parking. Seorang lelaki di meja sebelah nampak Kjee bertongkat duduk sorang2.
       "Salam Adik. Sakit apa guna tongkat?" Kjee pandang dia. Usia dalam awal 50an rasanya. "Adik? Kakak kot. Saya baru sahaja sambut birthday ke-69 tahun." Dia terkejut. "Maaf kak. Nampak muda sangat!"
        Oppps tak maulah story pasal itu. Hari ini Kjee nak share cara buat wonton sup inti udang/isi ayam. Dah pernah buat dua tiga kali sebelum ini. Pepagi tadi Kjee google resipi kat internet. Rupa2 dalam blog Kjee ada resipi sendiri.
        Suruh UnclePali tengok dalam freezer. Ada ayam dan udang. Juga ada cendawan shitake dan sayur Bak Choy. Cun lah tu.
        Slow2 Kjee duduk di sinki bersihkan udang. Juga keluarkan ayam, defrost dan asingkan tulang dari isi. Kulit udang dan tulang ayam Kjee rendidih. Airnya nanti buat sup wonton.
        Kjee cincang udang dan isi ayam. Kemudian potong dadu halus2 dua ketul cendawan Shitake dan tiga ulas bawang putih. Pelik juga dalam foto bawah udang yang dicincang tu jadi kaler biru. Pencahayaan punya pasal kot.


        Lepas itu, dicampur semua bahan cincang. Letak sedikit sos tiram, minyak bijan dan satu sudu makan tepung jagung. Gaul rata. Perapkan fridge lebih kurang satu jam.
        Ketika inti diperap, Kjee cek rebusan kulit udang dan tulang ayam. Dah siap, tapis tepikan kulit udang dan tulang ayam. Letak satu kiub ayam dan juga kicap cair ikut rasa.  Tepikan.


        Setelah lebih sejam 'diperap', siap sedia untuk melipat. UnclePali beli kulit wonton yang bulat. Kalau empat segi, lebih senang melipat.
        Kjee tak lah terer melipat. Main hantam saja labu. 🫣
        Mula2 letak sehelai kulit itu diatas piring. Letak satu sudu inti. Sapu air sekeliling kulit agar kulit itu melekat dan lipat dua. Kelim ikut pandai korang lah.

        Siap semua, hidupkan semula api sup. Sudah mendidih, celur seketika sayur Bok Choy yang telah dibelah dua. Sudah lembut, keluarkan. Susun dalam bekas hidang.
        Masukkan pula separuh daripada wonton perlahan-lahan ke dalam sup. Api dapur harus sederhana. Biarkan direbus lebih kurang 10 minit. Kemudian keluarkan ke dalam bekas hidang. Rebus sebahagian lagi hingga siap semua.

        Susun wonton disisi sayur bok choy dalam bekas hidangan.  Kemudian curahkan sup diatasnya. Hidang terus. Kalau ada sambal udang kering crispy, boleh dimakan bersama. Kalau tiada, boleh guna sos cili.
        Sekiranya nak tengok wonton yang Kjee buat dulu, KLIK SINI. 
Selamat mencuba. 



      
       
        

Saturday, August 10, 2024

lauk pauk

MLCP SARDIN PETAI


        First time Kjee cuba masak lauk Lemak Cili Api Sardin letak petai. Tak dapat bayangkan selama ini sardin masak gulai lemak cili api. Tetapi Kjee pernah masak kari. Manakala UnclePali konfiden mesti sedap sebab dia memang suka sangat sardin dalam tin.
       Apabila my bff Azlinda Hashim kata sedap, Kjee pun ajak UnclePali tolong masak. Laju dia tolong maklumlah dia sedar Kjee tak sihat.
        First thing first. UnclePali goreng satu tin ikan sardin. Ada suruh hati2 nanti meletup satu dapur. UnclePali selamba aje sebab dia memang pro goreng sardin. Masa menunggu, celur satu genggam kecik petai. Jangan lama2 sangat. Lepas itu tos airnya. 
        Sepatutnya petai tak perlu buang kulit. Hanya kikis sedikit dulu permukaan kulit. Tetapi UnclePali dah buang semua kulit dan letak dalam peti ais, semalam.
       Masak cam biasa. Tumbuk cili padi (Kjee letak 12 biji), kunyit hidup dan dua batang serai. Kemudian masuk semua bahan tumbuk ke dalam periuk bersama satu kotak santan. Didihkan guna api perlahan. Apabila dah mendidih letak 1 asam keping dan petai tadi. Rasa. Letak garam ikut citarasa.
        Perlahan api dan masukkan sardin goreng. Kacau perlahan-lahan kemudian padam api.
 
        Sebaik padam api, UnclePali terus capai sudu dan rasa. Tunjuk dua ibu jari.
"You suruh I diet tapi masak sedap2!" Isyhhhh alasan. 😂
         Selamat mencuba. Masak lemak cili api stail Nismilan tak letak bawang. Cuma tumbuk cili padi dan kunyit.