Monday, April 25, 2011

273. Apa kata Ramli MS terhadap Salma


Dato Ramli MS kata hebat, very good kepada Salma. Dato Ramli pakar so siapa kita nak judge dia. Sendiri mau pikir laaaa!

272. Happy Birthday Sayang!!

Our First anniversary 10 tahun lalu
Sepuluh tahun lalu, Kjee ditemukan dengannya.Seorang anak bujang yang ketika itu berusia 33 tahun. Nama dia Pazeli a.k.a. Unclepali John. Kini 10 tahun berlalu. Hari ini genap usia Unclepali 43 tahun.

Happy birthday abang. Terima kasih kerana sanggup terima saya dan Nadia dalam hidup abang. Rumahtangga mana tidak dilanda gelora. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Walaupun, hidup kita juga tidak terkecuali dari dilanda tsunami tetapi yang penting sebahagian besar hidup kita bersama, kita happy.

Seorang suami yang cukup sabar, penyayang dan bapa kepada Nadia yang cukup mengambil berat terhadap anak tirinya. Unclepali juga seorang yang cukup kreatif dan sensitif. Begitulah kalau menjadi anak lelaki tunggal dan bongsu dalam keluarganya.

Tiada lagi yang boleh saya ucapkan melainkan mendoakan agar abang terus dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Terima kasih kerana telah menjaga saya dan Nadia dengan begitu baik sekali. Dan terima kasih banyak2 kerana terlalu mengambil berat dan perihatin akan kesihatan saya. Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalasnya. Insya Allah.

May God Bless You! I'm really blessed to be your wife. Moga rumahtangga kita diberkati Allah swt hingga ke hujung nyawa. Amin.

271. Dasyat jugalah!

270. Salma...kau hebatlah!!!!


Fuhhh! Tiap kali tengok, beremang bulu roma!!! Patutlah Dato Ramli MS cair! Go Salma Go!!!!
cakes

269. Kek Choc Tanpa Telor



Wah best betullah kek cokelat tanpa telor ni. Mula2 Kjee was2 gak nak buat cos mana ada orang buat kek tanpa telor di zaman Kjee dulu. Hebatnya orang sekarang yer.

Kebetulan Isnin (esok) birthday Unclepali. Dia memang hantu cokelat. Pagi tadi Kjee dah plan nak derhaka. Nak bubuh almonds dan chocolate chips. Tup tup bila ke klinik tadi, doktor cakap Unclepali kena stop makan kekacang. Aduh, kesiannya dia. Habislah hobi dia mengunyah pistachio, gajus dan yang sewaktu dengannya.

So kek ini hanya ditambah chocolate chips. Oh ya lupa lak..Kjee tambah juga ½ sudu teh nescafe sebab kat umah tak de choc emulco. Moist giler. Lembab2 manja gitu.

Kjee amik resipi ni dari Dayang Jack sini sebab tadi Kjee intai blog CMG ada rasa pelik sikit sebab dia tak bubuh sukatan koko di dalamnya. Sekarang CMG dah edit balik dan bubuh. Hehehe belum tua macam Kjee CMG tu dah boleh jadi pelupa. Gurau jer CMG.

Terima kasih Dayang Jack for a superb eggless choc cake recipe.

Tapi kan, resipi yang dia bagi itu cukup untuk penghuni rumah yang tak ramai macam Kjee ni. Kalau ramai kenalah buat dua atau tiga adunan baru umpphh.

Kjee ni tak pandai hias kek cam orang lain so Jee ayak jer icing sugar supaya nampak ler tak legam sangat. Ini boleh jadi Kek Negro tau hehehe.

Jom kita tengok resipi ini.


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (Kjee guna nescafe)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (Kjee guna Canola)
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon (Kjee guna apple cider)
  • segenggam choc chips (optional)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


    Sunday, April 24, 2011

    program tv

    268. Mentor Bakal Lahirkan Bintang Hebat!

    foto: limauais.com

    foto: mStar


    Dato Ramli MS memang terkenal sebagai juri yang 'berhati kering'. Muka dia tak pernah senyum ketika memberi komennya. Beliau telah set kan satu benchmark yang tinggi untuk mereka yang menyertai pertandingan suara.  Tapi, malam ini Dato Ramli cair.

    Cair bukan kerana kejelitaan seorang wanita tetapi cair mendengar suara hebat Salma, protege Erra Fazira! Bahkan Kjee yakin bukan Dato Ramli sahaja terpukau mendengar suara Salma yang hebat tetapi semua yang menontonnya!

    Dan tanpa segan silu, Dato Ramli memberitahu selama ini dia jarang puji orang tapi Salma sangat hebat!! Lemah lutut Salma dan Erra mendengarnya.

    Sebenarnya, susah hendak meletakkan Salma sebaris dengan peserta2 lain kerana dia terlalu hebat. Melihatkan persembahan Salma mengingatkan Kjee ketika Jacqueline Victor menguasai pentas ketika bertanding dalam Malaysia Idol! Begitulah powernya Salma. Dan tidak keterlaluan jika Kjee kata, Salma layak duduk sebaris dengan Jac bukan peserta Mentor yang ada sekarang.

    foto: iklanmasteragent.blogspot
    Erra tidak perlu bekerja keras dengan Salma. Tetapi peranan Erra juga amat penting terutama sekali dalam pemilihan lagu. Silap pilih, Salma tidak akan kecundang tetapi hanya mengecewakan penonton yang sentiasa dahagakan yang terhebat dari Salma.

    Kjee masih ingat suara2 sumbang yang mempertikaikan pemilihan Erra sebagai mentor. Siapa Erra? Suara dan jualan album hanya suam2 kuku. Kehebatannya hanya dibidang lakonan. Bolehkah dia menjadi mentor kepada seorang protege? Tetapi itukah yang menjadi kayu pengukurnya? Mesti berjaya dan meletup sebagai penyanyi baru boleh ajar orang lain?

    Sejarah Mentor sebelum ini telah membuktikan. Diva kesayangan Malaya, Dato Siti Nurhaliza pun tidak mampu membuat protegenya berjaya. So samalah macam entry sebelum ini, kisah Ogy Ahmad Daud dan Akademi Fantasia.

    Masih ada rupanya bakat2 hebat di luar sana. Tetapi kenapalah apabila ada pertandingan nyanyian, tidak ramai yang mahu ke depan. Mungkin kerana mereka merasakan diri mereka tiada pakej? Menyampahlah kalau Kjee dengar orang kata untuk menjadi penyanyi mesti ada pakej.

    Wajah sebenarnya hanya bonus. Tetapi wajah boleh dibuat makeover. Kalau sudah menjadi artis, ramai yang sanggup tawar diri bantu jadikan seseorang itu cantik dan bergaya.

    Salma tidak mempunyai pakej yang diperlukan tetapi dia memiliki bakat suara yang sukar ditandingi. Kjee asyik perhatikan Erra sepanjang dua lagu yang dipersembahkan Salma. Wajah Erra berseri2, dapat dilihat hatinya berlonjak2 gembira melihat kehebatan anak didiknya.

    Usah gusar Salma. Wajah boleh dibentuk. Hanya pelihara dan pupuk bakat yang dikurnia Allah swt. Selebihnya bukan kerja awak. Itu kerjaNya!!

    Tahniah TV3 kerana menerusi rancangan Mentor, akan lahir seorang lagi bintang hebat negara!
    sayur-sayuran

    267. Ulam Raja Goreng Sama Bilis



    Ini bukan resipi orang kita. Maid Indon Kjee dulu yang ajar Kjee buat. Bila dah makan sekali, barulah tahu rupa2nya daun Ulam Raja boleh digoreng. Selalu orang buat ulam jer kan.

    Ulam Raja kena rebus dulu selepas dipetik daun2nya. Rebus pun kena hati2 iaitu sampai ia lembut. Kalau tidak, ia menjadi liat dan tak berapa sedap. Tadi Kjee terlupa lak nak rebus sampai lembut. Maklumlah dah lama tak buat. So ada rasa liat sikit tapi sedap lah jugak. Selain itu, kena buat pedas sikit barulah berselera makan dengan nasi panas.

    Oleh kerana Kjee dapat banyak permintaan dari mereka yang pelik sangat tengok ulam ini dibuat sayur goreng, Kjee bagilah resipi ni kat sini.

     ULAM RAJA GORENG BERSAMA BILIS


    ulam Raja


    BAHANNYA:

    2 ikat ulam Raja
    sejemput ikan bilis
    cili api (ikut kepedasan)
    1 labu bawang besar
    2 ulas bawang putih
    sedikit kunyit serbuk









    CARA:
    Setelah rebus, diperah air dan ricik

    1. Petik daun ulam raja dan rebus hingga lembus. Kemudian perah airnya dan ricik anggaran ½ inci.
    2. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang puti hingga halus.
    3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci dan tumbuk kasar2.
    4. Tumis bahan tumbuk yang telah dicampur sedikit serbuk kunyit hingga garing. Kalau perlu masukkan garam tapi hati2 ikan bilis dah masin yer.
    5. Kemudian masukkan ulam raja yang telah direbus dan dirick dan gaul hingga rata.
    6. Terus masak sehingga semuanya sudah sebati.



    sayur-sayuran

    266. Jering Tua Masak Lemak Pedas

    Jumpa jering bentuk heart







    Hari ini setelah banyak kali tunda, akhirnya Kjee berjaya jugak beli jering tua (orang jawa panggil jengkol)  dan masak lauk kegemaran kami sekeluarga. Selalunya kalau makan kat kedai Minang, mesti cari lauk ini.

    Pagi tadi Kjee start projek memasak seorang diri sebab penghuni lain masih tidur. Kjee masukkan jering dalam pressure cooker dan tak sampai 10 minit kemudian dah cukup empuk. Lepas itu Kjee tumbuk atau ketuk2. Kjee tak tahu kenapa mesti ketuk2 tapi mak buat, Kjee pun buatlah.

    Dalam masa tengah tumbuk jering, terkejut Kjee jumpa jering yang dua biji ni. Bentuk heart lah. Punyalah suka. Buah jering pun tahu nak berkasih sayang yer. Hehehe.

    Hari ini Kjee rasa masak lemak yang Kjee masa ini rasanya kureng sikit. Tak sama macam kat rest Minang Upik. Ohhh Kjee dah tau kenapa...tak bubuh daun salam. Kjee campakkan jer daun limau purut sebab daun kunyit pun tak der. kalau bubuh daun salam, aroma dia jadi lain.

    Hari ni nasib baik betul bila terjumpa udang tersorok dalam freezer. Ingatkan Kjee nak bubuh ikan bilis jer tadi. Kuahnya Kjee sengaja buat banyak2 sikit sebab Unclepali tak suka kalau masak lemak kedekut sangat kuahnya. Kalau kat restoren minang, dia orang buat lemak jering pekat2 ala2 rendang. Tak kisahlah.

    Jom intai resipinya.

    BAHAN2NYA:

    ½ kg jering tua
    cili api (ikut suka kepedasan)
    udang atau ikan bilis
    1 helai daun kunyit/daun salam (kjee guna daun limau purut)
    kunyit hidup (Kjee guna serbuk)
    ½ kg santan pekat
    1 keping asam keping

    CARA:
    1. Rebus jering sampai empuk. Kemudian diketuk.
    2. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan sedikit garam
    3. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan tumbuk dan jerang.
    4. Masukkan jering dan terus jerang. Jaga jangan pecah santan.
    5. Apabila sudah mendidih, perlahankan api, dan bubuh asam keping dan rasa garamnya serta bubuh pak aji kalau guna.
    6. Masukkan udang. Tunggu hingga udang masak barulah padamkan api.
    Citer Merapu

    255. Ini bukan merapu pagi Ahad

    Setiap pagi, sebaik sahaja online, Kjee akan pandang sepintas lalu blog Kjee dan juga wall Kjee di FB. Kalau mood elok, terus bagi salam di FB, kalau tidak, rutin Kjee setiap pagi adalah untuk melayari akhbar2 online. Yang menjadi pilihan Kjee ialah Utusan Malaysia, The Star, Kosmo dan Metro.

    Selagi tak baca 'paper' selagi itu, Kjee susah nak mulakan hari. Kjee tak faham kenapa masih ramai yang tidak baca paper. Termasuk anak dara Kjee sendiri walaupun dah berbuih2 Kjee menasihati. Awak tu student IPT. Apa gunanya kalau bijak akademik tetapi tidak tahu apa yang berlaku sekeliling kita. Nasihat ibarat mencurah air di daun keladi.

    Kjee mula baca paper sejak sekolah lagi. Masa itu, bapak bawak balik paper dari offis setiap petang,  kerana dia tidak mampu (dengan gajinya yang kecil), melanggan akhbar untuk keluarganya. Tetapi dia tahu nilai dalam akhbar yang harus diketahui anak2nya.

    Maka sejak itu membaca akhbar sudah menjadi rutin buat Kjee. Percayalah tanpa membaca akhbar setiap pagi, Kjee rasa hidup Kjee tidak sempurna. Tidak sangka rupa2nya habit membaca akhbar telah membawa Kjee ke alam surat perkhabaran yang lebih luas lagi.

    Kjee masih ingat sewaktu menghadiri temuduga sebagai wartawan di akhbar The New Straits Times pada tahun 1974. Tarikhnya 10 April. Kjee ditemuduga oleh Samad Ismail, seorang wartawan tersohor. Dia tanya Kjee, apa rutin awak setiap pagi. Kjee kata, sebaik sahaja bangun dari tidur, Kjee akan membaca akhbar.

    Pak Samad tahu itu jawapan cliche seorang budak yang baru hendak menjadi wartawan. Nak ambil hati orang surat khabar yang sedang interview dia. Kemudian Pak Samad tanya apa yang Kjee baca. Dan Kjee bagitaulah apa yang Kjee telah baca pagi itu.

    Kjee berjaya dalam interview itu. Kjee berjaya kerana Kjee pun pandai jugak kelentong. Pagi interview itu, Kjee tak sempat nak baca paper sebab terlalu excited hendak pergi interview di sebuah akhbar yang cukup besar. Akhbar orang putih.

    Tapi malam sebelumnya, Kjee telah menonton berita di TV. Masa itu berita hanya disiarkan di RTM. Belum ada TV3. Nasib baiklah otak muda ketika itu mudah menyerap apa yang kita lihat dan dengar. Kebiasaannya, kalau TV keluarkan sesuatu berita itu, akhbar akan menyiarkan benda yang sama keesokkan harinya.

    Tidaklah Kjee ketahui samada perbuatan Kjee itu suatu 'penipuan' atau 'kelentongan'. Atau apakah itu jugak sesuatu yang cerdik dan bijaksana? Only God Knows.

    Kemudian setelah menjadi wartawan, sudah pastilah hidup Kjee sentiasa dikeliling berita. Ibarat makan berita, tidur berita, main berita dan segala2nya berita.

    Sekarang ini Kjee sudah tidak melanggan sebarang akhbar lagi sebab Kjee berasakan lebih mudah membaca akhbar dengan menggunakan jari. Unclepali hanya beli akhbar di hari Ahad. Banyak rencana2 menarik di hari Ahad. Akhbar hari Ahad kami baca dari pagi sampai ketika hendak melelapkan mata. Begitulah banyak rencana menarik.

    Apakah bezanya membaca akhbar dengan melayari akhbar secara online? Banyak bezanya. Mula2 dulu Kjee kekok. Kjee berasakan lebih puas memegang akhbar dan menyelaknya lampir demi lampir daripada menekan jari jemari di keyboard. Kepuasannya lain. Tanyalah semua pembaca akhbar yang hardcore.

    Tetapi di zaman yang serba canggih ini, kita kenalah ikut jugak peredaran masa. Lama2 akan menjadi biasa. Samalah macam kita selalu hantar kad Hari Raya setiap kali musim Raya. Mula2 dulu rasa kekok bila dapat e-kad. Rasa macam tidak dihargai. Tetapi alah bisa, tegal biasa.

    The moral of my entry kali ini, luangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca akhbar. Semaikannya di minda anak2 kita pentingnya untuk ada general knowledge. Besarkanlah mereka sebagai manusia yang sentiasa mahu tahu perkembangan hidup di luar kepompong zon selesa iaitu rumah sendiri. Ajak mereka menonton berita setiap malam, Insya Allah tak sia2 usaha korang.

    Okay Kjee dah selesai baca akhbar online, sekarang nak masuk dapur siapakan bekfas penghuni rumah Kjee yang dikasihi.

    Beita dibawah ini ingin Kjee kongsi bersama anda. Kjee copy paste dari Kosmo Online. Nak tau seterusnya, belilah akhbar Kosmo Ahad, hari ini.

    Usah layan lelaki Afrika di Facebook

    PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.
    Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.
    "Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.
    "Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.
    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
    kjee dan artis tanahair

    254. Kenali Fauziah Ahmad Daud sebelum BOOO dia!!!!

    Hari tu Kjee dah janji nak noktahkan krtikan Kjee terhadap AF. Tapi malam ini Kjee tonton lagi bukan kerana teruja sangat hendak menonton konsert yang ntah apa2 tu tapi nak hiburkan hati melihat mereka kena TITIK kaw kaw oleh Fauziah Dato Ahmad Daud, Hattan dan juga bekas pengetua AF, Norman Abdul Halim.

    Konsert malam ini ia sememang tidak layak dipanggil konsert! Lebih layak jika dipanggil sessi karaoke bersama pelajar2 Akademi Fantasia! Mujurlah ini adalah sessi AF terakhir. Akan tiada lagi buat selama2nya!!! Yahooo!!

    Seharusnya Ogy Ahmad Daud diangkat sebagai Pengetua bukan Juri Profesyenal untuk Konsert Akademi Fantasia. Mungkin ada yang akan menempelak dengan mengatakan siapa Ogy untuk jadi Pengetua. Malah Juri pun dia tak layak sebab apakah selama ini dia telah membuktikan kehebatannya sebagai penyanyi?!

    Tetapi bila korang renung kembali, apakah jurulatih2 sukan se antero dunia semuanya pernah hebat bermain dalam sukan masing2 hingga layak ditabalkan sebagai coach. Begitu juga dengan Simon Cowell dan juga Randy Jackson, bukanlah penyanyi yang hebat. Tapi pembabitan mereka sebagai produser dalam industri hiburan, membuatkan mereka layak menjadi juri.

    Hah begitu juga dengan Fauziah Ahmad Daud. Kjee pernah menjadi kawan rapatnya satu ketika dulu. Sanggup melakukan segala2nya bersama. Malah, hampir2 Kjee kena tembak semata2 kerana seorang anak seni bernama Fauziah Ahmad Daud. Tapi itu dulu. Sekarang jarak hubungan antara kami sungguh jauh. Jadi, jangan ingat apa yang Kjee tulis mengenai Ogy berdasarkan kepada persahabatan yang telah kami jalinkan selama ini!

    Walaupun bukan seorang recording artiste yang berjaya, namun mungkin tidak ramai yang tahu Fauziah Ahmad Daud adalah seorang penghibur yang hebat. Korang tentu tidak pernah menyaksikan dinner shows nya. Suara sahaja tidak boleh menjaminkan kehebatan seorang penghibur. Ramai penyanyi terkenal tanahair tidak boleh menjadi penghibur yang hebat.

    Selain itu, Ogy juga seorang pelakon yang hebat. Sudah banyak award dimenanginya. Satu ketika dulu, ditahun 80an, setiap filemnya mendapat sambutan box office!

    Oleh kerana itu, Ogy layak mengeluarkan apa yang terbuku dihatinya ketika dia mengulas persembahan setiap pelajar AF. Ogy tidak ada western interest. Pelajar2 AF itu layak menjadi anak2 dia. Dan Kjee yakin, nasihat yang dilemparkannya itu lebih bersifat nasihat seorang ibu kepada anak. Bukanlah macam ada juri Antarabangsa yang berhati2 dalam memilih kata2 untuk dilemparkan kerana menjalinkan hubungan sulit dengan peserta di luar!

    Ogy yang Kjee kenal seorang wanita yang sangat ikhlas. Dia tidak tahu bermuka2. What You See Is What You Get. Wajahnya mencerminkan hatinya. Walaupun dengan sahabat karib sekali pun, tiada istilah menjaga hati. Kalau dia rasa dia betul, dia belasah saja. Dan itulah jugak yang menjarakkan hubungan antara Kjee dengan dia.

    Apapun, walaupun dua tahun lalu, Kjee pernah kecil hati dengan Ogy atas satu peristiwa yang Kjee langsung tidak duga akan dimarahi, namun Kjee tidak pernah memusuhinya secara profesyenal. Kjee percaya Credit Should Be Given When Due. Kalau Kjee rasa Ogy betul dan bagus, misalnya, ketika memberikan kritikan yang pedas dan bernas, Kjee sokong Ogy.

    Sedih Kjee bila ada yang boo Fauziah Ahmad Daud ketika dia memberi kritikan. Merekalah yang EMO bukan Ogy. Kalau Ogy tidak menjalankan tugasnya secara adil dan saksama, Kjee yakin ASTRO tidak akan mengundang lagi Ogy menjadi pengkritik. Tetapi dia masih dipilih untuk kesekian kalinya!

    bersama buah hatinya Siti Aishah
    Apakah penonton dan peminat AF suka kalau semua juri yang dilantik ASTRO hanya bagi komen yang bagus2 sahaja? Lihat sahajalah tadi. Hattan dan Norman juga tidak berikan komen yang baik kepada semua pelajar. TETAPI kerana Ogy mempamerkan perwatakan yang tidak bermuka2 maka macam2 kritikan dilemparkan kepadanya.

    Habis nak buat macam mana? Sekali lagi Kjee ulang apabila melihat Ogy, What You See Is What You Get. Ogy tak pandai menyembunyikan rasa hatinya.Dia nak sembur, dia sembur sahaja. Sesiapa sahaja, walaupun orang paling dekat dengannya. This you've got to believe!!!

    Go Ogy Go!!! Agaknya memang mereka yang bernama Fauziah, tulus dan ikhlas menyampaikan apa jua yang mereka ingin sampaikan walaupun The Truth Hurts!!!

    (THNX FENDI AMAN FOR THE PICTURES)


    Bersama Fendi Aman, peminat setianya di Spore yang memiliki lebih 200 gambar Ogy di FB nya.

    Saturday, April 23, 2011

    desserts/manisan

    253. Sagu Gula Melaka


    gula jawa (kiri) manisan@gula melaka (kanan)

     Ni dia sagu gula Melaka yang senang sangat buat. Untuk sirapnya Kjee campur manisan (gula Melaka) dengan Gula Jawa. Gula Jawa tinggal sikit saja. Ingat nak buat Buah Melaka so, Kjee gunakan sikit jer untuk resipi ini.

    Sagu Gula Melaka ni jarang dah orang jual. Kalau ada pun di restoren ataupun di hotel2. Jual mahal pulak itu! Sebab tu lah kena buat sendiri. Dahlah sedap dan murah. Gerenti bersih lak tu.

    Bahan2nya:
    1 cawan sagu biji
    4 cawan air
    gula melaka dijadikan sirap
    susu cair (Evaporated milk)

    Caranya:
    Mula2 masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sampai melegak dan gula tu cair. Sejukkan. Pastu rendam satu cawan sagu kira2 dua puluh minit.
    Selepas itu, jeranglah empat cawan air dalam periuk. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.
     Orang tua2 kata masak sampai dah tak nampak mata ikan pada sagu. Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Tak kisahlah bekas plastik ker kaca ker. Pastu sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
     Hah senang kan. Modal pun tak banyak.