Monday, May 21, 2012

Anak Seni

ADA KE TAK ADA LAGI, FIZZ?


Masih ON ke dah OFF - google



Beberapa hari lalu Kjee baca berita kononnya aktor Fizz Fairuz buat kenyataan dia akan mengakhiri zaman bujangnya bersama kekasihnya tidak lama lagi. Siapa tak tahu kekasih Fizz kan kalau bukan pelakon Almy Nadia.


Peliknya, Almy terkedu apabila ada wartawan call ucap tahniah ekoran kenyataan Fizz. Kenapa dia mesti terpinga2.

And then pagi ni, Kjee dapat jawapannya. Sila baca sendiri Kjee copy paste dari mStar Online.

PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz mengambil pendekatan meletakkan telefon sebelum berkata no comment ketika diajukan persoalan keretakan hubungannya dengan Almy Nadia.
Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 32, yang dihubungi mStar Online di sini Ahad, seolah-olah terkejut dengan kenyataan 'makan diri' sebelum ini yang pernah mendakwa dia mahu meminang kekasihnya itu.
"Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham," katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.
Tidak sampai dua minggu sejak Fizz Fairuz meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Almy Nadia, aktres itu pula tampil dengan kenyataan mengejut bahawa hubungan mereka kini di ambang keretakan.
Dalam kenyataannya kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad, Almy berkata hubungan mereka boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.
Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, juga dilaporkan sebagai berkata, aktor itu sekadar bercakap tanpa berfikir panjang.
Dia turut menyifatkan ia sebagai gurauan semata-mata mengenai hasrat untuk berkahwin kerana hubungan mereka kini berada di ambang perpisahan.
Almy dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 9 Mei lalu, mengakui sangat terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya itu berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.
Bagaimanapun, aktres berusia 26 tahun itu tidak dapat memberi sebarang reaksi kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai hasrat Fizz.
Dalam pada itu, Almy yang dihubungi pula tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.
"Tak nak komen... Saya tak nak komen apa-apa, boleh tak? Minta maaf sangat-sangat," jawab Almy.
Terdahulu, Fizz dilaporkan portal Rotikaya.com pada 8 Mei bahawa dia sudah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini.
Katanya, perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali daripada mengerjakan umrah pada Jun depan sebelum mereka menetapkan tarikh pernikahan.

Sunday, May 20, 2012

Jalan2 Cari Makan

AYAM BERIYANI MADU RESTORAN MAHBUB, BANGSAR




Petang tadi tetiba tekak teringin pulak nak makan nasi Briyani Bukhara di Restoran Mahbub Bangsar. Masa tu dah pukul 3 petang. Hujan lebat pertama kali di Sungai Pelong selepas kira-kira dua minggu. Rasa cukup nyaman duduk dalam rumah tapi lapar pulak.




Tanya Nadia, tanya Unclepali nak makan apa. Actually tak tanya. terus kata jom makan Nasi Briyani Bukhara. Unclepali tanya mana? Isyhhh macamlah tak faham2 kan. Mana nak dapat nasi beriyani Bukhara yang lebih hebat dari Restoran Mahbub. Bangsar. Kjee ulang Mahbub Bangsar bukan Mahbub Damansara Damai. Walaupun sama toke tapi rasanya tak serupa.

So kami ke Bangsar kira2 pukul 3.30 petang. Dalam hati, seronok jugak nak ke Bangsar sebab ada TMC. Boleh beli smoke salmon yang tak jadi beli kat Jaya Grocer pagi tadi.

Sampai Mahbub, Kjee ajak makan dalam restoran bukan di kaki lima restoran tu sebab DIY (Dato Ibrahim Yahya) kata, awas kalau makan kat luar. Taik burung gagak kering berterbangan!

Masuk ke restoran, Kjee intai2 sambil tanya waiter samada Bukhara ada lagi. Habis katanya. Aduh...punyalah kecewa. Tapi seperiuk briyani biasa baru masak. Jadilah. Dua briyani ayam madu untuk Kjee dan Nadia. Unclepali makan nasi campur.




Mujurlah Nadia cepat2 pergi amik sepiring bendi goreng yang sedap sangat sebagai starters. Taklah kecewa sangat. Bendi tu goreng biasa jer. Agaknya dilumur dengan garam masa goreng. Tapi sedapnya lain macamlah.

Kemudian Beriyani Ayam Madu sampai. Masa nak makan, Kjee ternampak seorang waiter bawak keluar satu tray udang halus goreng tepung garing. Cepat2 Nadia bangun pergi amik tanpa tunggu Kjee suruh.

Okaylah. Walaupun mulanya agak kecewa sebab Briyani Bukhara tak ada, namun kehadiran bendi dan udang goreng selamatkan keadaan. Memang hati Kjee Kjee dah macam tahu yang Bukhara habis. Maklumlah hari minggu. Orang mesti ramai jamu selera masa lunch time.

Lepas makan singgah TMC nak beli Smoke Salmon. Alamak...tak ada! Kecewa lagi!!

Unclepali kesian dan ajak gi Jaya Grocers kat Damansara Tropikana. Wajah Kjee kembali ceria. Dapat beli smoke salmon, corned beef, beef luncheon dan juga fish fillet ala2 Mc Donalds. Perut dah kenyang so apa yang beli tadi for tommorrow. Hehehe.


Info Berguna

APA ITU MINYAK KASTURI SYIFA'








Kjee mula2 diperkenalkan kepada minyak Kasturi Syifa ketika sarapan pagi dengan Mazidul Akmal dan keluarganya di Kota Damansara beberapa bulan lalu. Kjee tak sangka dapat hadiah minyak itu dari Mazidul.





Sampai rumah macam biasa, Kjee letak elok2 minyak itu atas rak (sebab tak boleh langkah) dalam bilik. Minyak tu duduk diam saja sampai banyak minggu lah. 

Kemudian satu hari Kjee tak sihat. Bila tidur jer, Kjee akan mengigau dan bangun sambil seakan histeria. Unclepali call Mazidul sebab beliau pernah beritahu ada sahabat yang ada ilmu dalam bidang2 misteri ni. Kalau tak silap Kjee nama sahabatnya tu, Ustaz Musleh, usahawan Minyak Kasturi Syifa.

Sebaik sahaja dengar cerita Unclepali, Mazidul tanya dah guna ke minyak Kasturi Syifa seperti yang dia sarankan hari tu. Unclepali cakap belum lagi. Berjela2 jugak kot Unclepali kene leter dengan Mazidul. Hehehe.

So tanpa buang masa, malam tu Unclepali sapukan minyak pada sendi2 Kjee, kumat kamit baca apa yang Kjee tak pasti, Kjee pun tidur nyenyak. Masa Kjee tidur, Unclepali pun tidur sebelah. Kemudian tanpa pengetahuan Kjee, dia bangun. Kakinya bagai direntap2.

"Dalam hati saya kata, kalau kau kacau aku lagi, siap kau!" kata Unclepali pagi esoknya pada Kjee.

Malam tu, Unclepali dah tak mau buang masa. Selama ini apabila Kjee kata ada rasa macam ada yang tak kena masa tidur malam, dia selalu kata itu hanya imaginasi Kjee. Bila dia dah kena, baru dia tahu!

So malam itu, lepas solat Isya', Unclepali ambil botol plastik spray (yang kita guna untuk spray baju ketika menggosok). Dia isi dengan air Zam Zam. Kemudian Unclepali titiskan sedikit minyak Kasturi Syifa di dalam air Zam Zam tu. Kemudian dia spray muka Kjee (masa nak tidur) dan seluruh bilik termasuk bantal dan katil. Kemudian baru tidur.

Dia lakukan yang sama tiga malam berturut2. Lepas tu sampai ke hari ini, Unclepali tak pernah spray lagi. Oppps ada sekali dua dia spray apabila mata Kjee terbeliak tak nak tidur.

Sekarang ini dah jadi rutin Unclepali setiap malam dia akan pasang bacaan ayat Quran, Ayat Manzil dan Rukyah pada tab Kjee. Panjang sangat bacaan itu. kekadang Kjee dah terlena, jaga semula pun masih ada. Alhamdullilah dengan izinNya, Kjee dah tak stress lagi. Tidur nyenyak macam baby yang kekenyangan susu.

Minyak Kasturi Syifa ini adalah satu ikhtiar perubatan Islam. Ia sebagai doa Perlindungan diri daripada sihir. Kalau korang beli minyak ini, korang akan diberi satu copy cara menggunakan minyak ini termasuk ayat2 yang perlu dibaca.

Ibu minyak ini telah dibaca dan dikhatamkan 30 juzuk Al Quran lebih 32 kali. 

Jin2 tidak menggemari tempat yang kotor dan berbau. Minyak yang telah dibacakan doa berserta ayat2 Quran, Insya Allah tidak akan disukai makhluk2 halus.

Untuk mendapatkan minyak ini, sila hubungi stokis PUAN LIN 012 6277 300. Harganya RM35 sebotol. Tetapi Puan Lin tidak ada di tanahair buat masa ini. Cuba hubungi beliau 10 hari dari sekarang. Kalau ingin cepat mendapatkannya, sila hubungi Mazidul Akmal Sidek di facebook.


Saturday, May 19, 2012

Jalan2 Cari Makan

MAKAN2 DAN BIRTHDAY ANAK MAZIDUL DI GROUP BASE


Birthday boy Afif (kanan). Foto ehsan FB Mazidul.


Semuanya sedap



Apabila Angel Wong call dua hari lepas ajak Kjee dinner on Saturday nite, dia turut beritahu Mazidul Akmal dan keluarga akan turut sama. Tak sangka Kjee, hari ni pulak jatuh pada hari jadi ke-14 anak bujang Mazidul, Mohd Afif Faiq.

Lepas makan2 dan borak2 dengar cerita Mazidul ke China, kek hari jadi Afif dibawak masuk. Ini surprise, kata Angel. "Saya banyak suka surprise. Saya selalu buat surprise," kata Angel lagi.

Tadi kami menjamu selera di Restoran Group Base (sekarang dah tukar jadi Thai Base), Sri Damansara. Punyalah ramai orang. Mujur Angel dah buat reservation awal. Kalau tidak pasti kami kena tunggu hingga dua jam untuk makanan sampai.

Kawan2 Kjee yang tinggal di Sri Damansara pernah beritahu Kjee supaya cuba makan di restoran ini tetapi Kjee seringkali tidak kesempatan. Khabarnya mi kari di sini terbaik. Anyway, tunggulah Kjee cuba. Ketika menyelak2 menu, Kjee ternampak ada jual Laksa Johor. Hmm mesti datang lain kali cuba.

Terima kasih Angel Wong dan suaminya belanja kami tadi. Bulan depan giliran Kjee pulak jadi hos. Hehehe.

The lovely ladies
Jejaka yang macho
Hos kali ini Angel dan Chai. Anak bujang mereka Caleb not in picture sebab sibuk amik gambar.


Anak Seni

SUPER SPONTAN SEIRAS WHO'S LINE IS IT ANYWAY?





Dah banyak minggu dah rancangan Super Spontan muncul di Astro Warna. Tapi macam biasalah, malam tadi baru kali kedua Kjee tengok. Sibuk memanjang opppss lebih menyibuk dari sibuk, sebenarnya.





First time Kjee tengok, Kjee rasa ada satu rancangan yang hampir sama tapi tak serupa terbitan teevee omputih Star World. Sekarang dah tak ada. Unclepali punya rancangan favorite tu. Bila dia tengok Kjee dok fikir rancangan apa, terus dia jawab Whose Line Is it Anyway?

Ya betul. Rancangan Super Sponton dibuat dengan konsep hampir sama. Kjee tak pasti samada ada tulis kat situ ia copy sedikit sebanyak dari rancangan Who's Line Is it Anyway? Cuma Kjee rasa macam nampak ada 'credit' diberikan kepada Afdlin Sauki. Whatever lah!

Anyway, Kjee dan Unclepali suka sangat rancangan tu. Unclepali yang memang hantu tonton rancangan2 omputih berbentuk stand up comics, cukup puji pelawak2 Malaysia.

"Ramai pelawak kita hebat. Dulu saya ingat stand up comics cuma terer dibuat oleh pelawak asing," kata Unclepali. "Walaupun hampir sama dengan Who's Line Is it Anyway?, namun Super Spontan dibuat cara pertandingan. Itu lainnya SS dari rancangan omputih tu."

Hmm kalau Unclepali puji pelawak Malaysia, maknanya betullah tu mereka hebat. Kekadang menyampah jugak apabila Unclepali asyik kata pelawak omputih hebat.

Stand up comic di Malaysia sebenarnya mendapat perhatian ramai sejak Nabil muncul sebagai juara Raja Lawak. kalau dulu2, Kjee rasa ada jugak. Misalnya Jamali Shadat. Tapi zaman dia dah berlalu. Masyarakat Malaysia tidak kira bangsa dan usia nampaknya boleh terima lawak Nabil, Johan dan jugak Zizan.

Malam tadi Kjee rasa kumpulan Beruang Comel lebih bagus dari Angsa Ganas. Kjee tak berkenan langsung si Suhaimi tu. Begitu jugak dengan Nana yang 'lebih kayu dari kayu!'. Harus Angsa Ganas cari jalan usirkan kedua2nya sebelum kumpulan itu terusir.

Kjee suka Adibah Noor dan Harun Salim Bacik. Paling menyampah Amir. Tak payah adelah. Menyemak jer. I'm sorry.

semua gambar kjee google je


Friday, May 18, 2012

Chenta Hati

MY LATEST LOVE

Ini chenta hati terbaru kita. Samsung Galaxy S Advance. Tadi beli di Low Yat. Baru seminggu cecah pasaran Malaysia.. Harganya? Hmm dalam lingkungan RM1xxx.00. Check lah sendiri kat Low Yat yer. Hehehe

 Hadiah dari seorang sahabat yang dikasihi. Terima kasih banyak2.

Kjee suka sangat. Tak suka yang canggih2 macam Nadia punya - Iphone4S. Nanti bertahun tak khatam
belajar guna.


Sedih berpisah dengan Sony Ericsson yang banyak berjasa





desserts/manisan

SEDAPNYA!!!

Ni saja nak tayang desserts yang Kjee makan dua hari berturut2. Hancuslah diet ku!










Yang ini Coconut Ice Cream di Gardens, The Curve. Unclepali bawak Kjee gi wash eyes kat Daiso dua hari lepas. Pastu singgah lah pulak kat Gardens. Tapi, dessert ice cream ni Kjee share ngan Unclepali. Ais krim kelapa. Sedap.



Dan semalam, Kjee ke Alexis Bistro, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, jumpa seorang sahabat for hi tea. Lasagne dia memang out of this world. Mahalnya ya amat2 tapi rasa memang pengsan! Tapi sayang seribu kali sayang, lupa nak amik gambar. Insya Allah akan pergi lagi dalam masa terdekat bawak Unclepali.

Dan ini dia Pavlova yang sedap sangat2. Kjee pernah makan Pavlova pemberian seorang kawan beberapa tahun lalu. Tapi Kjee tak minat sangat sebab rasanya macam tak kena dengan tekak Kjee.

Tetapi semalam apabila sahabat Kjee kata Pavlova tu sedap dan harus cuba, Kjee pun orderlah. Hmmm tak perlu kata apa2...Senyum...

Thursday, May 17, 2012

Anak Seni

TIADA ANGIN TIADA RIBUT

Baru sebentar tadi Kjee baca Utusan Malaysia, pemain bolasepak fofular, ntah apa nama, dia nak rujuk kembali dengan isterinya aktres Rita Rudani. Kemudian muncul pulak kisah aktor seorang ni.




Hmm ini Kjee copy paste dari mstar kalau korang belum tahu.

Ady Putra Sah Fail Cerai
Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.
PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

Wednesday, May 16, 2012

ayam

NASI BRIYANI...KENAPA MESTI MAHAL SANGAT?


Briyani Bukhara di Rest Mahbub Bangsar


Kjee cukup pelik lah. Kenapa nasi briyani di jual mahal sangat! Rempahnya bukanlah diimport dari luar negara. Kalau import pun tak kanlah mahal sangat kan?


Walaupun mahal tetapi Kjee memang cukup suka makan nasi briyani. Dalam sebulan tu, adalah tiga atau empat kali kami pergi makan. Tak kesahlah ke gerai ataupun restoran. Kalau tekak dah teringin tu, harga tolak tepi.

Dulu kami suka sangat makan Nasi Bukhara kat Restoran Mahbub, Bangsar. Harganya sekitar RM11.50. Itu pun Kjee kata dah mahal. Tapi rasanya memang berbaloi dengan harga yang kita bayar. Boleh dikatakan Briyani Bukhara Restoran Mahbub, the best I've ever tasted!

Lepas itu, Kjee cuba makan nasi Arab. Mula2 pergi Wadi Hadramawt di Jalan Ampang. Kemudian setelah discover Restoran Saba, Kjee dah tak pergi lagi makan nasi Arab ala Yemen di Wadi Hadramawt. Sebabnya pasti korang dapat agak. Makanan di Restoran Saba lebih sedap dan murah.

Briyani Daging gerai Batu Pahat Power
Dalca Briyani Batu Pahat Power

Acar rempah Briyani Batu Pahat Power


Semalam, Kjee pergi kali kedua ke gerai briyani Batu Pahat Power di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh. Kali pertama pergi, Kjee rasa sedap. Acarnya yang dihidangkan mentah tapi bukan ala2 jelantah. Macam ada masam2 sikit (masam mayonaise?).

Kjee dan Unclepali order Nasi Briyani Daging. Masa first time pergi makan Nasi Briyani Ayam. Rasanya mestilah okay kalau tidak takkan kami pergi kali kedua kan? Tapi semalam dia orang hidang acar timun berempah. Stail Johor kot. Tapi Kjee lebih suka yang mentah hari tu.

Masa Kjee berjalan ke kereta, Unclepali kata nasi briyani tadi RM12 sepinggan. Mak oii...tahap gerai tepi jalan jer!

Agaknya orang yang jual nasi briyani ni, saja ambil kesempatan jual mahal sebab kononnya Nasi Briyani dalam golongan makanan eksklusif. Modal tak banyak tapi boleh jual mahal ikut suka berapa dia nak letak harga!

Nasi Arab pun macam tu jugak. Satu pinggan paling murah pun RM17. Kalau kat Restoran Saba, dihidangkan dengan dalca (yang sangat enak) dan sambal bawang blend dengan tomato. Tapi kat Wadi Hadramawt letak semata2 apa yang kita aorder (misalnya Lamb Mandy) di depan mata. Harga dalam lingkungan RM20 (kot. dah lupa).

Hmm lain kali nak ke Restoran Mahbub makan Briyani Bukhara. Sedap dan puas hati dengan hidangan dan harga. Tapi masalah kat Mahbub ni, kalau lambat jer, Briyani Bukhara dah habis. Tapi Nasi Briyani ayam Madu dia pun power. Check it out here.

Chicken Hanith di Rest Saba

Lamb Maghout di Wadi Hadramawt

isu semasa

HAPPY TEACHER'S DAY


isu semasa

PUNCA RAMAI MAHASISWA MENGANGGUR



Tadi Kjee baca berita dalam The Star, yang mungkin akan merisaukan ramai fresh graduates. Ia mengenai sebilangan majikan yang tidak begitu gemar mengambil graduan2 yang tiada pengalaman bekerja. Mengambil mereka akan meningkatkan kos syarikat kerana mereka perlu dilatih.


Masalah ini bukan sesuatu yang baru. Dari zaman Kjee melangkah ke alam pekerjaan 40 tahun lalu, ia sudah timbul. Kjee ingat lagi bagaimana ramai merungut apabila kembali dari temuduga untuk kerja.

"Dia orang (majikan) mahu orang yang ada pengalaman. Kalau saya tidak diberi peluang menimba pengalaman itu, bagaimana saya boleh ada pengalaman." Rata2 itu luahan hati ramai 'pencari kerja' ketika itu.

Kjee ingatkan dengan senario pembelajaran sekarang yang serba serbi moden dan canggih (berbanding dengan zaman Kjee dulu), tiadalah lagi rungutan seperti itu. Ramai graduan IPTA/IPTS dan juga kolej telah dilengkapkan dengan pelbagai latihan amali sebelum mereka tamat belajar. Tetapi nampaknya masalahnya masih sama.

Kjee berpendapat, masalah ini harus dipandang serius oleh semua mahasiswa. Cari punca segala kelemahan diri (atau sistem) sebelum korang keluar ke alam pekerjaan yang cukup mencabar.

Masalah ini lebih merunsingkan wahai PEMIMPIN PELAJAR daripada isu2 remeh seperti mahu menghapuskan PTPTN!

Korang baca pandangan yang dilontarkan dalam berita di The Star Online ini.

Employers: Fresh graduates not suitable and are ‘liabilities’


KUALA LUMPUR: Employers consider fresh graduates liabilities as many require additional training before they can perform.
Companies would rather hire experienced and skilled professionals who can bring instant returns, said Kelly Services marketing director for Singapore and Malaysia Jeannie Khoo.
She said employers felt many fresh graduates lacked communication skills and had poor English and needed to improve before they could add value to the business.
“This means additional costs for the company. Employers are looking for people who can hit the ground running,” she said after launching the Kelly Services Professional and Technical Salary Guide 2012 here yesterday.
Khoo said the 27 polytechnics in the country generated thousands of skilled workers every year but many of them needed to be retrained by their employers.
She advised fresh graduates to be less choosy and to have realistic expectations on salary and remuneration.
“You are unlikely to earn RM3,000 in your first job.
“Be willing to learn. If you are offered an internship, take it,” she said.
Kelly Services Asia Pacific head of professional and technical, Mark Sparrow, said demand was growing for professionals with experience and niche skills.
He said there was a global shortage of talent in specialised areas of engineering, accountancy, technology and financial services.
“There is high demand for engineers, especially in the Asia-Pacific region, such as Indonesia and Thailand which are rebuilding their cities following natural disasters,” he said.
He added the “hot jobs” in Malaysia included risk management specialists, construction and environment engineers, software development specialists and marketing and sales personnel who are fluent in English.