Saturday, May 28, 2011

394. Best Briyani Bukhara In Town!


Nasi Briyani Bukhara Ayam

Nasi Briyani Bukhara Kambing


3 periuk briyani setiap hari!
Dah banyak tempat Kjee cuba makan Briyani Bukhara. Tetapi Kjee rasa yang paling sedap setakat ini di Restoren Mahbub, Lucky Gardens, Bangsar Park, Bangsar. Restoren itu betul2 berdepan dengan Bangsar Village. Sederet dengan CIMB.

Aroma Nasi Briyani Bukhara terlalu mengancam. Kalau ke sana di bulan puasa, punyalah siksa masa menunggu azan untuk berbuka. Especially, kalau sepinggan Nasi Briyani Bukhara sudah terhidang depan mata!

Lauk pauk dari India Utara
Nasinya cukup lembut, rasa dan aromanya tidak dapat diceritakan melainkan makan sendiri! Briyani Bukhara seakan Nasi Beriani Gam. Cuma datangnya dari negara Timur Tengah kot. Ntahlah Kjee Geografi dan Sejarah tak pernah pas!

Reston Mahbub hanya menyediakan Briayani Bukhara pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau nak rasa kena datang siang. Sebelah malam kalau nak makan, kena doa lebih2 dari rumah sebelum keluar, agar makanan tu tak habis didjual. Mereka menyediakan 3 periuk besar sehari dan habis menjelang petang.

Selain daripada Nasi Bukhara, ada juga Nasi Briyani Ayam Madu mereka yang famous sejak awal 70-an dulu. Briyani Bukhara ini baru sahaja diperkenalkan di restoren ini. Dulu office Kjee kan kat Bangsar. Masa itu manalah kedai mamak popular lagi. So Mahbub lah menjadi pilihan kami. Sekarang pun ramai lagi budak2 NST masih berkunjung ke restoren ini.
Ayam madu yang famous

Ada kawan wartawan Utusan yang pergi Ke India dan tetap kata Nasi Briyani Bukhara Mahbub tidak boleh ditandingi! Wallahualam.

Kalau ke Mahbub, memanglah Briyani Bukhara menjadi pilihan kami tiga beranak. Tapi hari ini, hanya Unclepali dan Nadia sahaja yang makan nasi briyani. Unclepali order Bukhara Ayam (RM11.50) sementara Nadia order  Bukhara Kambing (RM13.50). KJee ternampak pulak roti canai (RM1.20). Terus order sekeping, banjir. Pastu order ayam Madu sepiring (RM5.50).

Pelbagai jenis air termasuk lassi yang nyaman
Nasi Briyani Nadia seperti biasa gagal dihabiskan. So Kjee dan Unclepali pun tumpang jugak portion Nadia. Puas hati betul makan kat situ. Kenyanglah sampai ke malam.

Kalau datang sebelah malam, mereka juga menjual nasi Dalca yang sedap sangat! Nasi putih pun turut dijual dengan pelbagai jenis lauk pauk dari India Utara yang cukup menyelerakan!

Masalahnya, satu sahaja kalau nak pergi situ. Tak der parking. Sekarang kedai kat corner yang dulu jual pizza dah jadi Hailam Kopitiam. Maka lagi susahlah nak cari parking. Tapi memang berbaloi menunggu dalam kereta sehingga ada parking.

Kjee bagi 4½ bintang untuk makanan yang mereka jual. Servis bagus dan pantas. Eh senang ker nak dapat 4½ daripada markah penuh 5! Tadi kami kena bayar RM36.50 untuk makanan tiga beranak. Tak mainlah makan free tau. Hehehe

Chicken Briyani Bukhara

4 comments:

  1. Salam kak jee.Kami sekeluarga pun sama macam kak jee suka dgn nasi briyani mehbub.Dah bertahun-tahun kami berkunjung kerestorant mereka dan tak pernah jemu.Dari anak-anak kecil sampai sekarang dah masuk umur awal 20an,kmi masih jadi pengunjung setia restoran tu.memang sedap.kami suka ayam madunya yang simple.Saya nak bagi 5 bintang la kak jee sebab memang suka makan kat situ.Smalam baru kami bercerita nak gi makan nasi briyani mehbub.

    ReplyDelete
  2. Mahbub lah Puan Ros bukan Mehbub. Mehbub tu pelakon lama Bollywood. Hidup lagi ke dia sebab lama dah tak tgk dia berlakon. Kjee tak naklah bagi 5 bintang sebab nanti ada yang kata Kjee ada share kat restoren tu. hehehe

    ReplyDelete
  3. kjee...fda selalu makan di kedai pizza yg letak kat corner tu,makanan kat situ boleh thn sedap juga dan harganya sgt berbaloi, tp sedih la pulak dgr kjee kata kedainya dah bertukar rasa dan rupa!..hmm rasanya thn lepas ada kami pergi tp ada lg kedai tu...nak citer, fda mmg perasan restoran mahbub nie, teringin nak masuk makan, tp x tau yg restoran nie mmg sedap2...isyhh ruginyer x masuk mencuba..apapon TQ atas info kjee tu...insyaallah pasnie ku redah jua!..hihihi

    ReplyDelete
  4. hi kak jee....saya memang suka makan nasi arab nih tapi belum pegi lagi SABA...yg saya pegi kat zamzam shah alam, sahara tent shah alam, wadi haidramawt ampang dan haidramawt raja chulan...memang mahal kan?...nak pegi SABA pulak nanti sbb kakjee rekomen hehe
    Nanti saya cuba nasi bukhara kat restoren mahbub ni macam menarik jer.
    senang2 tu singgah la yer blog saya yer kak jee kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehehehe....actually kakjee dah follow saya dolu2 hehe thanks

    ReplyDelete