Semalam Unclepali beli Tepung Pelita di Pasar Juadah Paya Jaras. Lima biji RM2. Memang sedap sangat. Nadia habiskan 4½ biji, Bakinya Kjee makan. Hmmm sedihkan...demi anak, dapat rasa sikit pun tak kesah.
So pagi tadi masa melayan FB, Kjee ternampak posting Rina Mohd Dom. Dia bagi resipi Tepung Pelita. Amboi sukanya Kjee sebab dah tak perlu pergi google cari resipi kengkawan bloggers masakan.
Apabila Kjee amati resipinya, semua bahan2 ada di rumah termasuk air daun pandan yang Unclepali tolong Kjee blend dua hari lepas dan simpan dalam freezer. Tetapi Kjee agak was2 tengok bahan2nya. Guna hanya 1 cawan tepung beras tapi sampai 7 cawan air. Isyhh biar betul ni Rina.
Anyway, Kjee yakin resipi Rina tu betul. Takkanlah nak tipu kan? Lainlah kalau resipi dalam majalah. Maaflah, Kjee dah selalu terkena.
Apabila siap tadi, Kjee simpan dalam fridge. Kjee guna gelas kecik dan satu bekas pyrex. Daun pisang berlambak belakang rumah tapi Kjee tak ada masa nak buat sampan sebab nak rush jemput Nadia dan hantar dia ke hospital.
Dan sebaik sahaja azan Maghrib tadi, selepas doa dan jamah sebiji kurma, of course lah Tepung Pelita yang Kjee capai. Malaslah nak cakap. Kalau korang tak buat memang rugi sangat2. Semua bahan2 cukup. Lapisan hijau bawahnya cukup manisnya dan lapisan santan atas cukup masin!!
Terima kasih Rina. Lepas ni dah tak beli lagilah Tepung Pelita.Jom kita intai bahan2nya.
TEPUNG PELITA
sumber: Rina Mohd Dom, Kajang
Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan (Kjee blend daun pandan. Airnya Kjee sukat)
sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi)
Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang. Tepikan.
Lapisan Putih (Santan)
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung (Kjee guna 1 sudu)
7 cawan santan (Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan)
½ sudu kecik garam
Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
Sedap sangat2!! Betul2 melt in the throat! Kalau tak suka lemak sangat lapisan atas, boleh kurangkan santan dan lebihkan air. But I like!!!


























