Friday, January 28, 2011

12. amalanku turun temurun



sebilangan besar korang kan mesti tak dapat agak usia kjee. ada yang kata kjee lewat empat puluhan, ada yang kata tak lebih 50 tahun. apapun orang teka, kjee hanya senyum. kjee tak kata apa2 pun sebab nanti kalau kjee mengaku, menipu jadinya. so dosa kan?

nadia yang ajar kjee supaya senyum jer. dia kata oklah camtu. mama tak kata mama umur 45. orang yang kata. so biarkan je. ooo korang nak sangat tahu umur kjee ker? nampaknya kjee kenalah buat peraduan. sapa menang dapat hadiah makan malam bersama kjee. ehhh gurau jer lah. tapi kalau nak dinner ngan kjee no hal. korang belanja ker kjee belanja pun no hal. tak miskinlah kjee kalau belanja awak kan.

dulu masa mula2 kahwin ngan unclepali, ada yang tak percaya beliau lebih muda dari kjee. actually banyak tahun dia muda. tapikan orang kata kenapa unclepali nampak cam seusia jer? mungkin kerana penampilan dia maka dia nampak seusia. atau apakah kjee ni terrer 'mandrem' maka seri muka orang muda kjee dah transfer ke muka kjee. ehh seram lak.

demi allah, kjee tak der amalkan amalan sesat cam tu. esok lusa ntah...ewahhh kahkahkah. dah tua nak mampus baru nak cari ilmu cam tu ker? isyhh tak der masa lah. kjee pegang kata2 arwah ibu...jangan sesekali cari ilmu bagi laki kita bodoh atau ikut cakap kita. tak cium bau syurga. menurut arwah mak, mahu ke kita tengok suami kita bodoh? kita mesti nak tengok suami kita cerdik kan? itu amanah arwah mak yang kjee pegang sampai today. insya allah.

korang pun ikutlah yer kalau kita buat baik pada suami kita dan sentiasa meletak dia tinggi daripada taraf kita, insya allah akan terpacar seri wajah kita dan sentiasa awet muda. percayalah...tapi...hah ada tapi tau....kalau suami kita pun perangainya baik dan layan kita sepatutnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak2nya. kalau kita baru nak bukak mulut, sepak terajang yang sampai, baiklah korang gostan cepat2.

lagi satu untuk muka nampak berseri2 dan insya allah awet muda, kjee amalkan setiap kali cuci muka, tak kisahlah lebih daripada 5 kali (wajib ketika amik wuduk 5 kali sehari), jangan sesekali mengelap muka kita. cukup sekadar menyapu muka dengan tangan kanan jer sampai air tu kering. ada cerita kononnya air itu yang akan masuk ke dalam rongga kulit muka dan buat muka kita basah dan lembab. kalau basah dan lembab, susahlah nak ada kedut.

seperkara lagi (tapi skrg kjee dah tak buat), kalau pakai kain batik (anak2 perempuan), jangan sarung dari kepala. sarung dari kaki. kalau sarung dari kepala, seri muka nanti kena tutup. orang lelaki tak mengapa. last sekali, malam2 anak dara tak leh mengadap cermin lama2. kan anak dara suka picit tu picit ni kat muka depan cermin malam2 sebelum tido) nanti cermin tu akan amik seri muka kita. ntahlah kjee tak percaya tapi arwah mak kata, ikut jerlah.

bagi kaum ibu pulak, kalau masak, jangan sesekali suruh pembantu rumah perah kelapa amik santan atau perah asam jawa untuk kita memasak. kita kena buat sendiri. mak kata air tangan kita tu lah yang buat suami kita dan anak2 sayang kita. kalau maid yang buat, maka akan beralih kasih sayang suami dan anak2 kepada maid. sanggup ker? begitu jugak bila mencuci beras. kain baju biarlah maid buat. itu tak de pantang larang. jangan dia sorokkan seluar kecik laki kita sudahlah kahkahkah. eh jangan ketawa. adik kjee pernah jumpa seluar kecik suami dia yang belum di cuci dalam beg maid dia, masa maid dia nak balik indon. hahaha sapa nak jawab?

lagi satu, jangan makan makanan lebihan anak2 kita. simpan  dalam peti ais kalau masih boleh makan atau buang. kalau kita makan, nanti kita kena ikut cakap anak2. percayalah.. selalunya kalau kita bagi anak2 makan, lebihnya kita ngap lak. tak elok rupanya.

selain amalan2 yang tak seberapa tadi untuk mengekalkan wajah berseri2, untuk eratkan kasih suami dan anak2,  kjee pun ada macam2 amalan lain. amalan ini mungkin tak der makna pada orang lain tapi kjee amik berat pada keluarga kjee sendiri.macam orang tua2 kata jangan menyabung ketika meniarap (meniarap sambil angkat kedua belah kaki). kononnya mak bapak tak panjang umur.

tapi amalan kjee yang tak pernah kjee tinggal sejak dari darjah satu ialah doa keluar rumah yang juga digunakan sebagai doa naik kereta. bunyinya camni: 'SALAMUNG QAULAMMIR RABBIRRAHIM'. arwah bapak ajar kami sejak kami kecik lagi. ayat itu ada dalam surah yassen. ada cerita di sebalik ayat tu.

masa kjee kecik dulu, kami tinggal di teluk anson (skrg teluk intan). ada satu orang tua yang cukup alim. nama dia pak sahak (arwah). dia yang suruh bapak kjee amalkan. dia guna ayat ni setiap hari sebagai pelindung diri. satu hari dia kemalangan bersama 3 kawan lain. semua meninggal kecuali dia. kereta tu remuk tapi satu calar pun tak der di badannya.

dan ini pengalaman kjee. enam tahun lepas, kjee bawak kereta menuju ke hulu langat. masa tu kul 2 petang. kjee baru lepas makan dan mengantuk sambil drive. nadia tidur sebelah. tetiba kjee rasa mengantuk sangat. dalam hati kjee kata nak berhenti sekejap tido tepi jalan. tetiba kjee dengan bunyi horn kuat. kjee bukak mata. ada lori pasir 20 tan datang menuju ke kjee. rupanya kjee dah masuk lane dia. jalan kampung lak tu. ada dua lorong jer!

rupa2nya kjee dah tertido sambil drive!! orang kata kalau kita drive pastu mengantuk dan kita terfikir nak berhenti tido, sebenarnya kita sudah lelapkan mata seketika. wallahualam.

kjee panik nampak lori itu menuju terus kearah kjee. kjee swerve steering ke kiri. lori tu slow tapi langgar sebelah kiri kereta kjee. kjee brek dan berhenti di tepi. kjee tak luka apa2 hanya lengan kanan terhentak pintu kereta. drebar lori tu datang tengok kjee masih hidup, dia terus blah.

kjee call unclepali suruh jemput. nadia dah menangis cam histeria. pastu kjee call adik bongsu kjee nama fazilah. first thing dia tanya, kau baca tak salamung? kjee kata baca.

pastu bila unclepali datang, dia call towing truck. budak towing truck tu datang. dia bisik kat unclepali. dia kata heran macam mana kjee boleh hidup sebab hampir semua accident kawasan itu, mangsanya tak pernah selamat!!!!

so kjee tak payahlah nak explain panjang lebar. ajarlah ayat pendek tu pada anak2, adik2 dan sesiapa saja yang kita sayang. tak banyak baitnya samalah panjang dengan bismillahhirahamniirahim jer.

cukuplah setakat ni kjee bebel di hari jumaat ni. nak kena masuk dapur sediakan makan tengah hari. harap2 amalan kjee boleh jadi amalan anda semua. insya allah.

34 comments:

  1. Tq KJee sbb sudi share. InsyaAllah akan sy amalkan.. :)

    ReplyDelete
  2. saya suka baca post kjee yg nie...byk nasihat..amalan..petua..yg berguna...dan apa yg kjee cete tu samalah ngan amalan mak saya...kadang2 bila kita fikirkan tak logik..tapi itulah yg diamalkan org2 tua dulu..luv u kjee...:)
    norliza has

    ReplyDelete
  3. kak gee : syukur alhamdulillah kak gee tak apa2.ok, zam akan amalkan ayat tu sebelum keluar rumah. Tapi yang kelakar nyer seluar kechik tu..ahahahahahaaha..tapi memang betul kan, kena jaga....mak zam pun selalu marah sebab zam suka sangat "tayang"/jemur seluar kechik zam kat luar...sekarang dah jemur kat dalam bilik jer..heheheehehehehehehee..anyway, nice stories..ok zam nak gi sembahyang jumaat....bye sis..chat with you later

    ReplyDelete
  4. em seronok bc post kakjee yg ni..satu lg petua yg kita bleh kongsi bersama- kalo nak cr parking atau nak lintas jln byk keta atau ader masalah pe2,cr brg hilang ker, disamping bc cm kakjee ckp tu kan..kita jugak selalu bc - IHDINASSIROTOLMUSTAQIM..dlm surah al fatihah..insya Allah, Allah akn selalu menolong kita..aminn..- liza anuar

    ReplyDelete
  5. tQ kakjee share kan ilmu ni..akan saya ajar pd anak2 dan suami..juga utk diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. tQ kjee..semestinya akan di amalkan:)

    ReplyDelete
  7. Thanks Kjee,
    Amalan yg baik dan mudah di ucapkan.

    ReplyDelete
  8. ma kasih kjee amalan yg baik ....norasmah

    ReplyDelete
  9. thanks kak gee..... amalan yg baik.

    suke baca tulisan kak gee....

    ReplyDelete
  10. thanks kak gee....
    amalan yg baik utk d amalkn...

    suke baca tulisan kak gee...

    ReplyDelete
  11. Bagus kak jee...saya pun suka gak amal ayat2 gini....

    ReplyDelete
  12. saya akan amalkn petua k.jee nie

    ReplyDelete
  13. insyaallah segala amalan yang kau beri ni aku akan ikut. Perkahwinan yang baik tak terletak pada umur atau kaya dan miskin seseorang tu jee. Umur hanyalah angka. Aku sentiasa doakan kau dengan pali sampai keakhir hayat apatah lagi SB dan aku menjadi saksi perkahwinan kau. Aku dan SB dah dapat pahala yang besar tau.

    ReplyDelete
  14. aku dan pali takkan lupa jasa kau dan SB jadi saksi perkahwinan kami.semuanya sudah tertulis. sesuatu yang tidak kita duga apabila orang yang baru kita kenali, batu kita dirikan mesjid. insya allah segala usaha kau dan SB diberkati allah swt.

    ReplyDelete
  15. wahhh...byknye petua..thanks kak jee..nak ikut lah.. hihihi

    ReplyDelete
  16. dah sampai terbuat akaun blog pulak ...kahkahkah..mcm2 dah bt nak komen punye pasal :D

    ReplyDelete
  17. ayat tu makcik chun cakap baca 7x masa yasin tu. lepas tu mintak doa dalam hati. kira 7x, 7 permintaan la.

    ada baca somewhere jugak pasal ayat ni. dah lupa la plak.

    petua masa nak bawa kereta ni, ni baru chun tau. thanks

    ReplyDelete
  18. insyaallah, akan Fija amalkan...semoga allahyarham yg memanjangkan doa tersebut dimasukkan dalam kalangan org2 yg beriman.ALFATIHAH...AMIN.TERIMA KASIH BUAT KJEE MUDAH2AN DIBERKATI HINGGA AKHIR HAYAT.

    ReplyDelete
  19. time kasih kakjee..saye dn ank2 pon dh hafal ni siap tulis kt kelender spaya sentiasa ingat ( hri2pndg kelender dpn pintu umah) bnyk kakjee share ilmu dri notes fb sampai ke blog..smoga allah berikn kebahagiaan pada kakjee dn skelurga ..amin

    ReplyDelete
  20. salam,, kak jee lps baca ni lps cuci muka saya xkan lap dgn tuala lagi... hehehe..
    Tahnx kak jee,sbb sudi share..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah..byk sy blaja.. :) tks sudi share..i like..!

    ReplyDelete
  22. baru jumpa blog ni...best la ...thanks kJee byk share info yg bermanfaat...

    ReplyDelete
  23. tq for sharing kak jie

    ReplyDelete
  24. TQ kjee... berguna ayat ni... insyaallah, sy akan amalkan ayat ni...

    ReplyDelete
  25. tq kak jee nasihat yang berguna...

    ReplyDelete
  26. terimaksh atas nasihat turun temurun ni, rasanya 'never too late' untuk amalkan perkara2 baik kan....semoga k.jee murah rezeki!

    ReplyDelete
  27. shukran ya kjee..Allah bless u, uncl pali n nadia..amin...

    ReplyDelete
  28. salam kjee..
    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..
    mmg saya pernah dengar ttg kebaikan salamunqaulammirrobbirrohim ni..
    sewaktu saya disengat serangga..
    sambil sapu minyak baca ayat ni terus menerus..
    alhamdulillah..mmg terus hilang sakitnya ..
    insyaALLAH...

    ReplyDelete
  29. salam kjee..
    terimaksh krn xkedekut ilmu.smuga kita smua m'dpt manafaatnya.sebaik sj saya baca bog kjee trs saya ajarkn anak2 ayat "Salamung....."saya titipkn pd mereka agar ayat ni d'jadikan amalan harian.last week n arini,anak sulung n anak k'dua mengalami xcdent.tp Alhamdulillah mereka bdua slmt cuma sedikit bengkak n lebam.tiada kecederaan teruk.tp kereta jgn ckplah....(ayat ini mmg ayat pelindung diri dn elok jika d'amalkn b'terusan.Insya'ALLAH...)

    ReplyDelete
  30. tq kak jee satu petua yang hebat....

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum kak jee...
    Syukur dan terima kasih kerana bermutah hati share petua2 yg sang at berguna.InsyaAllah ianya akan mejadi amalan says sepanjang. Hayat

    ReplyDelete