Monday, January 31, 2011

ICE BLENDED CHOCOLATE UNCLEPALI




Oleh kerana esok cuti, anak2 semua ada kat umah, buatlah ice blended ni untuk dia orang. Resipi ni Unclepali yang cipta. Dia main tibai (minjam perkataan CMG yer). Pastu dia gunakan Kjee dan Nadia untuk jadi tukang rasa.

Masa kami meniaga dulu, ramai customer kata sama sedap cam Coffee Bean. Ntahlah. Kjee tak suka makan ice blended so tak tau nak kata. Biarlah orang je yang kata sedap bukan kita betul tak?

Kjee jual masa tu rm3.50 tapi kat Coffee Bean atau Starbucks hampir empat kali ganda. Aduh. Buatnya punyalah senang.  Anak2 pun boleh ditunjuk ajar. Ice blended horlicks atau milo pun sama gak sedapnya. resipinya:

BAHAN2:
2 sudu besar Milo/choc malt
1 sudu kecik serbuk cocoa van houten (atau yang sewaktu dengannya)
3 sudu besar susu manis (condensed milk)
5 sudu besar susu cair (kalau nak lagi lemak, bubuhlah lebih)
1 mug ais (atau lebih sikit kalo suka)
cooking chocolate/atau chocolate syrup Hersheys (ada jual kat Carrefour)
whipping cream (dalam tin - spray)

CARA:
Guna blender yg bersih. Jangan lak lepas blend bawang ker cili, pastu dicuci dan terus buat ice blended. Nanti ice blended perasa bawang/cili pulak. Lebih elok kalau ada jug blender yg tersendiri untuk ice blended. Masukkan milo, cocoa, susu manis, susu cair, ais dan sedikit air (dalam dua tiga sudu jer) ke dalam blender.  Air tu hanya untuk gerakkan blender. Jangan berani2 sangat bubuh air nanti cair lak. PastuTrrrrrrrrr. Pastu bubuhlah dalam gelas. Hias diatasnya ngan whipping cream dan choc syrup. Itu je. Selamat mencuba.
(GUNA BLENDER BIASE JER. JGN BAZIR BELI MESIN ICE BLENDED)

11 comments:

Azlina amir said...

cuti mmg la cuti kjee... tgk ice blanded ni nyilu pulak gigi.... musim ujan le katekan...

Anonymous said...

kjeee..gg sakit tp tgk ice blender uncle pali.sakit gg terus ilang,segar mata leleh liur hehehe

cek chun said...

whipping cream tu mengancam sunggoh. haruslah menerai ni k jie.

shahliza81 said...

salam kakjee, kita dh try buat beberapa kali ice blended ni..paling last sabtu mlm ahad ari tu..mmg serius ckap..sedapppppp sgt2..tak cukup segelas tau..sesape yg tak buat lg, mesti kena try ni...senang buat n sedap dimakan.. ;-)

Hasniza said...

K.jeeee....tgk gmbar pun dah tau sedap..hehehe

ernie said...

emmm nampak best sangat...
boleh bikinkan untuk mak mentua nie...
hehehe...

Anonymous said...

terima kasih kjee

ros said...

kjee.tqvm.sdapnyer..sgt2...nk tiru resepi nie nk tmbah menu kt kedai leh x kak.need ur permission..

pemeliharaan mesin said...

keren

farnas said...

Best sangat!....amik resipi ya k.gee

Muhd Solihin Zaman said...

Nak cuba buatlah mudah2han jadi.. hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...