Friday, April 22, 2011

247. Udang Lemak Petai dan Peria Katak

Yang ini bubuh peria katak jer ari tu
Boleh ke campur petai dengan peria katak dalam satu masakan? Entahlah. Kjee selongkar peti ais dan jumpa peria katak dengan petai. Peria katak ada dalam empat biji, petai pulak satu papan jer. Ala kita yang buat dia. Takkan mati kot kalau campur.

So Kjee pun campurlah dan ini dia hasilnya. Sedap especially kalau masak pedas2. Kalau bubuh tempoyak okay jugak ker? Ah tak payahlah..pening kepala nanti macam2 rasa dalam satu lauk kan? Habis tu kalau dalam perut tu lagi teruk kan, bercampur aduk macam2 yang kita telan. Ah itu kes lain lah kan? 

Udang memang versatile. Masak apa pun sedap. Tapi kalau masak udang, letak udang last sekali. Kalau udang dah terlalu masak, isinya jadi keras dan tak berapa sedap. Itu cara Kjee. Cara korang tak tau lah pulak.

Kjee masak lemak cili api hanya bubuh kunyit, tak kisahlah yang hidup ataupun serbuk dan cili api jer. Ada orang bubuh bawang putih, bawang merah. Kjee belajar cara itu, itu jerlah Kjee buat sampai sekarang.

Oh ya peria katak tu disiang dan direndam dalam air garam sebab arwah mak kata nak hilangkan pahit dia. Kekadang bila Kjee nak makan pahit sikit, Kjee tak rendam. Terserahlah.

Okay banyak sangat merapu, kita tengok resipi dia.

Bahan2nya:

½ kilo udang
4 biji peria katak (dipotong dan direndam dalam air garam kira2 20 minit)
1 papan petai (kikis kulitnya)
2 cawan santan pekat
cili api (ikut suka banyak mana)
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit (dicarik2)
1 keping asam keping.

Cara:

1. Cili api ditumbuk halus dengan kunyit hidup dan sedikit garam
2. Petai dan peria di celur seketika. Separuh masak..
3. Masukkan santan dalam periuk dan campurkan dengan bahan tumbuk tadi.
4. Masak atas api sederhana sampai mendidih. Jaga jangan pecah santan.
5. Masukkan petai dan peria yang telah dicelur. Masukkan jugak daun kunyit yang telah dicarik2.
6. Apabila sudah mengelegak dan dirasakan petai dan peria sudah cukup empuk, masukkan udang.
7. Kacau perlahan2, campakkan asam keping dan baru bubuh garam. Sebelum bubuh garam, rasa dulu sebab masa tumbuk cili kan dah bubuh garam.
8. Bila udang dah elok masak, tutup api. Hidangkan dengan nasi panas dan ikan masin.







12 comments:

Anonymous said...

masak lemak kuning ni memang pebret nor.....yang kjee buat ni nor makan semua kecuali isi petai....kalu nor buat boh petai unruk orang bahan lain nor bedal....tu bila nor makan akan tinggalle isi petai tergolek2....norasmah

Kjee said...

banyak nor tak makan tapi nor masak jugak. baiknya hehehe

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Perghh sedapnya. Rasa cam nak terbang je pi ambik 5 ketul udang tu

noorsafone said...

salam Kak Jee..terliur tgok udang yg tergolek2 tu..

mala said...

udang jugak menu kita hari ni ...

Iza Akma said...

assalam kjee,
waa..mmg sedap..dtg pulak waktu tghari..lunch hour..terliur nengok..kalau ada depan mata ni kan best..peria katak dgn petai suka sangat..

izahdaut said...

kak jee masak lemak tak de bawang ni style org nogori kan. mcm org pahang masak asam tempoyak pun tak letak bawang bagai. nampak sedap benor nengok udang tu

Deena Sulaiman said...

bleh la try, slalu masak lemak cili api x buh peria... sedapp tul tengok.. !

cik cek said...

Salam Kak Jee....

emmmm....tgk gambo je terus lapo...lagu rock berkeroncong perut ni...kechurnya tgk udang tu...

Aziela said...

K.Jee, sama la kita. Nenek dgn mak kita pun ajar mcm tu, masak lemak tak yah boh bawang. Uishh...mcm nak balik kg jer mlm nie...rindu masakan mak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

samalah kak jee.. saya pun masak lemak suka letak cili padi + kunyit jer.. then serai ketuk tu jugak.. mmg sedapp resepi gini. kalau yg letak bawang tu biasanya utk masak lemak dengan sayur2 je.. kalau utk ikan,udang tu mmg tak letak bwg..

MamaFaMi said...

Mak ai, udang yang melengkau dalam mangkuk tu sangat menggoncang iman!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...