Saturday, April 23, 2011

253. Sagu Gula Melaka


gula jawa (kiri) manisan@gula melaka (kanan)

 Ni dia sagu gula Melaka yang senang sangat buat. Untuk sirapnya Kjee campur manisan (gula Melaka) dengan Gula Jawa. Gula Jawa tinggal sikit saja. Ingat nak buat Buah Melaka so, Kjee gunakan sikit jer untuk resipi ini.

Sagu Gula Melaka ni jarang dah orang jual. Kalau ada pun di restoren ataupun di hotel2. Jual mahal pulak itu! Sebab tu lah kena buat sendiri. Dahlah sedap dan murah. Gerenti bersih lak tu.

Bahan2nya:
1 cawan sagu biji
4 cawan air
gula melaka dijadikan sirap
susu cair (Evaporated milk)

Caranya:
Mula2 masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sampai melegak dan gula tu cair. Sejukkan. Pastu rendam satu cawan sagu kira2 dua puluh minit.
Selepas itu, jeranglah empat cawan air dalam periuk. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.
 Orang tua2 kata masak sampai dah tak nampak mata ikan pada sagu. Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Tak kisahlah bekas plastik ker kaca ker. Pastu sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
 Hah senang kan. Modal pun tak banyak.



9 comments:

hajar said...

best2... nk cuba buat esoklah... thx kjee 4 the resepi... hehe

Miss Tira said...

Boleh tak buat entri perbandingan dan perbezaan antara Gula Melaka dan Gula Jawa. Sejarah kedua-duanya. Teringin nak tahu. Haha. Pertama kali dengar berkenaan Gula Jawa. :)

Kjee said...

Miss Tira - gula melaka ini Kjee dapat dari kakak my maid yang balik Indonesia tahun lepas. Masa Kjee kecik2, gula melaka memang rasa macam gula jawa. sedap dan lemak sangat2. boleh dimakan begitu sahaja. tapi gula melaka sekarang banyak dah tak ori lagi. dia orang campur gula putih. dulu dia orang buat guna nau. oleh kerana nau susah nak dapat sekarang, so dia campurlah. tapi gula jawa masih tak campur. memang tak boleh dapat sini melainkan kalau kita pesan mereka yang pergi ke Indonesia. itu jer. tak muatlah nak masukkan dalam satu N3. sikit sangat info.

Miss Tira said...

Oh macam tu ye rupanya. Faham-faham. Terima kasih atas info tersebut. :)

zaralea said...

Saya dah buat.tgh tunggu sagu keras dlm peti sejuk..tk sabar nak makan petang ni.sukatan rezepi Kak Jee mmg ngam ngam sagu jadi cantik.terima kasih Kak Jie.

aeshcame said...

Thanks for the share. hee mcm menarik resepi ni..harus cuba..gula melaka buat manisan mcm nih mmg best..

Anonymous said...

Orang Utara panggil gula melaka - GULA GEREK dan gula JAWA - gula KABONG. Gula GEREK ni .. manis-manis pahit. Sedap dan suai untuk buat inti kue BUAH MELAKA dan sebagai ' air gula ' di makan dengan CENDOL, KUIH LOPIS dan SAGU GULA MELAKA .. yg Kak Jee buat tu.

Fara said...

salam k.jee, kalau nk buat sagu yg berwarna time bila nk masukkan warna?

Anonymous said...

AsSalam K Jee, saya dah cuba ikut sukatan ini.... memang ngam2 kelembutannya... selama ini saya buat tiada sukatan.. main agak2 ajer... kejap terkeras kejap just nice kejap tercair...
terima kasih K Jee... nana

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...