Monday, August 8, 2011

HIDANGAN BERBUKA 8 OGOS







Entry siang tadi Kjee bubuh menu yang Kjee cadangkan untuk berbuka. Hah ini dia rezeki kami tiga beranak tadi. Asam pedas ikan sembilang, toge+kucai+tahu goreng bilis, ikan kering goreng, telor asin, sagu gula melaka dan jus asam boi limau kasturi. Hmm meriah jugak yer.

Asam pedas ikan sembilang hari ni tak ada kawannya (terung atau bendi) sebab tak ada stok. Ingatkan ada terung tadi. Pastu Kjee terfikir kalau ada tahu sedap juga kan dikawankan dengan toge dan kuchai. Tadi masa Unclepali gi jemput Nadia balik Uni, Kjee kirim dia suruh beli.

Apabila makan sayur tu tadi teringat arwah mak. Itu antara sayur yang kerap kali dia masak. Kjee tumis jee bawang putih, campakkan bilis, Bbila bilis dah garing masukkan tahu yang dipotong kecik2 dan jugak 1 kiub bilis knorrs. Pastu masukkan kucai, goreng seketika, pastu campakkan jugak cili merah hiris dan sedikit fish sos. Bila kucai dah elok masak campakkan toge dan padam api.

Resipi asam pedas di sini. Resipi sagu gula melaka pulak di sini.  

1 comments:

suhana azlin said...

ya allah kjee! sama la kita pun buat sagu gula melaka semalam...mmg suka sangat tau dgn dessert ni, kita pakai dark brown sugar je kjee sbb sayang gula melaka tiggal seketui...hehe...

nasib baik raya ni balik kampung so boleh la beli top up apa yg patut byk2 nanti bwk balik aberdeen

selamat berpuasa kjee =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...