Wednesday, May 25, 2011

381. Asam Pedas Ikan Pari Dapur Kjee



Kjee ingat nak buat Ayam masak Negro tadi tapi my princess lak request asam pedas. Hari tu Kjee beli ikan pari yang kecik2 besar dua tapak tangan kat Sri Ternak. Suruh dia orang siang sekali. Lembut sangat.

So inilah Asam Pedas Ikan Pari Kjee. Tak tahu negeri mana punya Asam Pedas. Datangnya dari dapur Kjee so Asam Pedas Dapur Kjee. Hehehe.

Kjee pasti semua orang reti nak buat. Masakan ini memang popular dalam rumah setiap orang Malaysia. Ya ke? Kalau tak, sorry lah. Oh ya apa agaknya masakan paling popular orang Malaysia hah? Nanti satu hari kita buat survey.

Jom kita tengok resipi Kjee ni.

BAHAN2NYA:
 4 potong ikan pari (dibersihkan, rendam dalam air asam jawa)
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 genggam cili kering (direbus, buang biji dan kisar)
2 inci belacan
bendi
daun kesom
2 mangkuk air asam jawa

CARA:
 Kisar cili, bawang, halia dan belacan. Kemudian tumis sehingga garing dan naik bau. Masukkan air asam jawa dan terus masak atas api perlahan. Masukkan ikan dan daun kesom. Didihkan. Bubuh garam, sedikit gula dan msg kalau suka. Last sekali masukkan bendi.



9 comments:

Sue's said...

Owhhh...sungguh daku tergoda!!!

Mas said...

perhhhh...meleleh air liur tengok asam pedas tu...
sedapppnya...

Aziela said...

bukan semua org pandai masak asam pedas nie K. Jee. Contohnya saya...dah beberapa kali buat..tetap fail. Nak balancekan masam, masin, manis dan kepekatan tu sangat susah. Tapi kena usaha lagi kot..sebab anak bujang saya tu suka...

Kak Eiza said...

ehmm ym22..nk meleleh air liur tgk masak asam2 ni kjee...
Kjee.. tq follow mamaLUV ya.. sayang Kjee...muuah

Kasmawati Jaafar said...

baru je buat 2 hari lepas. licin kena sebat 1 rumah. hehe..

nOra said...

Kjee bahan bahan asam pedas kita sama cuma sy tambahkan lada hitam biar pedas berdesing ;p

sharifah rosidah said...

aku pun masak asam pedas tapi ikan tenggiri, aku tengok resepinya sama jer cuma akuletak setengah inci kunyit hidup dan taruh bunga kantan.

aqila said...

salam kje saya ni kalau buat asam pedas tak berapa nak jadi saya suka asam pedas Johor kuah pekat Melaka pun ok jugak ada apa petuake nak bagi sedap...kuahnya pekat

♥•✿mrs cik@n •✿♥ said...

kjee sy br je join blog kjee,terliur tgk resepi ni,so sy copy attch dekat blog sy mintak izin ya..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...