Thursday, August 4, 2011

MENU PUASA/SAHUR 2

Asam Pedas Daging -








 Hari ini Kjee cadang nak masak lauk daging tapi oleh kerana dah penat sangat masak lauk berlemak, nak  ubah selera. Samada Kjee buat Asam Pedas atau Asam Rebus Daging. Dua2 pun sedap dan mudah dibuat.

Kjee dah lama tak buat Asam Rebus Daging. Sebenarnya Asam rebus Daging dan Asam pedas daging ni sedap kalau dibuat guna daging tetel. Daging Tetel tu daging yang ada urat2 sikit, lemak2 sikit. Sedap kalau direbus sampai lembut tapi itulah ia bukanlah daging yang sihat.

Ikan Goreng Bulu Ayam
Yang ada dalam fridge daging batang pinang. So Kjee tak pasti nak buat yang mana satu. Kalau ikut tekak, dua2 sedap. Asam Rebus Daging ni guna daun kesom jugak. Ada orang kisar dan campur cili hidup dan cili kering sikit. Nak sedap Asam Rebus Daging ni kena bubuh kentang.

Bahan2 untuk asam rebus daging sama cam asam pedas biasa iaitu, bawang merah, belacan, halia sikit, serai (lebih lagi sedap), daun kesom atau bunga kantan. Jangan lupa kentang. Resipi ini sihat sebab tak payah tumis. Nama pun asam rebus.

So korang rebus dulu daging sampai lembut (kalau batang pinang tak payah), pastu masukkan ke dalam periuk sama bahan2 tumbuk iaitu bawang, belacan, cili, serai ketuk, daun kesom atau bunga kantan. Masukkan sekali kentang. Pastu bila kentang hampir empuk masukkan air asam jawa. Mesti ada rasa masam. Sedap tau.
Cam ni rupa ikan yang ada orang panggil Ikan Bilis gak

Ok confirmlah Kjee buat masak Asam rebus Daging. Nak suruh Unclepali gi beli daun kesom. Nak suruh Unclepali skodeng jugak kat depan rumah tengok ada ke tidak bunga kantan. Bunga kantan kat kebun jiran. Tapi intailah dulu, pastu sengih2...dia mesti bagi punya. Kahkahkah.

Kalau kroang tak nak guna daging, buat Asam Rebus Ikan pun sedap. Tapi korang bubuhlah bendi. Kjee tak pernah buat Asam Rebus Ikan guna kentang. Ikan kembung yang gemuk2 dan debab2 sedap buat Masak Asam rebus.

Bubur Pulut Hitam - Google
Hari ini Kjee nak goreng Ikan bulu Ayam. Hari tu beli 1kg kat Seri Ternak. Nak tau rupanya camner, tengok lah gambar ya.

And then last2 nak buat bubur pulut hitam. Walaupun belum rendam lagi tapi campak jer dalam periuk tekanan atau pressure cooker. Kalau tak ada periuk tu, kena rendam dan rebus berjam2.

Sayur? Ada kacang buncis. Goreng sajalah kan?

Itu jer menu hari ini. Resipi asam pedas daging sini 


Resipi Ikan Bulu Ayam pulak sini



1 comment:

  1. salam kak jee....

    kalau gini la hari2, rasa cam nak sahur kat umah kak jee jer....hihihihi...
    kak jee, golden churn dah disahkan haram. mekacih ye sbb lepas baca entri akk dlu2 tu wat sy sentiasa alert pasal butter ni... tertunggu2 keputusan dari jakim..

    ReplyDelete