Monday, February 20, 2012

MANUSIA BERHATI HAIWAN DI JALAN SUNGAI BULOH!


foto ehsan google

Setiap hari kami lalu depan bengkel ini untuk sampai ke rumah. Dah banyak kali Kjee nampak seekor monyet ni dirantai pada sebatang pokok di antara dua bengkel. Rantai tu tak panjang so monyet tu kerja dia berlari2 sekeliling pokok. Kalau penat dia duduk balik atas pokok yang dah tak ada daun.



Semalam, ketika kami hendak pulang ke rumah, Nadia nampak lagi monyet tu. Mulut dia mula membebel marahkan orang yang rantai monyet tu. Dalam hati Kjee, kalau malam harap2 dia bawak monyet tu masuk ke dalam bengkel sebab sekarang ni kan musim hujan.

Tadi dalam perjalanan kami pulang ke rumah selepas pergi sarapan di Kampung Melayu Sungai Buloh, Kjee nampak monyet itu berpeluk tubuh atas pokok itu kesejukan sebab sepanjang malam hujan! Siapalah manusia berhati binatang ni!!!

Bengkel ini betul2 seberang jalan dari Yew Gardens Nurseri, dekat traffik lights. Sebelah Yew Garden Nursery tu, Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh. Kjee tak pasti monyet ini dirantai oleh bengkel yang mana satu kerana pokok itu ditengah2 antara dua bengkel. Bengkel yang pertama namanya tidak begitu ketara. Tetapi bengkel kedua namanya Lebat Enterprise. Betul2 dekat Trafik Lights. Kalau pusing ke kiri boleh pergi ke Kampung Kubu Gajah.

Kjee sampai jer rumah, terus call Perhilitan Selangor di nombor ini 03 90866800 tetapi tiada jawapan. 

Tolonglah sesiapa yang tahu cara nak selamatkan monyet ini, segera bertindak sebelum monyet ini berterusan dianiaya dan mati kesejukan!

8 comments:

Anonymous said...

kejammm

hisham said...

Email....selangor@wildlife.gov.my....opis....0355193915...hp/0192195359..cuba no ni mungkin ada respon..

Aslynn said...

binatang lagi mulia dr "manusia berhati binatang " nie...

eima-caa said...

Eii..geram betul lahh org cmni..

tak ada belas kesian lgsung...

cube fkir kalo kita buat dia cmtu..

Anonymous said...

memang kesian kat binatang tu.kita yang ada kal nni patut gunalaaa....binatang tu lain laa kalu wat jahat memamg akal xdak....

Anonymous said...

Kjee
apa perkembangan monyet tu sekarang?dh dpt hubungi perhilitan ker?

The Black Jubah said...

Kesian nya...sampai hati manusia buat begitu, kat akhirat nanti haiwan akan "vapourised"...maknanya tidak wujud, tetapi sebelum di "vapourised" mereka akan perlakukan terhadap manusia exactly cara manusia perlakukan mereka di dunia....

inilah kisahnya said...

tak tau sekarang ni manusia zaman modern ni dah lupa sikap sayangkan sesama makhluk...insaniah dah tak de..haiwan itu adalah nyawa yang perlu dilindungi seperti manusia walaupun hidup terbiar..sedih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...