Thursday, April 19, 2012

CARA BUAT EGG ON TOAST - ATAS PERMINTAAN RAMAI



Ramai sangat yang nak tahu cara Unclepali buat egg on toast. Actually, bukan tiap kali Unclepali buat ia menjadi dengan perfect. Macam pagi ni. Tak tahu mood apa yang dibawaknya bersama ke dapur maka telor separuh masak jadi keras sikit jer. Tapi sedap gaklah.




Sepatutnya kuning telor atau yolk itu 'runny' atau masih cair. Itu pada Kjee baru perfect. Tapi mungkin ada yang suka kuningnya keras sikit walaupun taklah sekeras telor rebus biasa.

Mula2, Unclepali jerang air dalam cerek sampai betul2 mendidih. Kemudian dia bubuh 4 biji telor (dua each untuk Kjee dan dia) dalam koleh stainless steel. Kemudian dicurah air panas ke dalam koleh tadi. Lepas tu dia tutup dengan menutupnya (hari ini dia tutup dengan mangkuk/piring jer sebab tak dapat cari penutup stainless steel). Lepas itu, Unclepali set alarm kat handfon dia untuk 8 minit. 

Sambil menunggu telor itu siap, Unclepali grill roti yang telah disapu butter. Tepat 8 minit dia keluarkan telor itu dan pecahkan ke dalam mangkuk sebelum diletakkan atas roti.

Tadi Kjee makan dengan Blue Cheese yang enak.

1. Jerang air

2. Rendam telor

3. Tutup dengan tudung

4. Grill/bakar roti

5. Pecah telor dalam mangkuk

Mungkin ada yang suka kuningnya ¾ masak

In yang sedap. Yolk yang 'runny'




NOTA:

Baru Kjee perasan kenapa kuning telor itu menjadi keras. 

1. Kerana telor itu duduk di luar peti ais. Kalau duduk dalam peti ais (telor sejuk), cukuplah tempoh 10 direndam dalam air panas. Kalau telor bukan dari dalam fridge, set masa 7 minit saja. 
2. Tadi Unclepali letak koleh stainless steel atas dapur. Dah sampai minit ke-7, dia hidupkan api yang kecik sekali. Kjee kata kenapa, dia kata telor tu besar takut tak cukup menjadi.

Hah itu antara dua sebab kenapa telor separuh masak Unclepali hari ini jadi tiga suku masak.

Saja nak bagitau, roti benggali ini dibuat oleh Nadia sebelum ke Uni tengah hari semalam.

6 comments:

  1. salam dari oman kakjee - kalau member cosway boleh dptkan egg boiler (siap dgn timer) nak telur rebus, 1/2 masak, 3/4 masak pun boleh

    http://alamroon.blogspot.com/2011/07/egg-boiler-with-timer.html

    ReplyDelete
  2. best best best..nak trylah weekend ni.
    dari haritu macam termimpi2 egg on toast kakjee hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam, Kak Jee. Sy pun selalu buat Egg On Toeast ni. Kaedah yg sy buat sebijik sama ngan Unclepali. Sy rasailapan technical Unclepali hari ini ialah perkara no 2 tu, sebab sy biasa tak simpan telur dalam peti ais, lepas 10 minit, dia mmg set jadi mcm gbr yg mula2 tu. Satu lagi roti tu lepas bakar, sy kahwinkan, lagiiiiiiiiiii sedap Kak Jee.. hehehe.

    ReplyDelete
  4. Egg on Toast 2... nescafe 2 ye... i nak makan dengan my darling...
    ...hihihi.. mesti Kjee cekak pinggang sambil berkata... apa..ko hengat haku bukak kedai kopi ke? Ahaks.. peace!

    ReplyDelete
  5. Sabarr jee lahh....dah leer mendung kat sini...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Jee..sedapnya makan roti bakar macam ni..tapi klu dapat kat saya ni, mesti nak gaaaakkkk buh kicap manis kat atas telur itewwww

    ReplyDelete