Friday, May 11, 2012

BETIK MASAK BENING, RENDANG AYAM KELANTAN DAN SAMBAL MANGGA


Sambal Belacan Mangga Unclepali




Rindunya nak masukkan entry baru. Sejak dua atau tiga hari lepas, Kjee tak dapat nak edit gambar sebab application PicMonkey buat hal. Edit je boleh tapi tak boleh save. Setiap hari, sampai tiga empat kali Kjee try. Akhirnya, berjaya jugak hari ini.


Tadi Kjee masak Rendang Ayam Kelantan Pedas (klik sini) dan Betik Mengkal Masak Bening (orang Jawa panggil bening. Orang Melayu panggil masak air atau rebus). Kemudian semalam Unclepali buat sambal belacan bubuh mangga. Sedap sangat hari ni Kjee suruh dia buat lagi banyak2! Selain itu, Unclepali goreng ikan pelaling.

Musim panas2 macam ni, apa jua sayur masak bening memang best sangat. Percaya ke tidak, ini kali pertama Kjee masak betik mengkal. Selama ini atau lebih tepat masa kecik2 dulu, arwah bonda selalu buat. Kjee ingat lagi resipi beliau. Dicampaknya bawang putih dna bawang merah yang dah dimayang halus, sedikit ikan bilis dan sedikit lada hitam yang dah ditumbuk. Kemudian didihkan bahan2 itu dalam air secukup mana nak buat kuah. Bila dah mendidih, masukkan betik, sehelai daun kunyit garam dan pak aji kalau guna.

Hmmm sedapnya. Nak menangis teringat makan lauk betik mengkal bening ini bersama arwah Bonda dulu dulu.

Resipi sambal mangga Unclepali, tak payah tanya. Dia hanya sengih dan kata, biasa2 jer. Tapi sedap power apa lagi cili padi dituainya sendiri. Sekarang kami banyak makan hasil dari kebun sendiri hasil usaha gigih ewah gigih lagi suami ku itu.




13 comments:

RADIAH said...

sedap nya yang merah memang mengancam

ieda said...

akak,sedapnya sambal belacan mangga tu. Ayah suka makan betik masak air ni. huhu...rindu kt kg

INA said...

kecur air liur tgk menu lunch akak ari nie..semuanya sedap2 belaka.

Masya said...

SAYA SUKE BETIK TUMIS.. SAGAT BAGI HALUS SIKIT.. BENING PUN SUKE JUGAK.. NYUM²....

Eima Ari said...

nape laa uncle pali xnak kongsi resepi sambal belacan mangga Kjee...?

ibu mgndung ni dah mgidam ni haaa...mana laa nak cari..buat sendiri uncle pali tak nak bg resepi...ekekekekee...=)

waiem said...

Kak Jee, lauk betik tu kalu tambah daun selasih lagi sodap rasanya :)

AbbotCottage said...

kalau gini punya lauk, tak sedor dah 3 pinggan ngadap. makan plak kat luo ateh pangkin, pangkin plak bawah pokok, haduhaiiiii, sambil melambai jiran "meh le weiiii, makan sesama ni!!". Eheh, saya ni dok kat kg, gini ler semangat kekampungan dok berlonggok makan sesama, tetuko lauk bawak pokok.

maszull said...

assalamualaikum kak jee...meleleh air liur tengok lauk bening betik tu sedapnya...:)

Anonymous said...

sedapnye,... lauk beik tu.... dah lama teringin nak mkn tp x tahu nak mkn gan sapa coz cik Hubby kalau masak sesuatu yg baru susah siki dia nak terima... tp mmg say eringin nak mkn lauk tu.... tgk kat post Kak Gee lg lah erliur dibuatnye.... kalau kena gan sambal belacan buah kuinin & ikan masin goreng pun sedap.....
Kak Gee tq coz kongsi resepi lauk betik tu... akan dibuat jugak nanti....

Angah said...

waah kak gee kena tepek resepi ni...

mayangsayang said...

sedapnya masak betik bening ni ...

iizza said...

sedapnya..x tahan tengok..^_^

zool said...

takde resipi ke kak? Nampak best je kalau nak cuba tu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...