Friday, May 11, 2012

BETIK MASAK BENING, RENDANG AYAM KELANTAN DAN SAMBAL MANGGA


Sambal Belacan Mangga Unclepali




Rindunya nak masukkan entry baru. Sejak dua atau tiga hari lepas, Kjee tak dapat nak edit gambar sebab application PicMonkey buat hal. Edit je boleh tapi tak boleh save. Setiap hari, sampai tiga empat kali Kjee try. Akhirnya, berjaya jugak hari ini.


Tadi Kjee masak Rendang Ayam Kelantan Pedas (klik sini) dan Betik Mengkal Masak Bening (orang Jawa panggil bening. Orang Melayu panggil masak air atau rebus). Kemudian semalam Unclepali buat sambal belacan bubuh mangga. Sedap sangat hari ni Kjee suruh dia buat lagi banyak2! Selain itu, Unclepali goreng ikan pelaling.

Musim panas2 macam ni, apa jua sayur masak bening memang best sangat. Percaya ke tidak, ini kali pertama Kjee masak betik mengkal. Selama ini atau lebih tepat masa kecik2 dulu, arwah bonda selalu buat. Kjee ingat lagi resipi beliau. Dicampaknya bawang putih dna bawang merah yang dah dimayang halus, sedikit ikan bilis dan sedikit lada hitam yang dah ditumbuk. Kemudian didihkan bahan2 itu dalam air secukup mana nak buat kuah. Bila dah mendidih, masukkan betik, sehelai daun kunyit garam dan pak aji kalau guna.

Hmmm sedapnya. Nak menangis teringat makan lauk betik mengkal bening ini bersama arwah Bonda dulu dulu.

Resipi sambal mangga Unclepali, tak payah tanya. Dia hanya sengih dan kata, biasa2 jer. Tapi sedap power apa lagi cili padi dituainya sendiri. Sekarang kami banyak makan hasil dari kebun sendiri hasil usaha gigih ewah gigih lagi suami ku itu.




Related Posts:

  • PERIA GORENG TEPUNG MAMAK STYLE Hehehe hari tu Kjee buat Peria Goreng Kunyit biasa saja. Tapi ramai pulak yang tanya, kenapa tak buat style mamak yang goreng bubuh tepung. Sedap, dia orang kata. Kjee tak pernah try ke, tanya dia orang? innity_pub = "d… Read More
  • SOTONG KANGKUNG SOS MANIS PEDAS Kjee sebenarnya dah lama tak makan sotong kangkung samada kat kedai ataupun buat sendiri. Banyak bahaya makan kangkung ni selain sejuk dan berangin. sila tengok ni dan tak tahulah Kjee korang sanggup ke tidak makan kangkung … Read More
  • TEMPOYAK PUCUK KAYU Akhirnya, kini pasti...korang ingat tak lagu Anita Sarawak tu? Hah hari ni setelah bertahun2 tangguh akhirnya, pastilah sudah Kjee berjaya buat Tempoyak Pucuk Kayu. Eleh...ingat apa tadi kan? Saja sesekali buat gempak. Eh… Read More
  • TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING Dengar jer nama terung goreng berlada dengan udang kering, rasa macam tak heran. Tapi kalau makan dengan nasi panas, mesti tak layan lauk lain. Kjee buat tengah hari tadi bersama kari ayam. Hmm lagi laku terung berlada n… Read More
  • Kerabu Pucuk Betik Cara Kjee Alhamdullilah. Kalau dah rezeki Kjee nak makan pucuk betik, dapat jugak. Dah banyak hari Kjee suruh Unclepali pergi amik pucuk betik. Tiap kali dia balik, kata tak ada. Tapi petang ni lepas kami jemput Nadia, Unclepali pun … Read More

13 comments:

  1. sedap nya yang merah memang mengancam

    ReplyDelete
  2. akak,sedapnya sambal belacan mangga tu. Ayah suka makan betik masak air ni. huhu...rindu kt kg

    ReplyDelete
  3. kecur air liur tgk menu lunch akak ari nie..semuanya sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  4. SAYA SUKE BETIK TUMIS.. SAGAT BAGI HALUS SIKIT.. BENING PUN SUKE JUGAK.. NYUM²....

    ReplyDelete
  5. nape laa uncle pali xnak kongsi resepi sambal belacan mangga Kjee...?

    ibu mgndung ni dah mgidam ni haaa...mana laa nak cari..buat sendiri uncle pali tak nak bg resepi...ekekekekee...=)

    ReplyDelete
  6. Kak Jee, lauk betik tu kalu tambah daun selasih lagi sodap rasanya :)

    ReplyDelete
  7. kalau gini punya lauk, tak sedor dah 3 pinggan ngadap. makan plak kat luo ateh pangkin, pangkin plak bawah pokok, haduhaiiiii, sambil melambai jiran "meh le weiiii, makan sesama ni!!". Eheh, saya ni dok kat kg, gini ler semangat kekampungan dok berlonggok makan sesama, tetuko lauk bawak pokok.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak jee...meleleh air liur tengok lauk bening betik tu sedapnya...:)

    ReplyDelete
  9. sedapnye,... lauk beik tu.... dah lama teringin nak mkn tp x tahu nak mkn gan sapa coz cik Hubby kalau masak sesuatu yg baru susah siki dia nak terima... tp mmg say eringin nak mkn lauk tu.... tgk kat post Kak Gee lg lah erliur dibuatnye.... kalau kena gan sambal belacan buah kuinin & ikan masin goreng pun sedap.....
    Kak Gee tq coz kongsi resepi lauk betik tu... akan dibuat jugak nanti....

    ReplyDelete
  10. waah kak gee kena tepek resepi ni...

    ReplyDelete
  11. takde resipi ke kak? Nampak best je kalau nak cuba tu

    ReplyDelete