Thursday, September 20, 2012

CAMNER NAK BEKUKAN KARIPAP








Semalam banyak jugak ayam panggang berbaki. Maklumlah Kjee buat dua ekor ayam untuk makan dengan nasi Ayam. Tukang makan 4 orang jer. So bakinya Kjee simpan dalam freezer, malam tadi.

Pagi tadi duk fikir nak buat apa dengan ayam leftovers tu. Chicken pot pie? Hmmm bahan tak cukup. Ala buat jer lah apa yang ada kat rumah. So its karipap ayam panggang leftovers.



Dah banyak kali Kjee buat karipap. Nak tengok, klik sini. So kali ini Kjee nak beritahu cara nak bekukan karipap dalam freezer. Selalunya Kjee goreng dulu karipap tu separuh masak, pastu bila sejuk, Kjee susun kemas2 dalam bekas dan simpan dalam freezer.

Ta[i baru2 ini, ada seorang fren FB ajar Kjee cara dia buat. Bubuh karipap yang masih belum goreng itu dalam freezer. Kjee susun dalam piring. Kemudian bila dah beku, keluarkan dan susun dalam plastik. Kjee guna plastik Ziplock jenama Glad.



Wah bagus betullah cara fren yang Kjee dah lupa siapa. Thnx so much. Tak payah buang masa goreng separuh masak. Kalau tak goreng separuh masak, simpan dalam bekas pastu masuk dalam freezer, jadi penyek2 karipap tu. Dah lah penat kita mengerjakannya yer.

Anyway, korang cubalah taktik baru ni. Kalau ada yang punya cara lebih bagus, share lah yer.


17 comments:

Izza - Jiejah said...

saya bakar sampai kulit jadi kering je kak jee .
so far mmmg boleh tahan sampai sebulan x jejas rasa ;-)

MamaFaMi said...

Salam Kjee... Kita kalau buat karipap frozen, memang cam tu la caranya. Susun jarak-jarak dalam tray, then bekukan. Bila dah keras kejung, baru simpan dalam ziploc bag ataupun susun dalam plastic containers. Each layer alas dengan plastic. Then sumbat balik dalam freezer. Ni dah lama tak buat mende-mende frozen. Bukan apa, freezer tu dah mintak ampun jangan sumbat perut dia lagi... ahahaha..

Irfa said...

oh gtu ke?penah gak terfikir mcm mana org simpan karipap banyak2 buat stok.goreng separuh masak tu saya penah dgr

Chekgu Azrine said...

cantiknya karipap kak gee..saya masih failed lagi bab mengelim..hehehe

Kak Rose said...

kak rose pun sllu buat camni... bila nak terus goreng jer... boleh cepat dapat ngap!

Anonymous said...

yg itu idea dr izah daut ..ehh bukan dari bumi kenyalang..blogger nama dah lupa tapi terror buat kek cheese siap ada langkah demi langkah...ke sapa lagi ..tak ingat. Yg penting bukan ide sy..i follower ja.

Shiela said...

assalam kjee.. cara saya pun sama cam MamaFami tu.. saya tak suka klu ianya dibakar dulu nanti texturenya akan keras sikit dan kurang gebu. just susun susun dlm tray n masukkan dlm freezer jer. bila dah beku cepat cepat masuk dlm bekas. jgn biar lama sgt, nanti dia kering dan merekah pulak, tak cantek. bila nk goreng pulak, tkperlu nak thaw atau nyahbeku lagi, terus jet masuk dalam minyak panas sbb klu dinyahbekukan ia akan lembik susah nak handle dan tak cantek rupa karipap kita nanti.. ni jerlah yg saya tau dan buat selama ni yer kjee.

Kjee said...

salam Chegu Azrine, yang kelim cantik tu bukan Kjee tapi my princess. Bab kelim Kjee jugak fail tapi Nadia abru buat dua kali dah cantik. so skrg dia jadi tukang kelim. hehehe

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hi Kak Jee, apa khabar kak? Wahhh thanks for sharing the tips! :)

Btw, so sorry for my late reply abt the vadai kak. Actually Love ni tak reti sangat masakan tradisional India...pandai makan, hehe! Anyways will find you the best vadai recipe if you haven't found one.

Oh yes, I've tried your Plain Butter Cake. Thanks for sharing the recipe and allow me to share it in my blog too ye! Thanks kak !

Masya said...

cantik² karipap kak jee.. elok jer tersusun... mak saya kalau nak simpan lama, dia siap bakar dulu.. dalam suku masak gitu .. lepas tu dah sejuk barulah masukkan dalam bekas tupperware@plastik susun elok² dan simpan dalam tempat pembeku.. alhamdulillah 2 minggu lagi nak goreng pun intinya tak masam...

Nur-nba said...

Kak Jee, terima kasih di atas tips yang diberi.

azuOnie said...

kalau donut boleh freeze kan jugak tak?
nak tahu...

Kjee said...

AzulOnie, Kjee tak pasti. cubalah.

Uda said...

Salam kenal kak jee.....dulu sya brniaga, apa2 kuih pun klu nk frozen, kne buat mcm tu dulu......

pemeliharaan mesin said...

keren

Anonymous said...

saya nak tanya..sy skrg tgh nak belajar buat frozen food..saya ada produk saya sendiri. adakah nak buat frozen food ni kena tambah perasa atau bahan2 yang lain untuk bagi tahan lama?

Muhammad Adib Fahmi Ramlan said...

terima kasih kjee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...