Friday, September 14, 2012

MALANG MEMANG TIDAK BERBAU BAGI ALYAH





Kjee ingin merakamkan rasa sedih apa membaca berita mengenai musibah yang melanda penyanyi Alyah. Dia sedang menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Hot Fm apabila sebatang lampu spotlight terjatuh diatas belakangnya, siang tadi.



Akibatnya, Alyah telah dikejarkan ke hospital pakar berhampiran. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil.

Inilah namanya kemalangan. Nyata sekali ia tidak berbau. Justru sebaik, kaki kanan melangkah keluar dari pintu rumah, bacalah apa yang harus dibaca. Kjee juga telah dilatih sejak kecik untuk membaca sepatah ayat ini kalau keluar ataupun melakukan apa2 kerja yang dianggap berisiko tinggi, di dalam atau di luar rumah. Klik sini.

Kita doakan agar Alyah selamat dari segala musibah.
Kjee copy paste berita yang Kjee baca dalam mStar.



Alyah sedang dikejarkan ke hospital pakar

PETALING JAYA: Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.

Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna

2 comments:

  1. MALANG MEMANG XBERBAU KAN KAQ .. KAT MNE .. BILE . SIAPA .. BAGAIMANA ..

    ReplyDelete
  2. ya allah... sy baru baca...
    moga alyah tak ape²...

    ReplyDelete