Friday, September 28, 2012

PERGINYA LAGENDA BOLASEPAK NEGARA. GHANI MINHAT


SELAMAT JALAN. AL FATIHAH







Lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia pada 10.35 pagi, Jumaat.

Allahyarham berusia 76 tahun, merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal di Malaysia.

Allahyarham dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara beberapa hari lalu.

Abdul Ghani adalah seorang penyerang hebat yang mewakili negara 1956-1963. Beliau mewakili Selangor pada 1955-1968.

Ghani, yang dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Negeri Sembilan, bermain sebagai penyerang dan pemain sayap manakala mewakili Selangor dan Malaysia. - mStar Online

2 comments:

  1. Kak Jee,

    Al Fatihah....ya beliau baru je buat surgery bypass jantung...sama dgn my BIL yg baru buat semalam kat IJN

    ReplyDelete
  2. Sedihnya saya tak dapat lagi berita ni.Terima kasih kak jee untuk berita ni.Kami berjiran 2 tahun lepas.Rumah dia betul2 depan rumah saya dan anak2 memanggilnya atok.
    Nak pergi ziarah la lepas ni.

    ReplyDelete