Saturday, September 22, 2012

SATU ANAK LUAR NIKAH DARI IBU REMAJA SETIAP HARI?





gambar ehsan google


Mintak2 statistik ini salah. Terkejut Kjee baca berita ini di The Star Online tadi. "Kes Remaja Hamil Luar Nikah: 'Satu Kelahiran Setiap Hari'. Sukar nak percaya tapi itulah hakikatnya! Pahit untuk ditelan.

Korang bacalah sendiri terjemahan berita ini yang dibuat dalam mStar Online.

KLANG: Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

"Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor," katanya.

"Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini," kata Dr Mohamad Farouk pada seminar 'Pregnant by Choice, Not by Chance or Force'.

Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga.

Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010.

Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.

"Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda," katanya.

Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun.

Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital.

Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.

Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.

Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut.

Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka.

Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit.

Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

"Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah. Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah.

"Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini. Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga," katanya.

Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka.

"Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka.

"Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling," katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM.

Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

"Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama," katanya.

"Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM," katanya.

14 comments:

  1. sedih dan menakutkan kan kakjee..bulan ni banyak kes sebab projek celebrate tahun baru

    ReplyDelete
  2. Saya ni punyalah sedih sebab masih belum ada rezeki anak..mereka senang-senang aje..=(

    ReplyDelete
  3. jadi pulak la benih dia... subur pulak yg pompuan...

    ReplyDelete
  4. salam kak jee..senario yg amat2 membimbangkan,khususnye bg org islam..kebanyakkan kes terdiri dri org melyu yg barang tentulah beragama islam..saya pernah mengalami situasi dimana menurut pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat( JKM-setiap hospital tertentu ade JKM dlm bangunannya.)kebanyakan kes hamil luarnikah adalah dsebbkan bila ibubapa "tidak bersetuju"dgn pilihan ank2.dlm erti kata lain mak bapak terlalu memilih.apepon alasan atau sebab musababnye,manusia dberi otak untuk berfikir,maka fikirlah buruk baik dosa pahala sbelum membuat sesuatu,iye tak.ble mak bapak tak setuju dgn pilihan kita,pasti ada sebab yg sgt baik yg tersembunyi.lagi pon mak bpk tak ada galang ganti.tepuk dada tnya slera..

    ReplyDelete
  5. Maaf. Ini bukan masalah mak bapak tak setuju dgn pilihan anak. Ini masalah remaja bawah umur. masih sekolah menengah!

    ReplyDelete
  6. Assalam Kak Jee.. merisaukan. Semoga anak jenerasi kita mendatang, terpeliharan di bawah rahmat Illahi.

    ReplyDelete
  7. Salam kak jee....saya adalah antara salah seorg menjaga anak yang tak sah taraf...ibunya telah dirogol dan dlm kategori oku...byk faktor sebab berlakunya perkara ini...mencari punca dan sebab menyebabkan tunding menunding sesama kita...

    ReplyDelete
  8. Ibubapalah yang mencorakkan anaknya, jadi yahudi atau nasrani. Wahai ibudan ayah, lihatlah ke dalam hati anak anakmu dengan sifat kasih dan belas. Janganlah sibuk urusan seharian memalingkanmu dari mereka. Anak anak zaman ini berdepan dengan pelbagai fitnah dan dugaan yang tak tertanggung oleh mereka. Hanya didikan dan kasih mu sajalah yang dapat menjinakkan mereka. Ingatan buat saya juga sebagai seorang ibu dan juga seorang anak kepada seorang ibu.

    ReplyDelete
  9. Sedih dgn senario remaja hamil ni kan. Adik sy guru n ada kes serupa. Parents x caya, bila bawa bersemuka, anak bgtau boyfriend datang rumah waktu malam, mak bapak tidoq atas, anak buat projek kat bawah......

    ReplyDelete
  10. kesiannya pada anak2 kecil tu, kalu tak buang tak apa la, yang buant tu yang sedihnya..

    ReplyDelete
  11. saya kerja di hospital serdang..memang seminngu ada 4-5 kes anak luar nikah..mmg btul statistik tu..mostly rela bukan dipaksa atau dirogol..ada yg dah anak ke3 pon anak luar nikah lagi..ade juga specialist saya nasihatkn xtaulah..mudah2an mereka bertaubat

    ReplyDelete
  12. please saya nak anak luar nikah.perempuan sahaja

    ReplyDelete
  13. Harap Vennila pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat. Daftar diri sebagai ibu angkat.

    ReplyDelete