Wednesday, September 26, 2012

PERSATUAN PEGUAM SYARIE MAHU BANTU ORANG FILEM





Shidi dan Vee 




Inilah yang sebaik2nya. Kjee pernah hantar skip Kjee berjudul 'Sayang Swee Ling' ke Pusat Islam dulu kerana tidak yakin dengan hukum hakam anak Cina diambil sebagai anak angkat orang Melayu. Alhamdullilah lulus dan lama dah ditayangkan kat TV.

Campur tangan pihak yang lebih arief diperlukan especially apabila timbul macam2 kesah di sebalik filem 3 Jam yang dilakonkan oleh Rashidi Ishak dan isterinya Vanidah Imran.

Ini berita terbaru yang disiarkan dalam mStar Online.

Persatuan Peguam Syarie Sedia Tawar Nasihat Kepada Syarikat Produksi

PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia bersedia menawarkan khidmat nasihat kepada syarikat produksi di negara ini yang berhasrat menerbitkan karya berkaitan hukum hakam Islam agar ia tidak bercanggah dengan ajaran agama itu.

Presidennya, Musa Awang berkata, pihaknya mahu syarikat produksi mendapat nasihat yang betul mengenai perundangan syariah dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dalam menyediakan skrip sesebuah karya yang mahu diterbitkan.

“Tawaran yang diberikan ini adalah untuk mengelak daripada berlaku kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap hukum hakam serta perjalanan proses perundangan di negara ini terutamanya tentang perundangan Syariah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Beliau mengulas gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihati pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran agar merujuk kepada Jabatan Agama Islam mengenai status suami isteri mereka berikutan dialog mengenai perceraian yang diungkapkan Rashidi dalam filem Untuk Tiga Hari.

Filem berkenaan adalah arahan Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam sejak 20 September lalu.

Musa berkata, sesebuah karya itu boleh menjadi medium terbaik dalam mendidik masyarakat Islam di negara ini kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat namun gambaran yang salah boleh menjejaskan Islam termasuklah Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Sehubungan itu ujar beliau, adalah wajar semua syarikat produksi di negara ini termasuklah persatuan-persatuan seni melakukan kerjasama dengan pihaknya yang bersedia menjadi badan penasihat agar masalah seumpama itu tidak akan timbul pada masa akan datang.

2 comments:

  1. K.Jee, judul dia "Untuk 3 Hari" bkn 3 jam..hahaha.. Thanks sbb buat saya ketawa pagi2 ni.

    ReplyDelete