Thursday, September 13, 2012

LAYAN MI HOKKIEN DI GROUP BASE




Bukan susah pun nak buat Hokkien Mi atau ada orang panggil mi kicap. Tapi masalahnya ialah sukar nak cari mi kasar. Kekadang kalau ke supermarket seperti Giant atau tesco, barulah jumpa.



Tadi, apabila Nadia kata nak makan tengah hari di Restoran Group Base, Kjee pun terus teringin nak makan Mi Hokkien. Walaupun mi hokkien kat Group Base tak lengkap sebab tak ada sambal belacan dan limau, tak kesahlah kan. Janji dapat makan.

Kalau korang nak tahu camner cara nak masak Hokkien Mi, klik sini. Ia taklah gempaq sangat sedapnya tapi Kjee suka sangat makan. Kanak2 pun mesti suka sebab tak pedas langsung.

Mix Vege yang mewah dengan cendawan. My fav. RM3 jer sepiring.




Tadi seperti biasa kalau ke Group Base, Unclepali mesti order Nasi Goreng Kampung sementara Nadia mintak Mi Wantan with BBQ Chicken. Kemudian Nadia pergi ke tempat nasi campur dan hangkut sepiring mix vege yang ada banyak cendawan. I like!!! Ratah jer.

Dari rumah lagi Nadia dah kata nak order Watercress soup. Soup ini dikukus semalaman dan dibubuh sedikit ayam dan rempah herba cina. Elok untuk darah, kata kengkawan Cina Kjee. Malangnya, tiap kali pergi, waiter tu kata dah habis. Tapi Kjee syak dia orang tak buat lagi.

BaGaimanapun, terkejut Kjee apabila main2 sahaja order dan waiter kata ada!!! Nadia punyalah happy. Kjee ingat Unclepali tak reti nak makan tapi dia pun tumpang sekaki. Supnya rasa kosong tetapi sedap. Garam pun dia orang tak bubuh kot.

Watercress soup yang enak banget


Food Nadia dan Unclepali dah sampai. Mi Hokkien Kjee entah di mana. Kjee dah kenyang sebab makan mix vege dan share soup bersama Unclepali dan Nadia. Kjee beritahu Unclepali, kalau waiter lalu, tak payah tanya pasal Mi Hokkien Kjee. Agaknya dia orang terlupa.



Kek Durian Group Base yang  out of this world!





Baru Unclepali bangun nak bayar, waiter datang hantar sepinggan besar Mi Hokkien. Kjee makan satu suap jer. Terus suruh waiter tapau.

Restoran ni jugak ada banyak kek yang sedap2. Kjee paling suka kek durian. Tapi sekarang dah naik harga. Sebelum Raya RM6.80 sekarang dah naik 20 sen. Hehehe.


Akhirnya, tapau jer.

0 comments:

Post a Comment